Sudah satu bulan Zarish keluar dari hospital dan dia semakin pulih. Hubungan Atylla dan Zarish juga sudah semakin baik.
End POV
********
Aku baring di atas katil sambil melayan lagu. Hari cuti macam ni apa salahnya manjakan diri dengan katil, bukan selalu boleh dapat. Tambah lagi kalau dah masuk U, takde dah nak bersweet-sweet dengan katil. Kita sweet dengan assingment je." Shaf turun bawah jap. Ada benda nak cakap. Cepat ! Ibu dengan abah dah tunggu dekat bawah " jerit abang Syahir. Dia menarik earphone aku.
Terkejut aku ! Pakai earphone pun boleh dengar suara dia. Memang saja ni.
" panggil elok-elok tak boleh ke ha ! Suka jerit-jerit. " jeling aku bengang.
Abang Syahir sengih. " dah adik pakai earphone, abang jerit la. Nanti buat penat je bebel sorang-sorang. "
" dah dah cepat la turun. Ibu dengan abah dah tunggu tu. CEPAT ! " Abang membaling bantal kecil ke muka aku.
Kebelakang aku dibuatnya. Senget punya abang ! Belum sempat aku membalas dia dah mencecet lari keluar. Aku membetulkan rambut dan terus turun ke bawah.
Aku melihat abah, abang dan ibu sudah berkumpul di bawah. Lain macam pulak rasa. Berdebar lain macam ni.
Aku duduk di sebelah abang.
" abang kata abah ada benda nak cakap, apadia ? " tanya aku terus.
Abah memandang ibu lama. Ibu menganggukkan kepala memberi semangat kepada abah.
Hati aku sudah tidak sedap. Apahal rasa macam sesuatu sangat ni ? Serious je muka diorang. Diorang nak kahwinkan aku ke ? Aku sudah fikir yang bukan-bukan.
" ehm, sebenarnya abah ada sesuatu nak bagitau " abah memulakan perbincangan.
Aku diam.
" lagi 2 bulan, abah nak buat majlis perkahwinan ... "
" kahwin ? Siapa ? Lagi 2 minggu ? Kenapa cepat sangat ? Adik tak ready lagi la ! Abah tak bincang pun dengan adik, apa ni ! " tembak aku. Gosh, dah agak ! Mesti pasal kahwin. Huwarghhhh, tak ready lagi ! Aku menekup muka aku dengan bantal kecil. Sumpah rasa nak menangis !
Abang menolak aku kuat. " adik kenapa ni ? "
" ish apa abang ni ! " marah aku. Mood hilang !
" adik, cuba dengar dulu apa yang ibu dengan abah nak cakapkan. " pujuk ibu.
Aku masih dengan kedudukan aku. Menutup muka dengan bantal.
" abah nak buat majlis perkahwinan abang kamu dengan Kak Alisha lagi 2 bulan dekat kampung. " kata abah panjang.
Aku terkejut. Aku mencampakkan bantal di sebelah lalu mengelap air mata.
" serious ? Bukan adik yang kahwin ? " tanya aku.
" bukan la. Abah pun tau adik muda lagi. Baru lepas SPM. Result pun tak dapat lagi. Abah masih waras nak kahwinkan adik dengan usia macam ni " jelas abah panjang lebar.
" yeaayyyy, sayang ibu dengan abah ! " aku berlari lalu memeluk mereka.
Abang sengih melihat telatah aku. Dia menggelengkan kepala.
" ada hati nak kahwin muda, gatal eh adik ni ! " sembur abang.
Aku melepaskan pelukan.
" mana ada ! Abang la tak bagitau. Bukan nak cakap dia nak kahwin ! " kata aku.
" saja buat suprise sikit " kata abang Syahir.
" banyak la kau punya suprise. Buat malu je " jeling aku.
Abang gelak. " itulah, lain kali dengar dulu sampai habis. Ini tak, main potong je cakap abah. Ha padan muka ! " ejek abang.
Aku menampar lengannya kuat. Geram ! Suka sakat aku.
Ibu dan abah gelak melihat kami berdua.
" tapi, kenapa buat dekat kampung ? " tanya aku. Kembali kepada topik yang asal.
" tok wan suruh. Ibu ikut kan saja "
Aku menganggukkan kepala tanda faham.
" tapi kalau bertunang, bukan pergi rumah pengantin perempuan ke ? " tanya aku lagi.
" terus nikah. Orang tua Kak Cha nak macam tu. Katanya nanti bila dah balik Johor, ada la jugak nak jagakan anak dia. " terang ibu lagi.
" waahhh abang, congrats !! Nak kahwin dah ! Sunyi la adik nanti abang takde. Asyik kepit dengan kak Cha je la nanti " kata aku sedih. Aku peluk pinggang abang. Sedih la abang sendiri dah nak kahwin ! Lepas ni takde la nak manja manja dengan abang dah, hm.
" adik kepit la pulak dengan Aizriel " kata abang selamba.
Ceit, mulut biadabnya ! Aku mencubit lengan abang. Ha ambik !
" aaaucchhh, sakit la ! Apa ni cubit orang ! " marah abang. Dia menggosok lengannnya.
" mulut tu lupa bayar insurans. Adik kasi remind la sikit " aku senyum mengejek.
Abang menjeling aku. HAHA padan muka ! Dapat balas dendam, puas hati aku !
" siapa Aizriel ? " tanya abah.
Aku sengih. " kawan bah "
" kawan merangkap kekasih baahhh " jerit abang kuat.
Kuajaq punya abang ! Suka bocorkan rahsia !
" kawan special la ni ? " tanya ibu pulak.
Aku hanya tersengih.
" abah tak kisah anak-anak abah nak berkawan dengan siapa. Janji jaga batas dan pergaulan. " kata abah lagi.
" jangan risau bah, abang kenal lelaki itu. Aizriel tu, cengginiiiii budaknya ! " dia menunjukkan thumbs up.
Ceh, bukan main lagi dia puji. Mentang member baik. Ini kalau kasi tau Aizriel, confirm kembang mamat tu !
Abah dan ibu senyum. " baguslah kalau macam tu. Maknanya, dia boleh jaga anak ibu ni dengan baik. " sambung ibu lagi.
" inshaAllah ibu " kata aku sambil tersenyum.
" nanti ajak kawan-kawan masa hari nikah abang. Lepas seminggu macam tu, bawak diorang semua balik kampung. Resepsi sebelah lelaki buat dekat kampung. Sebelah perempuan buat dekat sini je. " tambah ibu lagi.
Aku menganggukkan kepala. " baik bos ! "
Memang nak ajak diorang pun. Gila kau tak ajak, menangis diorang nanti tak dapat tengok crush diorang kahwin.--------------------------------------------------------
YOU ARE READING
All About Us "
Jugendliteratur" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...