Atylla POV
'' oi, aku keluar jap dengan Zarish. nak beli barang sikit '' cakap aku selamba.
'' kau oi, oi kan aku ? langsung tak hormat abang kau yang handsome ni. dengan Zarish ? ha pergi la, jangan balik lambat sangat, kalau tak aku kunci pintu. biar kau tidur luar ''
aku membuat muka menyampah. dengan Zarish laju je kau bagi aku keluar. mentang-mentang kawan baik, eey rasa nak sepak laju laju je diorang ni !
aku mencapai kasut nike dan terus keluar. baru je bukak pintu, dah tercongok dah mamat ni dengan muka gula dia. sengih kalau boleh nak sampai telinga.
'' shall we ? '' tanya Zarish sambil tersengih. okay jujur, handsome + cute.
'' satu syarat '' jawab aku pendek.
'' untuk kau semua boleh. apadia ? '' dia sengih lagi. yakwoh tak kebas ke mulut tu sengih je ?
'' akuuuuuuuu nak drive kereta kau '' sekarang ni aku pulak yang tersengih sampai telinga. hehehe ingat aku tak tahu kau ni jenis payah nak kasi orang bawak kereta kau ?
muka Zarish masam, monyok, kedut. semua adalah. begitu pasrahnya dia nak kasi aku bawak kereta dia.
'' alaa mana boleh, kau perempuan so aku kena bawak kau. kau duk tepi eh, biar aku je yang drive '' pujuk Zarish lagi. ' tak pernah kut orang bawak kereta aku, nak kena pelangkung ha try la. tapi ni Tylla, susahnya nak cakap nooooo ' jerit Zarish dalam hati.
'' takpelah kau pergi beli sorang, aku malas la pulak '' aku berura-ura nak masuk ke dalam rumah balik. tapi tak sempat nak pegang pintu Zarish dah jerit kasi greenlight. aku simpan senyum
'' ok la ok la. ha drive drive, aku duduk sebelah. kau bawak kereta aku elok-elok eh, calar sikit aku saman kau '' Zarish menunjuk jarinya tepat ke arah muka aku. heh ingat aku takut ke.
aku menepuk tangan gembira. dia berjalan masuk ke dalam kereta dengan muka masam macam asam keping. hehehe aku tersenyum keriangan. aku masuk ke dalam kereta dan duduk di seat memandu.
'' okay first, pakai seatbelt '' kata Zarish. aku pun ikut je la si mamat ni. dia suruh pakai seatbelt, aku pun pakai la.
'' then start enjin kereta, lepastu baru masuk . . . ''
'' kau ingat aku ni baru belajar naik kereta ke ? '' tanya aku bosan. macam nak ajar aku bawak kereta je. helloooo, aku dah ada lesen dah pun ok !
Zarish sengih.
aku malas nak tengok dia sengih macam kerang busuk, aku menukar gear 'D' dan terus pecut keluar dari kawasan perumahan itu.
'' Tyllaaaaaaaaa, kau bawak elok-elok la sengal ! nak roboh kereta aku kau kerjakan '' jerit Zarish.
aku sengih. '' alah rileks je, aku nak test engine kereta je tadi. kau ni sayang sangat dengan kereta ni, alah jahanam nanti kau beli lain je lah. kau kan kaya ''
'' banyak lawa muka kau. btw, mak ayah aku je yang kaya, bukan aku. kerja pun belum, mana datang kaya tah '' jawab Zarish selamba.
'' kuat bebel jugak kau ni. dah diam la, aku nak drive ''
Zarish menjeling aku geram. HAHAHAHAHA kena la kau harini Zarish, lama dah perangai gila-gila aku ni tak keluar.
********
Edika Mall
'' Alhamdulillah, sampai jugak. balik nanti jangan berangan nak drive dah. kau merayu pun aku takkan bagi. boleh ronggak kereta aku kau buat '' bebel Zarish.
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...