Chapter 39

187 12 0
                                    

All about Us dah nak habis dah!! Lagi beberapa bab and then tamat- sorry kalau jalan cerita tak bagus, terlalu childrish, banyak typo. Story ni dah lama, so biasalah. Dulu tak matang, sekarang alhamdulillah dah sedar 😂 i'll try my best for this story. Enjoy!!!!!

************************************
" best jugak eh kampung kau. Sejuk ! Aku suka " kata Farah teruja.

" biasalah, kawasan utara macam ni, angin dia memang kuat sikit. " balas aku.

" haa buat apa dalam bilik ni ! " kata ibu.

" saja sembang-sembang. Kenapa bu ? " tanya aku.

" kamu tanya kenapa ? Tolong la apa lagi ! Tuu barang untuk esok ada lagi yang tak settle. Cepat tolong ibu "

" ala, tadi kan dah tolong masak. Kasi la kitaorang rehat kejap " pujuk aku.

" amboi amboi, anak dara kena rajin. Bukannya buat kerja sikit lepastu nak rehat. Dah cepat keluar " arah ibu.

Kami mencebik lalu keluar dari bilik.

" nak tolong apa ni ? " tanya aku.

" haa Alia, Farah tolong masukkan chocolate ni dalam goodies beg. Shaf dengan Atylla pergi turun bawah. Tengok kerja apa yang boleh dibuat " arah ibu lagi.

" okay " kata kami berempat. Alia dan Farah mengambil tempat di ruang tamu. Aku dan Atylla turun ke bawah rumah.

" hmm bau macam sedap. Diorang tengah masak ke ? " tanya Tylla.

" ye kot. Jom pergi bawah rumah. " ajak aku.

Kami bergerak ke bawah rumah. Wan sibuk mengupas bawang bersama sedara mara yang lain.

" ha ada anak dara ni. Baru nak turun " kata mak ngah, adik kepada abah.

Aku sengih. " ada je, awat rindu ka "

" takdak masa aih nak rindu rindu. Ni mai sini tolong kacau gulai ni. " arah mak ngah.

" siap bos ! " kata aku dan Atylla serentak. Kami mencapai sudip panjang lalu mengacau bahan-bahan yang dimasukkan oleh mak ngah.

" eh Avengers mana ? Takkan tak balik dari surau lagi. Isyak dah lama lepas " tegur Atylla.

" dah balik dah. Tuu tolong angkat khemah. Biarkan, baru nampak lelaki sikit. Kalau tidak, jambu je " kutuk aku selamba.

" apa ingat muka jambu kitaorang tak kuat ke ? " tegur Aizriel.

Terangkat bahu aku. Cis ! Suka buat orang terkejut.

" ish kau ni ! Terkejut aku " aku memukul lengan Aizriel.

" tu la, lain kali jangan kutuk orang lagi " ejek Aizriel. 

" mana ada kutuk!  Aku cakap benda betul apa,  setakat muka jambu tapi tak sadoooo nak buat apa? " balas aku kembali.  Hello, ini Shafira la,  mana boleh kalah.

" tapi aku jambu + sado.  So kau kira untung la dapat aku,  siap package lagi "

" banyak la kau " kata aku laju. 

" hello guys, im still right here. " kata Tylla. 

Aku dan Aizriel sengih. 

" sorry Tylla,  seronok gaduh dengan dia ni, sampai lupa pulak kau " aku menepuk bahu Atylla lembut.  Ambik hati sikit! 

" hahahahaha sorry Tylla.  Okok aku sambung buat kerja kejap.  Bye sweetie! " jerit Aizriel.  Sempat lagi dia kenyitkan mata. 

Aku melambai kembali lalu senyum. 

Atylla menggelengkan kepala. " pelik ah korang ni.  Tadi baru je gaduh,  tak sampai 1 minit dah ' sweetie ' balik.  Eh kalau aku la, esok belum tentu berbaik lagi tau! "

" mana boleh gaduh lama-lama,  nanti rindu la!  " balas aku sambil tersengih-sengih.

" ughhh,  jeli pulak aku bila kau sweet ni.  Mohon jadi serious macam dulu Fira. " usik Atylla. 

Aku terus membuat muka serious. 
" dah dah, sambung buat kerja.  Jangan nak main je.  Tu kacau tu " kata aku dengan mimik muka yang tiada senyuman. 

Atylla tergelak melihat muka Shafira. 

" hahahahahaha, kau ni Fira!  Suka main-main. "

All About Us " Where stories live. Discover now