Chapter 36

178 12 0
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya berlangsung juga. Abang Syahir selamat diijabkabulkan dengan Kak Cha di rumah pengantin perempuan sendiri.

Jam menunjukkan pukul 4 petang dan tetamu sudah semakin berkurangan. Majlis pun sudah selesai untuk pihak perempuan. Lagi seminggu pula di pihak lelaki.

Aku duduk di bawah khemah sambil berbual bersama Avengers dan Diamonds. Walaupun boleh dikatakan hari-hari jumpa tapi jangan risau, cerita tak pernah habis. Ada je digosipkan oleh diorang ni. Avengers pun tumpang sekaki bergosip !

Ada yang sedang berbual kosong, ada yang sedang melantak. Ya salah satunya dekat sebelah aku ni. Daripada tadi makan ! Confius aku, tak bocor pulak perut dia duk sumbat makanan daripada tadi.

" kau taknak ke ? Kalau nak meh sini aku suap " tanya Aizriel sambil menunjukkan ayam masak merah kepada aku.

" taknak ! Aku dah kenyang la. Kau ni perut apa ha daripada tadi makan ? Tak penat ke mengunyah ? " tanya aku.

" perut buaya darat. " jawab dia selamba sambil tersengih.

Aku cubit lengan dia. " teringin nak kena tinggal macam dulu ke ? " tanya aku serious.

" okay okay taknak. Lepasni tak cakap dah " Aizriel sengih. Dia kembali menyambung makan yang tertangguh tadi.

Aku menggelengkan kepala. " dah dah la tuuu !! Nanti kau gemuk lah ! " aku menarik pinggan yang berisi ayam itu. Dah la mencekik ayam je. Nasi haram ambilnya. Aku syak dia bela hantu raya la.

" ish jangan lah kacau ! Biarlah, gemuk-gemuk pun kau tetap sayang aku, kan ? " Aizriel membuat kening double jerk. Tangannya laju sahaja menarik pinggan itu kembali.

" hm, SANGAT " aku senyum tidak ikhlas.

Aizriel gelak apabila melihat aku membuat muka.

Aku ternampak Abang Syahir dan Kak Cha di halaman rumah. Aku menepuk paha Aizriel lembut.

" aku nak pergi sana jap tau " kata aku lalu meninggalkan Aizriel.

" okay " kata Aizriel lalu menyambung makan kembali.

Aku berjalan menuju ke Abang Syahir dan Kak Cha.

" congrats abang ! Dah jadi suami orang dah ! " kata aku teruja. Aku memeluk pinggang abang.

" thank you adik ! " kata abang sambil membalas pelukkan ku.

Kak Cha tersenyum melihat gelagat kami.

" kejap eh kak. Nak peluk lama sikit. Lepasni dah tak boleh dah " kata aku.

" haah lepasni tak boleh peluk abang dah. Turn kak Cha pulak peluk abang. Haih seronok betul jadi orang handsome ni. Semua berebut nak peluk " kata abang bangga.

Ceit ! Aku terus pijak kaki abang. Geram betul dengan dia ni, suka main-main !

" auch sakit la ! " abang menyekeh kepala aku.

" hm ya la sangat. Baik saya peluk bantal dari peluk awak. Atleast bantal takde tangan nak merayap sana sini. Kan Shaf ? " kata kak Cha sambil menjongketkan keningnya.

" yas, betul sangat sangat ! " kata aku laju. Padan muka abang !

" sampai hati ! Merajuk la macam ni " kata abang lalu berlalu ke bawah khemah dan mencapai pinggan. Dia meletakkan nasi, ayam masak merah, sayur kobis dan dua potong buah tembikai. Abang Syahir berlalu ke meja makan. Dia menarik kerusi dan terus makan bersama Aizriel. Siap gelak gelak lagi. Tercekik baru tau !

Pfttt, hampeh punya abang !

" betul la kalau orang merajuk, dia mesti makan " kata aku dengan muka takde perasaan.

" kan " kata Kak Cha mengiyakan. Kak Cha berlalu ke bawah khemah dah duduk di sebelah abang Syahir. Dia menepuk paha abang lembut lalu membuka mulut. Abang Syahir menyuap nasi ke mulut Kak Cha.

Ya memang aku sorang je berdiri dekat halaman ni macam orang bodoh. Kureng asem ! Aku berjalan laju masuk ke bawah khemah.

" kak Cha blah tak kasi signal ! " kata aku geram.

Kak Cha sengih. " sorry la, akak lapar "

" amboi sayang, marah betul ! Meh duduk sini meh " Aizriel menepuk kerusi di sebelah kanannya.

Aku berjalan  dan duduk di sebelah Aizriel. Aku mengambil sepotong tembikai di dalam pingganya.

Aizriel hanya membuat ' dunno ' dan sambung makan. ' hai la sayang, nanti lepas kahwin saya nak sorok makanan ! Biar awak cari saya je, bukan makanan lagi ! Say no to the food ! ' kata aku di dalam hati.

Sedang elok kami makan sambil berbual, ibu menghampiri kami.

" dekat sini kamu semua ya. Amboi sedapnya makan. " tegur Puan Wahida, mama kepada Alia.

Kami semua sengih.

" cepat sikit makan ! Tu pinggan, sudu, garfu, senduk, periuk semua dah tunggu kamu. " kata mama Alia.

Semua mencebik. " part ni yang malas ni. Hm nak balik la macam ni " kata Darwin.

" jangan nak mengada ! Selagi tak siap, jangan harap nak keluar ! " kata mama sambil membesarkan matanya. Aiseymen ini yang lemah ni.

" ha dengar tu ! Cepat cepat makan ! Kejap lagi boleh basuh pinggan together gether. " kata abang Syahir.

Mama senyum tidak ikhlas. " abang pun tidak terkecuali ya. "

" Alaaa abang penat la. Suruh la Alia dengan kawan-kawan dia. " kata abang sambil membuat muka kesian. Nampak tak ? Tak sampai sehari jadi menantu dah pandai mengadu.

" no ! Kena jugak. Jangan nak mengelat. Inilah kerja pengantin bila majlis dah selesai. Tadi dah ramah dengan orang, ha lepasni ramah pulak dengan senduk periuk semua tu. Jangan lupa ya, mama masuk dulu. Nak ramah dengan besan dekat dalam " kata Puan Wahida lalu berlalu masuk.

" okay maa " jerit semua dengan perasaan ' nak balik '

Kami sambung melantak dengan perasaan tidak seceria tadi.

---------------------------------------------------------------------

All About Us " Where stories live. Discover now