chapter 26

187 11 0
                                    

" terima kasih sebab dah jujur dengan aku. Terima kasih sebab masih sayang aku. Terima kasih sebab tak berjaya lupakan aku. " bisik Aizriel perlahan.

" kalau aku mintak kita jadi macam dulu balik boleh ? Aku nak tebus balik kesilapan yang aku pernah buat dulu. " kata Aizriel kesal.

" patut ke aku bagi kau peluang ? " tanya aku pula. Mood sedih dah hilang dah. Hingus pun aku dah tarik masuk balik. Malu je nangis depan Aizriel, nasib tak ramai sangat orang. Kalau tak, haru oi !

" patut dan sepatutnya dan memang patut pun kau bagi aku peluang. Ke kau nak cara sweet-sweet baru nak kasi aku chance ? Aku on je " Aizriel melutut di hadapan aku. Dia menghulurkan sebiji cupcake perisa chocolate. Confirm cupcake rembat dekat cafe tadi ni. (( gaya mcm nak melamar tu. Alah, kalau tak tau, pandai pandai bayang cara korang sendiri eh ))

Aku diam, kaku. Otak jadi lembap nak proses apa yang jadi.

" Shaf, aku tau memang salah aku sampai nyawa kau hampir terkorban. Dan sekarang aku nak offer kau jadi girlfriend aku buat kali kedua. Dulu aku pikat kau dengan novel, sekarang kita tengah bercuti. Tak sempat nak buat kejutan dekat kau. Aku sempat rembat cupcake ni je weh. " sengih.

Aku tergelak. " kalau aku terima kau, apa yang aku dapat ? "

" of course kau akan dapat boyfriend yang handsome ! Hahahaha perasan jap. Okay, aku janji aku akan protect kau, jaga kau, sayang kau and last, make you crazy of me ! " Aizriel sengih.

" hm, effort macam kurang, cara cliche, ayat dah basi. Taknak lah, cancel "

" amboiii, banyak cantik kritik cara orang. Ah takde, cliche tak cliche, you are mine now . No objection ! " kata Aizriel tegas.

Aku ketuk kepala Aizriel. " amboi, ini lagi melampau. Main paksa-paksa pulak. "

Aizriel membuat muka poyo. " paksa atau tak aku yakin kau akan terima aku punya. Tapi kau saja nak lambat-lambatkan. Now, jom jalan-jalan like husband and wife ! " jerit Aizriel suka. Bukan main dia eh ! Baru couple dah acah macam husband and wife. Ini kalau dah kahwin, confirm dia acah like grandma and grandpa. Haha sweet gituw !

Aku gelak melihat aksi manja Aizriel. Haish, itu yang dari dulu tak boleh nak benci dia ni. Sekali datang perangai budak-budak dia tu, haa kau sendiri taknak lepaskan dia !

*******

Atylla POV

aku berjalan - jalan melihat cenderamata yang dijual. tengok je, belum ada niat nak beli lagi. hehe.

" hi "

aku terus pusing ke belakang. Ya ada momok tercongok dekat sini sambil tersengih. " apa kau nak ? sibuk je ikut orang "

" saja teman kau. jauh betul kau pergi eh. Penat aku cari, nasib jumpa. "

" aku tak suruh kau cari pun "

" ceh sombong ! "

aku membuat rolles eyes dan terus blah dari situ.

" oi tunggu lah ! " Zarish berlari mengejar langkah aku.

aku terus berjalan menuju ke pantai. aku bermain buaian yang berada disitu.

" Tylla " panggil Zarish

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Tylla " panggil Zarish.

aku berpaling. ceh ! ingatkan dah blah dah. " apa " kata aku ringkas.

" kalau aku nak tanya sikit, boleh ? " kata Zarish perlahan.

" nak tanya apa "

" kenapa kau tak suka lepak dengan lelaki ? kenapa kau benci lelaki ? kenapa kau tak suka lelaki nak pikat kau ? " tanya Zarish laju.

aku ternganga mendengar soalan Zarish. " itu bukan sikit, itu banyak namanya. sikit tu tak lebih dari satu " bebel aku.

" tak kisah la. kisah sekarang kenapa ? "

" kalau aku taknak cerita, boleh ? "

" tak boleh "

" tetap taknak cerita. malas ungkit kisah lama "

" tapi tadi tanya aku. bengong ! takde fasal, kau kena cerita jugak. cepat-cepat, aku setia mendengar ni "

" perlu ke ? kau bukan abang aku pun, apatah lagi family aku. "

" tapi aku bakal ayah untuk anak-anak kita. HAHAHAHA. baik kau cerita cepat sebelum aku meroyan dan buatkan kau nak muntah. "

aku nak sengih dah tadi. nasib sempat cover ! aku diam. nak story ke dekat dia ? story je la. ' dia ' tu pun dah tak akan ada dalam hidup aku pun. dah dia nak tahu, so cerita je lah.

" betul ni kau nak tahu ? " tanya aku.

" serious betul ! " jawab Zarish yakin.

aku diam seketika. cari kekuatan yang telah dibawa oleh ombak. ceh !

" dulu aku pernah kenal dengan sorang lelaki ni. nama dia Amin. Dia tak handsome pun, tak kaya, tak pandai. Senang kata, takde kelebihan la dekat dia. Tapi, bila aku kenal dia, aku rasa something yang memang susah nak terangkan perasaan dia macam mana. " aku berhenti seketika.

Zarish diam. Dia setia mendengar.

" dia mat motor. Aku kenal dia pun dari kawan lama aku. Dia dapat nombor aku then dari situ kitaorang start chitchat, start ada relay. "

" Dia seorang yang sangat manja ! Tak suka bercakap dengan orang lain selain daripada aku. Sebab itu perasaan sayang tu cepat je datang. "

" banyak kali jugak kitaorang jumpa. Spend time sama-sama. Tapi .... " aku diam.

Zarish mengangkat kening seperti mahu aku menyambung perkataan tadi.

" dia ego. Dia kuat cemburu. Dia tak suka aku rapat dengan lelaki lain. Anytime, everywhere, setiap jam aku kena inform dekat dia apa yang aku tengah buat. Dia kuat mengongkong. Itu adalah perkara yang aku tak suka pasal dia. Tapi nak buat macam mana, dah sayang. Terima je la "

" satu hari tu aku keluar dengan dia, berdua. Kitaorang lepak, makan, tengok wayang, borak sampai la ke petang. Bila dengan dia, aku rasa macam cepat je masa berlalu " aku sengih.

" masa tu kitaorang nak balik dah. Aku cakap nak pergi toilet, so aku suruh dia tunggu dekat parking motor. Dia pun okay. Bila aku keluar dari toilet aku terjumpa dengan kawan lama aku. "

" nama dia Luqman. Kitaorang dah lama kenal, so bila dah jumpa ni, biasalah. Borak-borak pasal zaman dulu dulu. Lepastu baru aku turun pergi dekat parking. "

" bila aku sampai dekat parking tu, aku tengok dia ..... " aku diam. Aku cuba tahan air mata dari jatuh.

" hey, janganlah nangis. Its okay. Kalau kau tak boleh, takpe aku faham " bisik Zarish.

" aku okay aku okay. " aku mengelap air mata. " bila aku sampai je dekat parking tu, aku tengok dia campak helmet yang dia bagi dekat aku, then dia start motor dan terus pergi. Aku cuba tahan dia. Tapi kau tahu apa yang dia cakap ? "

" dia cakap apa ? " tanya Zarish.

" pergi mati ! " nada aku mendatar. Walaupun pada ketika itu Amin berkata dengan penuh sifat kebencian.

Zarish terkejut. Tak sangka perangai dia macam tu.

" lepas dari tu aku tak jumpa dia dah. Aku call tak angkat, aku whatsapp tak reply. Kitaorang lost macam tu je.

----------------------------------------------------------------------

TBC

All About Us " Where stories live. Discover now