Chapter 38

184 12 0
                                    

" Shaf cepat turun ! buat apa lagi dekat atas tu, kita dah lambat ni ! " jerit ibu dari tingkat bawah. Ibu berjalan laju membawa barang masuk ke dalam kereta. 

" kejap, nak siap dah ! jerit aku dari dalam bilik. laju sahaja aku masukkan barang ke dalam luggage bag. itulah kau Shaf tangguh lagi. semalam sibuk sangat duk chit chat dengan Aizriel, harini baru kelam kabut nak kemas bag ! 

" okay done " aku menutup zip bag lalu terus turun ke bawah. terkocoh kocoh aku membawa turun luggage bag. Dah la berat ! Nak mintak tolong abang, dia dah gerak dulu. aisey malang betul nasib kau Shaf. 

" okay buu, Shaf dah siap ! " kata aku tercungap-cungap. 

" masukkan bag dalam kereta. haish, sebab kamu la kita gerak lambat tau ! " 

aku sengih. " sorry bu, semalam tidur lambat " 

" haah memang la lambat kalau duk berasmaradana malam-malam buta kan " kata ibu sambil menjeling. uish ! deep betul. 

aku hanya menayang gigi. Buat apa nak rahsia lagi, memang dah kantoi dah pun. 

" ha ni, kawan-kawan kamu dah gerak belum ? "

" dah bu, kita je yang ketinggalan " 

" tau pun, dah dah cepat masuk dalam kereta " jerit abah dari muka pintu. 

kami pun keluar dari rumah lalu masuk ke dalam kereta. 

" pintu dah kunci ? barang ada yang tinggal ? handphone dah ada ? baju sanding abang dah bawak ? " tanya abah lag. 

" semua dah cuma baju sanding je abang dah angkut dulu " 

" okay kalau macam tu, kita gerak sekarang " abah melepaskan gear lalu berjalan meninggalkan perkarangan rumah. 

aku membuka telefon dan terus pergi ke aplikasi whatsapp. 

' dah sampai ke ? ' type aku lalu menghantar ke Aizriel. 

' dah ada depan pintu dah pun. tunggu kau la lambat sangat nak kasi kunci ' 

aku mengerutkan dahi. kunci apa pulak ? takkan tok wan kunci pintu kut. 

' kunci apa ? ' 

' kunci pintu hati kau la ! ' 

aku sengih. siot punya Aizriel, tertipu aku. baru nak tanya ibu tokwan ada rumah ke tak. 

' ish kau ni, suka main - main ! ' 

' hahahaha, dengan kau je. okay la, aku nak sambung drive ni. nanti layan kau, terbabas yang lain pulak. bye, take care sayang ! jumpa dekat sana nanti ! Assalamualikum ! ' 

' alright, waalaikumussalam. ' 

aku membuka lagu dan memakai headphone. perjalanan lama lagi, so jom tidur ! Kedah, wait for us ! 

********

" Aryana Shafia bangun ! dah sampai dah ni " jerit ibu. 

" Shaf ! "

" adik, hey bangun lah ! dah sampai ni ! " panggil ibu lagi. 

" kenapa ni bu ? " tanya Aizriel. 

" ni ha Shafira ni, orang panggil dia buat dono je. tidur mati betul ! " bising ibu. 

" oh takpe la, biar Riel yang kejutkan. " kata Aizriel. 

" ha ye la. kejut dia sampai dia bangun. kalau susah sangat simbah je dengan air parit tu nanti. confirm sedar. ibu nak masuk dalam ni, nak simpan barang. " 

" baik ibu " 

Puan Shida pun berlalu masuk ke dalam rumah. 

Aizriel sengih melihat Shafira. ' tidur pun cute, haish susah betul nak handle dia ni, ada yang kena gigit karang ! uish sabar Riel, sabar. 

" Shaf " panggil Aizriel lembut. 

Shafira mengeliat kecil lalu menyambung tidur je kembali.

" hey Shaf, bangun lah, awak dah sampai kampung ni " Aizriel menggoyangkan lengan Shafira lembut. 

Shafira masih statik tidur. 

Aizriel meniup muka Shafira lembut. 

' Allah payahnya nak kejut dia ni ! cara lembut pun tak jalan, dia nak suruh aku pakai cara kasar ke macam mana ' 

Aizriel mencapai mineral water yang ada di poket kereta. dia merenjiskan sedikit ke muka Shafira. 

Aku yang merasakan tidurnya diganggu membuka mata. terus bulat mata aku apabila melihat Aizriel di depan mata. 

" apa awak buat ni ? " tanya aku binggung. 

" kejutkan kau la. susah sangat nak bangunnya. macam-macam cara aku buat. cara macam tu jugak baru nak bangun. lepas ni kena selalu buat cara macam tu la. " 

" kau buat apa ? " tanya aku risau. dia ada buat something ke ? 

" renjis air la ! otak tu suka fikir lain. apa, ingat aku ni jahat sangat ke ? " 

aku diam. muka blur. susahnya baru bangun tidur lepastu kena usik macam ni. 

" dah masuk dalam cepat. nak maghrib dah ni " kata Aizriel.

aku pun keluar dari kereta dan naik ke rumah. 

Aizriel hanya mampu menggelengkan kepala. 

*******

" Tok wannnn !!!!! " jerit aku. 

" cucu tok wannn !!!! " jerit tok wan kembali. 

" aisey dua beranak ni. pantang jumpa, mesti ada drama " perli abang Syahir. 

aku  menghiraukan abang lalu memeluk tok wan erat. fuh, rindu baq hang ! 

" hang pi mana tadi. awat masuk rumah lambat ? " 

aku sengih. " tidoq dalam keta tadi. tak sedar dah sampai " 

tok wan menggelengkan kepala. " ish ish ish loqlaq la hang ni. 

" ha ni, pasaipa sampai lambat ? tetamu sampai dulu dari hampa haih " 

" nuuunn, cucu tokwan tu la, orang suruh packing barang awai dia duk bergayut dekat telepon. Pagi tadi baru kelam kabut nak kemas beg. Mana tak lambatnya " kata abang.

" laaaa hang bergayut dengan sapa ?! " tanya tok wan lagi.

" tuuuuuu " jerit semua sambil menunding jari ke arah Aizriel yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

" apa ? " tanya Aizriel bingung.

" laaa hat ni ka, elok ! Pandai cucu tokwan pilih calon suami ! "

" tok wan, apa ni ! " aku memukul lengan tokwan perlahan. Mesti la kena pukul perlahan, tokwan ni dah la ada silat. Tak pasal-pasal aku yang kena lipat balik.

" wan tengok tokwan tu, dia kacau Shaf " kata aku mengadu pada wan.

Wan menggelengkan kepala. " macam-macam la hampa ni. Pening kepala wan. Dah dah, bang aji, pi bawak anak anak teruna ni pi sembahyang dekat surau. Ha Aizriel, Iqbal, Darwin, Zarish, pi mandi lekaih. Lepastu, ikut tokwan pi surau. "

" hat gadis-gadis ni pun sama. Pi masuk bilik, kemas-kemas lepastu turun dapur. Tolong wan masak. Pi lekaih ! " arah wan.

" hm wan hang mengamuk dah. Hangpa pi buat apa yang dia suruh. Satgi dia ligan hangpa tokwan takmau tolong " kata tokwan lalu berlalu ke dapur. Wan sempat memukul bahu suaminya.

" baik lah wan, tokwan " kata kami lalu masuk ke bilik untuk mengemas barang.

All About Us " Where stories live. Discover now