Aizriel POV
Aku memberhentikan kereta. " huwarghhh, sampai pun " kata ku sambil mengeliat kecil.
Aku pusing ke belakang. Serious la semua tidur ? Hampehnya ! Aku penat - penat drive diorang boleh pulak terbongkang tidur.Aku melihat di sebelah pulak. Shafira juga tertidur. Aku sengih. Hailah Shaf, tidur pun cute ! Aku rasa nak gigit - gigit je pipi kau.
" oi oi bangun dah sampai Lumut dah ni " jerit aku.
No respons.
" hoiii !! "
Masih tiada respon.
Aku bengang. Tinggal karang baru tau ! Aku angkut Shaf je nanti, ha baru tau kempunan nak pergi holiday !
'Ponnn ponnn !! Aku menekan hon.
Dengan serta mertanya semua bangun dengan muka mashaAllah ! Terkejut habis ! Hahahahaha. Aku gelak.
" nak kena hon baru nak bangun eh ? Nasib tak kena tinggal je ! Dah cepat turun. Dah dah la buat muka toya macam tu. Tak dilayan sama sekali "
" kurang asem kau Riel, aku tengah mimpi jumpa jodoh aku tau tak ! Kacau betul " ngadu Iqbal.
" lain tahun la nak cari jodoh. Dah dah cepat turun. "
Semua terpisat pisat bangun. Mood tidur masih on. Kami keluar dari kereta dan mengeluarkan beg.
Setelah kunci kereta, kami berjalan ke kaunter tiket untuk pergi ke Pulau Pangkor. Nama pun pulau kau, so kena naik feri la, takkan banana boat kut.
" ya dik, nak ke Pulau Pangkor ke ? Berapa hari ? " tegur seorang Makcik. Mungkin pekerja dekat salah satu resort di Pulau Pangkor ini.
" ha ya ya, mungkin 2 atau 3 hari " jawab Zarish.
" oh ya, kami ada membuat promosi untuk cuti sekolah ini di Teluk Dalam Resort. " Makcik itu senyum.
" oh terima kasih. Kami sudah booking Hotel di sana " Zarish senyum. Orang tua kan, hormat la sikit.
" kalau macam itu tak apa lah, nanti mungkin nak ke Pulau Pangkor lagi boleh la menginap ni resort kami " Makcik itu menghulurkan pamplet.
" terima kasih " kami pun berlalu dari situ. Biasalah, dekat jeti ni macam macam orang ada. Semua nak berjaja. Semua nak tarik perhatian pengungjung, itu yang main serang je.
" okay korang duduk sini, aku nak beli ticket " aku berlalu untuk membeli ticket.
" Zarish, kau kata dah book hotel, serious ke ? Atau kau malas nak layan makcik tu tadi ? " tanya Darwin.
" betul la ! Bukan nak lari, aku memang dah booking dah tadi, lepas Shaf kasi greenlight terus aku book. Hahahaha, cepat kan aku buat kerja " dia menjongketkan keningnya. Sengih.
" ceh ! Ni kau book Hotel mana ni ? Murah ke tak ? "
" trivago, find your ideal hotel for the best price " kata Zarish sambil memakai spec, plus senyum sinis ! Ceh !
Semua membuat muka menyampah.
" okay guys ticket dah beli, so lets go ! " kata aku semangat.
" joommm !! " jerit semua. Langsung tak peduli orang pandang dah ! Mood holiday on !
End POV
Kami berjalan menuju ke jeti. Feri dah sampai ! Yeay ! Apalagi terus naik lah. Perjalan ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa dalam 30 minit. Bukan jauh mana pun, tapi sempat jugak la acah titanic tadi.
Setelah sampai, kami terus pergi ke hotel yang telah di booking oleh Zarish. Apa apa hal, hotel dulu, baru boleh jalan hehe.
" aku dah book dua bilik. So Tylla, kau follow aku, yang lain, nah ambik kunci ni masuk bilik sebelah eh "
Besar terus biji mata Atylla. Lawak jahanam betul Zarish ni !
" kau nak makan kasut size 7 ke Zarish ? " kata Tylla geram.
Zarish sengih. " aku gurau je la alemak, itu pun nak marah. Nanti aku bawak kau honeymoon tempat lawa-lawa tau. Jangan risau, cakap je kau nak pergi mana, aku sedia jadi driver kau. Lagipun time tu kita dah halal dah "
" Zariisshhhhhhhhh !!! " jerit Atylla kuat.
" okay okay, yang ni serious joke 😂. Avengers, masuk sini, sana bilik gegirls. "
" ingatkan betul-betul kau nak kitaorang tidur bilik sana. Aku on je " jawab Aizriel laju.
Avengers sengih. Sebelum melalut baik masuk bilik. Diorang ni pasal bilik pun nak buat lawak ke ?
--------------------------------------------------------------
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...