Mereka melangkah masuk ke dalam ' Chicken Rice Shop ' . Mereka memerhati sekeliling mencari tempat duduk malangnya tiada tempat duduk yang kosong. Biasalah hari ahad ni bersepah orang.
" tylaaa "
Atylla mencari kelibat seseorang yang memanggilnya , matanya menangkap satu figura lelaki yang amat dikenalinya..
" darwin ? " buat apa pulak mamat ni dekat sini. Desis hati atylla.
" weh korang nak makan ke ? , jom la join kitaorang ." Ajak darwin.
" eh kejap kejap kau sebut apa tadi , ' kita orang ?' Kau datang dengan siapa ?" Tanya farah ingin kepastian .
" laa, aku datang dengan membe aku lah.. tuu meja kitaorang kat hujung tuu " darwin menunjuk ke arah tempat mereka duduk. Zarish, iqbal dan aizriel juga turut berada di situ .
" ha boleh jugak tu, alaa bukannya kitaorang tak kenal korang kan. Lagipun aku dah lapar gila dah ni , jom lah fira " farah cuba memujuk fira yang dari tadi tidak memberi sebarang respon.
" jom lah aku pun dan lapar dah ni, kau tahu kan aku ada gastrik .. kalau aku pengsan dekat sini siapa nak bertanggungjawab haa ? Tak pasal pasal korang hilang membe " celah alia pula.
" fine, ye la jom " shafira bersetuju.
" dah jom , eh eh farah jalan dengan aku lah . Korang bertiga jalan dulu hehehe " darwin menyengih .
" sengih sengih apa, dah macam kerang busuk. Tepilah aku nak jalan. " farah menjeling tajam ke arah darwin sebelum berlalu meninggalkan darwin.
' Huh sama je empat orang tu , aku sikit punya handsome ni bukan dia nak pandang... haih sabarlah wahai hati. " rungut darwin dalam hati , lalu membuntuti langkah farah dari belakang.
Shafira, alia, farah dan atylla terus duduk di hadapan mereka.
" ha korang nak makan apa ni ? Order la aku belanja riel bayar " kata zarish lalu tersengih ke arah 4 orang gadis tersebut.
" eehh aku pulak yang kena. Kau yang tanya kan, kau lah belanja. Tapi kalau fira, biar aku yang belanja " Aizriel bersuara .
" tak payah la nak belanja belanja, kitaorang ada duit sendiri lah. Simpan je duit korang tu " alia bersuara bagi pihak kawan kawannya.
" hahahaha nak tunjuk gentle tak kena tempat, kan dah kena sembur " iqbal gelak besar melihat muka cemberut rakan rakannya.
Setelah memesan makanan, mereka menunggu pelayan untuk menghantar makanan mereka .
" eehh lepasni korang nak pergi mana pulak ? Manalah tau kut kut kitaorang boleh join sekaki ke " iqbal bertanya kepada 4 orang gadis di hadapannya.
" kitaorang nak tengok wayang kejap lagi. Nak join ? Aku no hal tapi kena tanya diorang lah " kata alia sambil memandang ke arah rakan rakannya.
mereka bertiga mengangkat bahu seperti berkata ' tak kesah and just follow '.
" ha diorang on, korang nak follow tak ? " tanya alia yang menginginkan kepastian.
" takpe la lia, korang tengok je lah. Lagipun taknak la kacau korang movie date. Nanti dah keluar wayang contact aku. Kut kut nak lepak sama ke " kata iqbal lalu memberikan nombor telefonnya.
" okay cun "
" weh lepas wayang naik hotel jum ? Aku dah lama nak naik sana tapi tak tahu jalan la. Ramai yang kata rooftop hotel tu lawa. Nanti kita try la cari jalan nak naik sana. Farah bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
" ha okay jugak tu " alia, tyla dan shafira setuju dengan cadangan farah itu .
" korang nak naik hotel ke ? " darwin bertanya kepada mereka berempat .
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...