Selepas makan aku terus masuk ke bilik. Nak lari la apalagi . Dari tadi suruh aku buat kerja dia. Tukar cadar la, basuh baju la, kemas bilik lah. Ugh penat aku. Dah la main ugut ugut. Siap cakap ' kalau adik taknak baik dengan abang, abang pun taknak la bawak adik shopping ' ughhh sakit betul hati.
'' adikkkkkk, '' abang menjerit dari luar . haish apalagi dia nak, kasilah aku rehat sikit.
'' nak apaa '' okay jerit jugak lah. Malas nak jalan pergi bukak pintu .
'' siap cepat kata nak keluar. Kamu tu dah la siap lembap , nak tempek bedak la, lipstick la acedow la. Abang bagi 30 minit lambat tinggal '' Syahir terus blah ke biliknya. Macam mana aku tau? Sebab dah tak dengar suara dia menjerit lagi lah.
'' ish ye la adik siap. Dah la sebut eye shadow pun pelat. Jet jet cakap omputih lagi ''
Aku terus bangun dan masuk ke bilik air. Selepas mandi aku mencapai seluar jeans putih dan baju hitam berserta dengan jaket jeans biru. Alah simple cukup lah. Aku menempekkan sedikit bedak dan lipstick di bibir.
'' okay siap '' aku mencapai sling back dan terus turun ke bawah.
'' ibuu abang mana ? ''
'' ada dalam kereta tengah panaskan enjin kut ''
Ibu tak tanya pun aku nak pergi mana. Abang dah bagi tahu la kut .
'' adikk, cepat lah masuk kereta tunggu apalagi ey budak ni kan tak pernah nak cepat tau ''
'' yeye kejap '' aku menyalam tangan ibu dan terus berlari ke luar. Aku segera duduk untuk memakai kasut converse . kasut tu bertali sah sah la kena duduk.
'' pakai kasut pun lembap aduh budak ni. Cepat la sikit . tau tak awek abang dah lama tunggu kamu la ni lambat sangat . ''
Eey aku nak pakai kasut pun payah. Bising lah dia ni. jangan stress biar dia bebel dulu okay ? jap lagi kau tahu la. Aku tersenyum .
Aku bangun dan terus menjerit . '' abaaangg !! stop, jangan gerak . jap jap jangan gerak ''
aku mendekati abang . abang elok duduk diam macam patung. Ye la terkejut tiba tiba aku jerit suruh duduk diam .
Paappp !!
Aku menampar pipi abang. Abang terkejut terus buat muka spechles.
'' nyamuk ''
'' otaklu nyamuk kau saja nak tampar pipi aku sebab tak puas hati kan ? '' abang tunjal dahi aku. Aisey dia tahu la.
'' ish takdelah betul ada nyamuk. Dah jum masuk kereta ya ? nanti kawan abang tunggu lama pulak '' aku tarik tangan abang masuk ke kereta.
Abang menjeling aku.
'' okay okay sorry lah. Adik bawak eh ? abang duk tepi. Sedih tengok pipi blushing sebelah je '' aku sengih.
'' ha bagus pun. Hilang mood nak bawak kereta ''
Aku terus memandu kereta menuju ke Aeon. Dah ada lessen k.Cuma malas nak bawak kereta payah kalau jalan jem, naik motor senang sikit boleh cilok cilok.
*************************************
aku masuk ke dalam pusat membeli belah itu bersama abang. Aku berjalan dan berhenti di depan kedai buku Popular.
'' oi kata nak cari barang, nak cari barang apa ? '' tanyaku.
'' barang lawa lah '' matanya melilau melihat sekeliling. Syahir tersengih nakal.
'' pervert '' aku menjeling abang.
'' bukanlah. Abang cari awek abang. Dia kata dah lama sampai tapi tak Nampak pun. '' bongokkan ? zaman dah maju tapi otak lembap .
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...