Kami lepak di dalam pondok berdekatan dengan pantai. Angin pantai menerpa lembut pipiku. Tenang. Yes, tenang ! Itu yang aku rasa sekarang. Lepas luahkan semua pada Aizriel, aku rasa aku dah lepaskan satu beban yang besar. Tak payah nak tipu diri sendiri dah.
Darwin dan Farah berjalan ke arah kami.
" guys, aku nak bagitahu something ni. " kata Darwin memulakan perbualan.
" apa ? " Kata kami serentak. Semua dah ada di dalam pondok. Farah dengan Darwin je lambat, mana diorang pergi pun entah.
" ehem. Sebelum saya memulakan perbicaraan, kepada sesiapa yang mempunyai sakit jantung, sakit dada, sakit kronik, sila beredar dari sini. Perkara ini mungkin akan memudaratkan kesihatan kalian semua " terang Darwin. Farah di sebelah membuat muka tidak puas hati. Melebih pulak Darwin ni !
" ceh beria la kau ! " hambur Aizriel.
Darwin sengih. " saja gurau. Kasi suspens sikit "
" ok ok macam ni. Aku ada perkara sikit nak bagitau. Before that, aku nak minta maaf. Sorry guys sebab kitaorang tak bagitau dari awal. Aisy, macam mana nak cakap ni eh ?okay, ak ... Aku dengan Farah ... Dah lama kawan. Ha dah lama, sejak form 4 lagi. " Darwin dan Farah sengih.
Kami semua blur.
" semua orang tahu kita kawan right ? So, what's the point huh ? " tanya Zarish blur.
Kami mengangguk mengiyakan soalan Zarish." aish, bukan kawan yang tu. Alah, kawan yang tu, yang tuu tuuu. "
" tuu tuu apa ni Win ? " tanya aku pulak. Susah pulak mamat ni nak cakap harini.
" aduhh, kawan rapat. Ha kawan rapat ! Senang cerita aku dengan Farah couple. Ha kan senang ! " boleh pulak cakap.
Reaksi yang sama. Blur, masing-masing belum proses apa yang Darwin kata tadi.
Mereka berdua sengih.
" jap, kawan rapat ? Couple ? Bila ? Eh apasal kitaorang tak tahu ni ? " Atylla mula tersedar.
" sejak tahun lepas " jawab Farah.
" gila lama korang rahsia. Woah, melampau eh kau Darwin. Aku yang selalu berkepit dengan kau hari-hari macam mana aku boleh tak tahu ? " hambur Iqbal.
Alia menjeling Iqbal yang berada di sisinya. Ceh, acah macam marah sangat. Padahal dah tau, hangus punya kawan !
Iqbal mengenyitkan matanya manandakan jangan bongkar rahsia hahahaha.
" ala sorry la geng, bukan aku taknak bagitahu. Ni, Farah ni taknak hebohkan. Takut popular katanya. Aku kan hot guys dekat sekolah, alah korang ni macam tak tahu "
Semua pamerkan muka ' please jangan perasan '
Darwin sengih macam kerang busuk.
Aizriel menepuk tangan dan tidak lama kemudian semua bertepuk tangan kepada Farah dan Darwin. Macam biasa la, job muka blur ni dah tukar orang.
Darwin dan Farah blur.
" congrats Win congrats ! Woah cepat kau eh bertindak. Hahahaha jaga Farah elok-elok. Jangan kasi dia patah hati weh " nasihat Aizriel.
" congrats Darwin, Farah " kata kami semua.
" kejap, korang tak marah ke ? " tanya Farah dengan muka blurnya." buat apa nak marah. Okay apa kau dengan Darwin. Sekurang-kurangnya kita semua dah kenal dia, dah tau perangai dia. Aku yakin dia boleh protect kau punya lah ! " kata aku sambil tersenyum.
" betul tu Farah. Kitaorang okay kalau kau dengan Darwin. Kitaorang takde hak pun nak mengkongkong kau. Kau berhak pilih siapa yang kau suka. " sambung Alia.
" that right ! Nanti kalau mamat ni buat kau patah hati, kau rojer-rojer je aku. Tahu la aku macam mana nak ajar mamat ni nanti " kata Atylla pula.
Farah nangis, sebak. " thank you korang sebab faham aku. " kami pun membuat group hugs.
" no big deal " kata aku.
" auch so sweet. Nak peluk jugak ! " kata Darwin gedik.
Avengers pun membuat group hugs. Dah macam gegirls pulak. Cuba lah nak peluk dengan kitaorang, memang kasi kaki la jawab dia !
" tu lah sayang, saya dah kata diorang okay punya. Awak tu yang nak rahsiakan sangat. Takut diorang marah la apa la. Ha tengok, diorang okay je " pujuk Darwin.
Farah mengelap air matanya. Dia menumbuk perut Darwin. " diam lah " katanya.
Darwin mengaduh.
Kami menggelengkan kepala melihat telatah mereka.
" mentang dah kasi greenlight, dah pandai cakap lepas kau eh. " perli Zarish.
Darwin sengih. " bukan senang bro nak sweet depan korang, selalu dalam on call je. Kan sayang kan ? " usik Darwin.
Farah tersenyum malu. Aceceeh !
" wait wait, ada satu lagi good news. Nak tahu tak ? " kata Aizriel.
Mereka menganggukkan kepala.
Ha sudah Aizriel buat pasal ! Haisy dia ni, sibuk nak bagitahu jugak ! Aku terus pusing menghadap pantai. Pandang view lagi lawa.
" aku dengan Shaf pun dah bersatu balik " Aizriel sengih sambil menjongket-jongketkan keningnya.
" huwarghhh good job Riel ! Bila ? " tanya Zarish.
" baru tadi. " Aizriel tersengih malu.
Diamonds tersengih. " congrats Fira ! " jerit mereka serentak.
Aku cover senyum. Malu siot ! Haisy Aizriel memang nak kena lepas ni !
---------------------------------------------------------------------
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...