Chapter 29

172 12 0
                                    

Lepas balik daripada bercuti, masing-masing sibuk dengan exam. Tambahan lagi mereka bakal menghadapi satu ujian besar iaitu SPM. Begitu juga Diamonds dan Avengers. Masing-masing menbuat persiapan untuk menghadapi ujian.

" weh korang, sabtu ni pergi library jom ? Aku nak cari buku sikit. " tanya Atylla.

" hm okay jugak. Boleh study dekat sana " jawab Farah sambil menyimpan buku di dalam beg.

" yang lain ? " Tanya Atylla.

" kitaorang sentiasa on " jawab Aizriel, Darwin dan Iqbal lalu tersengih.

" ceh, aku tanya Diamonds la ! Sibuk je "

Aku gelak. Suka perasan betul diorang ni.

" aku on je. " jawab aku ringkas. Alia juga mengangguk kan kepalanya bersetuju dengan jawapan aku.

" eleh biarlah. Shaf pun pergi, so aku kena ikut sekali la. Shaf mana boleh hidup tanpa aku. Kan Shaf kan ? " Aizriel menjongket-jongketkan keningnya.

Alia mencebikkan bibirnya. " kau tu yang tak boleh hidup tanpa dia, dia elok je kalau kau takde. Tak kena sawan rindu pun " perli Alia.
Aizriel sengih.

" aku pun kena ikut jugak ! Aku kena ajar Farah math. Dia kan blur sikit pasal math ni " jawab Darwin pula.

" ha kan. Aku pun kena ada jugak. Mungkin sesiapa memerlukan pertolongan aku ke kan ? Aku kan best student dekat sekolah. Semua subjek scor. Manalah tahu boleh tolong ajar. " tambah Iqbal pula. Masing-masing mereka  jawapan sendiri. Padahal ada udang di sebalik maggie, ceh !

" ALASAN ! " jawab Diamonds serentak.

" eh apa pulak ! "

" mana ada bagi alasan ! "

" tipu tipu tipu tipu "

Nak tergelak kami mendengar jawapan mereka. Gigih mempertahankan alasan yang mereka beri.

" macam la aku tak tahu korang ni. Kau! Kau nak date dengan Farah kan ? Ajar math konon. Aizriel pun sama ! Nak date dengan Fira, tapi kasi alasan tak boleh hidup la apa la, ceh ! Ha kau pulak, sebab semua ikut, kau pun nak join kan ? " Alia mengercilkan matanya dan jari nya menunjuk tepat ke arah muka Iqbal.

" eh mana ada, aku ikut sebab kau ada " jawab Iqbal selamba.

Alia terus mengeras. Hahaha terkejut dengan jawapan Iqbal. Dan mula la adegan usik-mengusik antara mereka. Avengers berebut-rebut mahu study bersama kami. Kecuali Zarish. Pelik jugak aku. Selalu dia yang paling semangat kalau kita nak pergi mana-mana.

" Zarish, kau tak follow ke ? " tanya aku.

Zarish pandang aku semacam. " boleh ke aku ikut ? " tanya dia dengan muka blur.

" apasal tak boleh pulak. Selalu kau yang excited kalau kita nak keluar. " sambung aku lagi.

Zarish senyum tidak ikhlas. " ingatkan tak boleh ikut. Tak diajak kan. " Zarish memandang Tylla.

Tylla melarikan mata dari pandangan Zarish. Semua pelik dengan perangai diorang. Macam ada sesuatu yang terjadi antara mereka.

Alia mengambil langkah berani dengan bertanya mereka soalan.

" korang ada masalah ke ? " tanya Alia.

" nothing " jawab mereka berdua serentak. Mereka terkejut. Mereka pandang antara satu sama lain. Lama. Zarish memandang Tylla dengan pandangan redup. Atylla menjeling Zarish dan terus keluar dari kelas.

Kami semua terkejut dengan tindakan Tylla.
Zarish mengeluh lalu keluar dari kelas.

---------------------------------------------------------------------

All About Us " Where stories live. Discover now