Atylla POV
Aku mengerutkan dahi. ' apasal diorang call banyak kalini ? ' kata aku perlahan.
Aku mendail nombor Farah.
" ha Farah apahal kau call aku ? Banyak kali pulak tu. Nak ajak hang out ke ? Sorry la phone aku off, bateri habis. Hehe "
" kau datang hospital sekarang. Semua dah ada dekat sini. " kata Farah.
" hospital ? Siapa sakit ? " tanya aku pelik.
" datang je nanti kau tahu sendiri. Hospital yang paling dekat dengan rumah kau. Datang sini cepat, aku tunggu. ASAP "
" ha okay okay aku siap sekarang. " Aku terus meletakkan telefon dan menukar baju.
Aku menyarung seluar jeans, t-shirt dan sling beg. Aku turun ke bawah dan mencapai kunci kereta." aku keluar kejap, pergi hospital " kata aku.
" kau baru tau ? " tanya Haqqif.
" tau apa ? " tanya aku balik.
" pergi je la. Bawak elok-elok " pesan Haqqif.
Aku hanya mengangguk. Malas nak tunggu jawapan daripada Haqqif. Lagipun aku nak pergi sana jugak, nanti tahu la.
*******
Sampai sahaja di hospital, aku terus mencari nombor bilik yang di hantar oleh Farah.Perasaan ingin tahu membuatkan aku melangkah lebih laju. Aku ternampak mereka di hadapan ward. Aku terus melangkah ke arah mereka.
" weh asal ni ? Kenapa semua ada ? Siapa yang masuk ward ? " tanya aku laju.
" tak semua ada. Cuba kau tengok, siapa yang takde dekat sini " kata Alia.
Aku memerhati sorang demi sorang. Hati aku mula gelisah. Jantung aku berdegup laju. Aku memandang ward di hadapan.
Mereka semua mengangguk.
Aku membuka pintu bilik itu perlahan - lahan. Alangkah terkejutnya apabila melihat sekujur tubuh terbarang di atas katil itu. Wayar penuh berselirat di badan.
Jantung aku seakan terhenti. Air mata mula turun dengan laju. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Betul ke apa yang aku nampak ?
" tak tak, itu bukan Zarish kan ? Orang lain kan ? Fira, Lia, Farah. Weh, Riel, Darwin, Bal, itu bukan Zarish kan ? Kau cakap dengan aku itu bukan Zarish kan ? "
Diamonds terus memeluk Atylla. Mereka cuba menenangkannya.
" tu Zarish Tylla, Zarish. Kau bukan salah orang. Itu memang dia " bisik Shafira perlahan.
Avengers yang melihat keadaan itu turut mengalirkan air mata.
Aku berjalan ke arah Zarish. " Zarish kau bangun la, macam mana kau boleh jadi macam ni. Zarishhhh bangun la weh ! " aku menggoncang tangan Zarish.
Aku teringat perjanjian aku dengan Zarish petang tadi.
Flashback
" 20 minutes from now, taman area rumah aku. ASAP ! Lambat lantak kau. "
" okaayyyy, tunggu sana aku gerak sekarang. Tunggu tau tau tau, "
End flashback
Aku menelan air liur dengan kesat. Sungguh aku tak boleh terima keadaan ini. Zarish accident sebab aku. Sebab aku !
Aku menggoyang-goyangkan tangannya. " Zarish, Zarish, jangan buat aku macam ni. Bangun la, Zarish. " tangisan aku semakin perlahan. Aku mengelap air mata.
" malam ni aku nak jaga Zarish. Boleh ? Aku nak tebus kesalahan aku. "
Mereka semua mengangguk membenarkan.
Diamonds dan Avengers yang berada di hadapan pintu mula keluar. Memberi peluang kepada Tylla.*******
Aku membetulkan selimut Zarish. Aku duduk di sebelahnya sambil memerhatikan Zarish." Zarish, aku nak minta maaf. Sebab aku kau accident. Sebab aku kau terbaring macam ni. Aku nak minta maaf, aku selalu buat kau sakit hati dengan aku. " bisik aku perlahan.
" Zarish, aku nak jujur ni. Kau dengar tau. Ya, aku tipu kau. Aku cakap aku tak sayang kau, aku tak suka kau, aku benci kau. Aku tipu semua tu. Jujur, aku mula suka kau time dekat supermarket. Kau ingat tak ? Masa tu kita nak beli barang untuk karnival. "
" kau ingat tak, ada makcik tu cakap kita ni suami isteri. Dia tegur aku, dia kata jangan tinggi suara dengan suami. Kau ingat tak Zarish ? " air mata aku keluar lagi.
" Zarish, kau cepat-cepat la bangun. Aku rindu kau. Dah lama kita tak gaduh macam dulu. Aku rindu suara kau, aku rindu gelak kau, manja kau. Aku rindu semua tu. "
" Zarish, kau dah buat yang aku percaya dekat kau. Kau bangun la. Kau taknak ke tengok Tylla yang baru ? Tylla yang dah ada perasaan ? Kau sedar cepat tau. Aku betul-betul rindukan kau. "
" aku janji Rish, lepas je kau sedar, aku akan dengar cakap kau. Aku akan ada dengan kau, selalu Rish. "
Tanpa sedar, air mata Zarish jatuh membasahi pipinya.
*******
Sudah 2 minggu Zarish di hospital dan masih tidak sedarkan diri. Diamonds dan Avengers bergilir-gilir menjaga Zarish di hospital." eh korang perasan tak ? Sejak Zarish koma, Atylla banyak berubah. Dia yang paling kerap jaga Zarish. Aku tengok dah macam taknak berpisah dah. " tegur Alia sambil melihat Atylla yang sedang sibuk mengemas katil Zarish.
" perasan jugak. Mungkin dia nak tebus balik kesalahan dia dengan cara ni. Dia masih anggap Zarish accident sebab dia. Hari-hari menangis. Kau tengok mata dia tu, macam panda dah " tambah Farah.
Mereka mengangguk setuju dengan kata-kata Farah.
" uncle dengan aunty mana ? " tanya Darwin. Dari tadi tak nampak.
" dah balik. Semalam diorang jaga Zarish. Aku suruh diorang balik rest dulu. Pagi ni kita pulak take-turn. " jawab Aizriel.
Mereka mengangguk faham.
" guys, tangan Zarish gerak ! " jerit Atylla.
Kami terus meluru ke katil Zarish.
" Zarish ? " panggil Atylla.
Zarish membuka matanya perlahan-lahan.
" Iqbal tolong panggilkan doktor " kata aku.
Iqbal menganggukkan kepala dan terus keluar dari bilik Zarish. Tidak lama kemudian, Doktor pun tiba.
Doktor mula memeriksa Zarish jika masih terdapat luka-luka dalaman.
" Alhamdulillah dia dah sedar. Tapi jangan bagi dia gerak banyak sangat ya. Luka dia masih belum sembuh " kata Doktor itu.
" baik doktor, terima kasih " kata aku. Doktor itu pun keluar dari ward Zarish.
Avengers dan Diamonds mengelilingi katil Zarish.
" Rish, kau ingat aku tak ? "
" Rish, kau okay tak ? "
" Rish, kau nak minum ? "
" kau ada sakit dekat mana-mana tak ? "
Tanya kami prihatin.
" ingat, okay, tak nak, tak " jawab Zarish selamba.
" ha ? " kami semua blur.
Zarish sengih. " aku okay la. Korang ni, over la "
" gila kau tak over. Aku rasa nak peluk-peluk je kau sekarang ni tau. Aku fikir wayar yang ada dekat badan kau je ni. Takut pulak aku, nanti kena electric shock pulak. Hehe " Darwin sengih.
" kan. Kitaorang rindu gila dekat kau Rish. Tambah-tambah lagi yang sorang tu. Siang malam jaga kau tau ! " aku mula mengusik Tylla.
" alolo, korang ni sweet pulak. Siapa yang rajin jaga aku tu ? " tanya Zarish blur.
" tuuuu si cinta hati kau tu la " Aizriel memuncungkan mulutnya ke arah Tylla.
Tylla hanya diam tidak bersuara.
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...