Chapter 45

584 16 0
                                    

All about Us dah habis!!!!! Thank you sebab sudi baca story ni. I'm really sorry if the story bored or etc. So, enjoy!!!!

--------------------------------------------------------

Semuanya sudah berakhir. Shafira sudah menjalani rumah tangga bersama Aizriel. Begitu juga dengan Farah dan Darwin. Hanya tinggal pasangan Alia, Iqbal dan juga Atylla, Zarish. Masih menghitung hari bahagia.

Perpisahan mereka hanya sementara. Tetapi, silaturrahim masih kekal dalam persahabatan mereka. Belajar lah beribu batu sekalipun, persahabatan tetap tidak dapat dipisahkan.

Aizriel dan Shafira menjalani hubungan berumah tangga ketika berusia muda. Walaupun sedikit susah, tetapi dugaan dan cabaran mereka berjanji akan mengharungi bersama.

Alia sudah memulakan hubungan bersama Iqbal. Dahulu hanya perkataan ' kawan ' menghiasi perhubungan mereka, kini perkataan ' tunang ' pula menjadi tali hubungan mereka. Alia yang dahulunya takut dengan hubungan sudahpun belajar tentang kemanisannya. Iqbal tidak putus mengajar erti cinta kepada Alia. Dan sekarang, alhamdulillah mereka akan meniti ke jinjang pelamin.

Farah dan Darwin juga sudah mengikat ikatan perkahwinan. Cahaya mata yang bernama Aqilah Humaira menjadi seri rumah tangga mereka. Walaupun di usia muda, mereka cekal menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.

Tak lupa juga si Zarish yang kuat menyakat dan Atylla si kuat marah. Mereka juga bakal disatukan. Akhirnya, Zarish berjaya melembutkan hati batu Atylla. Zarish berjaya mengubah Atylla menjadi wanita yang penyayang.

Shafira? Aizriel? Juga sudah melangsungkan perkahwinan. Paling awal antara yang lain. Syukur, mereka bahagia disamping orang yang tersayang.

*******
" Aizriel " panggil Shafira. Dia memusingkan tubuhnya, mengiring sambil memerhatikan Aizriel.

" hm " jawabnya. Tangannya masih mengenggam tangan Shafira. Matanya dipejam.

" kau yakin ke kita boleh bahagia? Kita ni tak terlalu mentah ke dalam usia macam ni? Sudah berkahwin? " tanya Shafira. Sudah berulang kali dia memikirkan hal ini. Baru sekarang ada kesempatan untuk diluahkan.

Aizriel membuka matanya.

" yakin. Kalau kau ubah panggilan  kau dekat aku, mesti aku bertambah yakin. "

" apa? Maksud kau? "

" panggil la panggilan manja sikit. Abang ke, sayang ke, barulah menjamin kebahagian rumah tangga. Dari start kahwin sampai la sekarang. Dah nak masuk seminggu kau panggil aku " kau, Aizriel " boring la. Kalau dulu boleh la, tak kahwin lagi. Sekarang dah kahwin. Syurga kau bawah tapak kaki aku tau. Nak syurga taknak? " Aizriel menjongketkan keningnya, mengusik Shafira.

Shafira menjeling Aizriel. Suka buat dia sakit hati. Main ugut-ugut pulak!

" then i should call you abang, Huh? "

" yes, thats it. Cuba panggil, nak dengar "

Shafira diam lama. Macam mana nak panggil? Tak biasalah! Dulu terpekik terlolong panggil nama je, alih-alih kena panggil abang. Haduh, susah la macam ni!

Aizriel menunggu lama. " aik, suara dah hilang ke? " perlinya.

" ish bukanlah, aku tak biasa. Bunyi macam pelik la " ujar Shafira.

" tak biasa apanya? Kau panggil abang Syahir tu apa? Beruk? Bukan abang? "
Aku tergelak. Suka suki dia je panggil abang Syahir beruk. Ini kalau Syahir dapat tau, mampus kena smack down!

" abang Syahir lain cerita la. Aku kenal dia dari kecil, kau punya kes, aku dah waras " balas Shafira.

" jangan kasi banyak alasan. Cepat, aku nak dengar " Aizriel memejamkan mata. Menunggu saat Shafira menyebut panggilan keramat itu.

Shafira mengigit bibirnya. Bila difikirkan kembali, memang mudah menyebut perkataan itu tetapi perasaan malu sudah menyebelungi diri.

" a.. Abang? " kata Shafira perlahan. Dia mengigit bibir lalu memejamkan mata. Malu!

Aizriel tersenyum. " apadia? Kurang jelas la. Cuba kuat sikit. Bukan ada sesiapa pun dekat dalam bilik ni, kita je "

Shafira mengambil nafas panjang lalu menghembus.

" Abang... " panggil Shafira. Suaranya sahaja dikuatkan sedikit. Nanti kata tak dengar pulak.

" ya sayang... " jawab Aizriel. Dia tersenyum.

Shafira cuba mengawal riak wajahnya. Mukanya merah!

Aizriel mengangkat muka Shafira supaya melihat matanya.

" sayang, Sayang kena biasa dengan abang. Kita nak hidup berdua bukannya sekejap, sehari dua, seminggu, setahun. Tapi selama-lamanya. Sampai akhir hayat kita. Rileks, no need to change yourself. I love who you are. Abang tahu, bila kita dah berkahwin, pemikiran kita pun akan berubah. Lebih banyak fikir tentang masa depan, lebih matang. Tapi itu semua tak perlu mengubah sikap sayang. Chill okay? Enjoy je dengan abang. Tak payah malu-malu. Macam tak biasa, dulu sebelum kahwin elok je nak manja-manja. Now dah kahwin kena la lagi manja. Dah halal sayang, tak payah risau lagi. Allah dah kasi lesen! "

Shafira terharu mendengar luahan Aizriel. Dia menggelengkan kepalanya lalu tersenyum. Bila dengannya, Aizriel selalu main-main! Perangai macam budak-budak!

" Okay la abang. Shaf ikut cakap abang. InshaAllah, Shaf cuba biasakan diri. Tapi act Shaf okay je, abang je suka kacau Shaf, buat Shaf malu. " kata Shafira. Dia menunjukkan keegoannya.

" oh saja ya, tadi bukan main merah muka tu. Dah macam cili terbakar, sekarang tunjuk berani pulak. " perli Aizriel.

Shafira tergelak lalu memeluk Aizriel. " thank you cause always make me smile, Shaf sayang abang sangat-sangat " kata Shafira. Dia mengemaskan lagi pelukannya.

Aizriel yang tercengang mula tersenyum. " anything for you sayang " dia membalas pelukan Shafira.

' O Allah, please bless our marriage and please guide us to your paradise, thank you '

-----------------------------------------------------------

All About Us " Where stories live. Discover now