Chapter 21

189 11 0
                                    

Selepas mandi dan solat, aku duduk di atas katil. Termenung memikirkan masa hadapan, cewah ! Padahal duk teringat masa lampau.

' bila la aku nak bagitahu diorang pasal Aizriel. Lama kut aku simpan. Tapi boleh ke diorang nak terima ? Aku sendiri pun rasa tak adil, inikan pulak diorang. Haish, runsingnya ! ' aku menekupkan muka dengan bantal.

Tylla membuka pintu bilik. " oi duduk dalam bilik ni buat apa, jum lepak bawah. Diorang dah ready nak makan dah tu "

Aku terus terduduk. Terkejut punya pasal. " ha okok, kau turun dulu. Aku nak ikat rambut " aku sengih.

Tylla mengangguk dan terus turun ke bawah.

Aku menghela nafas lega. Ingatkan kantoi dah tadi. Aku berjalan menuju ke meja solek, sikat diambil untuk memperkemaskan rambut. Baru nak capai getah rambut, ada je manusia yg suka masuk bilik orang ni !

" sayang ! Cepat turun, yang lain dah ready dah dekat meja makan.  " Aizriel tersengih.

Aku menjeling geram. " ish aku tau la, pergi la turun dulu. Karang aku datang. Dah shuh, shuh " halau aku.

Aizriel mencebik. " baru nak sweet sweet turun tangga sekali "

Aku membuat senyum paksa " tak payah nak mengada sangat. Shuhh " halau aku lagi. Macam halau kucing kurap dah, hahaha nasib kau la Riel.

Aizriel menutup pintu bilik dan turun ke bawah.

Setelah siap mengikat rambut. Aku segera turun ke bawah.

" amboi, ingat princess ke nak makan pun kena tunggu kau " perli Darwin sedas.

Aku sengih lalu duduk di meja makan. Iqbal mengetuai bacaan doa dan kami pun makan dengan riuh sekali.

Selepas makan Avengers dan Diamonds pun bergerak ke ruang tamu. Tv dipasang. Zarish menekan nekan alat kawalan jauh itu mencari siaran yang seronok.

" takde cerita best la, cartoon ada la. Nak layan ? " tanya Zarish.

Ada yang geleng ada yang angguk. Majoritinya geleng. Takde class kut layan cartoon. Hey, cartoon cute apa !

" kalau takde cerita best kita nak buat apa ? Takkan nak masuk tidur dah. Bosan la ! " jerit Farah.

Aku mendapat satu idea. Hohoho boek punya. " makeup challenge  ? " tanya aku sambil menjongketkan kening.

" setuju " jerit Diamonds serentak. Semua senyum gembira kecuali Avengers. Mereka la yang paling membangkang.

" nooooooo, aku taknak. Nanti jahanam muka aku " jerit Aizriel. Dia menggeleng gelengkan kepalanya.

" nak atau tak aku tak kisah. Semua wajib main. Kalau tak, tidur luar " aku bagi amaran tegas. Heh itu je cara nak suruh diorang setuju.

Avengers membuat muka. Pasrah gila muka kena conteng nanti. Rela make up dari tidur luar tu.

" okay tunggu kejap " kata Tylla. Dia berlari naik ke tingkat atas. Selepas itu dia turun semula dengan barang barang yang diambilnya. Dan barang itu kebanyakkannya barang make up. Dan ada la sikit dua tiga barang perhiasan perempuan. Takde satu pun tinggal.

" nak mula dengan siapa dulu ? " Tanya Tylla. Diamonds mengangkat bahu. Avengers langsung tak mengangkat muka. Takut beno kena dulu !

Tylla sengih. " why not kita mulakan dengan Zarish ? Sebab aku rasa muka dia mesti lawa lepas kena tachup "

Diamonds dan Avengers mengangguk gembira. Zarish je laju geleng. Yakwoh tak sanggup !

So nasib la malam ni kau jadi ' nyah ' " kata Tylla gembira. Dia sudah gelak mengekek ngekek. Ada la tu idea nak kenakan si Zarish.

All About Us " Where stories live. Discover now