TUKK TUKK !!
" adiikkkkk, bangun lah hoi ! Membuta apa lagi ! Sedara-mara dah ramai la dekat bawah ni " jerit abang sambil mengetuk pintu bilik aku dengan kuat.
" aish, kacau la dia ni. Langsung tak boleh tengok orang senang sikit. Yela yela bangun la ni " jerit aku malas.
Aku bangun dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Tadi dah bangun sebenarnya solat subuh, lepastu sambung tidur balik. Almaklumlah cutiii, hehehe.
Setelah membersihkan diri, aku turun ke bawah. Aku melihat ramai saudara-mara yang telah datang.
" ha baru bangun anak sara ni. Mimpi apa semalam sampai lambat bangun ni " usik mak ngah.
Aku sengih.
" mimpi prince charming datang balik dalam hidup dia la tu mak ngah " jerit abang.
Aku menjeling abang. ' nak mati betul dia ni. Pagi - pagi lagi dah sakitkan hati orang '
" takde lah mak ngah. Terlelap tadi, ingatkan nak ulangkaji sikit, tup tup terlelap. Hehe sorry eh. Ni mak ngah bila sampai ? " tanya aku pula.
" semalam sampai dah. Tapi lambat sikit. Mak ngah sampai pun tengok kamu dah takde dekat bawah. Awal betul masuk bilik "
" penat sikit semalam mak ngah, itu yang tidur awal tu "
" ha Shaf, mari tolong ibu dekat dapur ni. Banyak lagi benda nak buat " sampuk ibum
" beres bosss ! Mak ngah orang masuk dapur dulu eh ? Ibu mintak tolong tu "
" ha yela. Mak ngah pun nak keluar sekejap tengok pak ngah kamu masak apa benda tah dekat luar tu "
Mak ngah berlalu keluar dan aku pun masuk ke dapur. Bermulalah peperangan aku bersama sayur ikan ayam dan seumpama dengannya.
*********
" kakakkkkk, telepon kakak bunyiiiii !! "
Aku mengerutkan dahi. ' eh eh, anak siapa yang menjerit tu ? ' aku membersihkan tangan lalu bergerak ke depan. Aku melihat Azmil memegang handphone aku.
" hey Mil, siapa suruh main handphone kak Shaf ? Amboi pandai eh "
" ala, Mil main game je. Bukan baca chat kak Shaf dengan boyfriend kakak pun " jawabnya lancar.
Aisey budak ni, pandai nya menjawab. Baru 4 tahun.
" pandainya menjawab. Meh sini phone kak Shaf balik "
Dia menyerahkan handphone itu. Aku membaca mesej dari group ' girls '. Mesej terakhir daripada Atylla. Dia kata akan sampai sekejap lagi. ' so diorang on the way la kut. Aku menutup handphone kembali.
" nah, jangan rosakkan, main game je tau " aku menyerahkan phone itu kepada Azmil semula.
Dia tersengih. " kak Shaf kasi Mil main ? "
" ye kakak kasi, tapi jaga elok-elok. Nanti dah taknak main letak atas almari tu ok ?kakak nak naik atas. Nak siap kejap " aku menunjuk almara yg berdekatan dengan tangga.
" yeay, sayang kak Shaf ! Okay, mil jaga elok elok. Dah shuh shuh akak pergi mandi, mil nak sambung main game balik, ok bye kak Shaf ! Have fun ! Mandi lama lama sikit eh ? Mama kata boleh segarkan badan, dah bye bye byeee !"
' bertuah punya budak, lantak kau la, baik aku siap ' aku melangkah naik ke atas untuk menyalin pakaian.
*******
Atylla POV
'' okay guys, kita dah sampai '' kata aku. aku memarkingkan kereta di hadapan taman permainan.
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...