Chapter 32

180 11 0
                                    

Dia ? Tipu la kau. Dia kan benci aku " Zarish menjeling Tylla. Atylla nampak terkejut dengan kata-kata Zarish.

"  betul la ! Hari-hari dia datang sini. Dia lah satu-satunya tak pernah skip jaga kau tau ! " tambah Farah lagi. Kami mengangguk bagi meyakinkan jawapan Farah.

Zarish sengih. " aku tau. Hari-hari aku dengar suara dia " dia memandang Tylla lama.

Tylla terkejut. ' dia dengar suara aku ? ' tanya Tylla dalam hati.

" eh, korang boleh keluar kejap tak ? Tinggal aku dengan Tylla je dekat sini. Ada benda sikit nak settle " Zarish sengih. Haish sengih sesaja dia ni.

Kami mengangguk faham.

" kau jangan buat benda tak senonoh pulak. " pesan Darwin.

" kau rasa dengan wayar berselirat macam ni, aku mampu buat apa ? Dia buat aku ada la " kata Zarish selamba.

" kau Rish, sakit-sakit pun nak mengusik lagi eh " balas Iqbal.

Kami menggelengkan kepala. Zarish sengih.

Avengers dan Diamonds keluar. Hanya tinggal Atylla dan Zarish sahaja.

Keadaan sunyi. Dua-dua senyap, tidak bersuara.

Atylla POV

" sorry " kata Zarish.

Aku tunduk. Diam.

" sorry sebab buat kau sakit hati haritu. Aku tau aku salah. Aku tak sepatutnya ungkit ... "

" shhh, tak payah cakap lagi pasal hal haritu. Aku dah maafkan kau " Kata aku. Aku cuba tahan air mata aku dari jatuh.

" thanks " Zarish senyum.

" sorry " kata aku pulak.

" kau takde salah dengan aku pun "

Aku menggeleng. " ni semua salah aku. Sebab aku kau jadi macam ni. Sebab aku kau sakit. Sebab aku kau terbaring macam ni. I'm sorry " suara aku bergetar. Air mata aku jatuh perlahan.

" hey kau menangis ke ? Dah la jangan la menangis. Kau dah minta maaf dengan aku banyak kali dah. Ok ok, aku maafkan kau. Dah jangan la macam ni. Aku tak boleh nak lapkan air mata kau. Please Tylla, stop crying " pujuk Zarish.

Aku mengelap air mata aku.

Zarish senyum. " good girl. Come, duduk sini " Zarish menepuk tilamnya. Dia cuba bergerak ke tepi untuk memberi Tylla ruang.
" no ! jangan gerak. Kau tak sihat lagi. Baring situ diam-diam. " halang aku. Aku duduk di kerusi di sebelah Zarish.

" risau jugak kau dekat aku eh " usik Zarish.

" gila tak risau. Sebab aku kau jadi macam ni. Nanti kalau jadi apa-apa yang teruk, lagi la. Aku tak boleh nak maafkan diri aku. "

" Tylla, dah dah la tu salahkan diri kau sendiri. Ini semua takdir. Dah takdir aku nak jadi macam ni. Aku terima la. Bukan salah kau pun, aku yang cuai. Bawak kereta laju, tak sabar nak jumpa kau punya pasal. "

" ada kena mengena dengan aku jugak kan ? So ni salah aku jugak la "

" shhhh, stop blaming yourself. Ok kau salah, aku pun salah. Deal ? " dia mengeluarkan jari kelingkingnya.

" deal " kata aku.

" ha macam tu la. " Zarish senyum.

" Tylla, kau rasa apa yang aku dengar tu, betul ke ? " tanya Zarish.

" dengar apa ? " tanya aku blur. Masih belum tangkap apa yang Zarish cuba sampaikan.

" aku dengar ada orang tu cakap dia rindu aku, dia nak aku cepat-cepat sedar, dan yang paling best dia jujur dengan aku. Dia cakap dia sayang aku " Zarish senyum.

" ekk, itu bukan ayat aku ke ? " kata aku blur.

" eh bukan kau. Ni ada sorang nurse tu cakap dekat aku macam tu. Terharu aku weh " Zarish menjeling aku.

Aku yang baru dapat tangkap maksud Zarish sengih.

" kau ni, sakit-sakit pun nak usik aku. " aku pandang tempat lain. Malu !

Zarish mengulum senyum. " eleh, nak malu-malu pulak. Hm, baru aku perasan, kau dah lain la. Selalu kalau aku usik kau, laju je aku kena balik. Harini tak pulak eh, kau senyum-senyum je "

Aku senyum tak berapa nak ikhlas. " hm, aku waras lagi la kalau nak tibai kau dengan keadaan kau macam ni. Kau nak jugak ke ? Aku no hal, cuma kau la nanti. Kot-kot boleh discharge esok, tak fasal-fasal tambah lagi seminggu. Nak ? " ugut aku.

" heh, tak tak. " Zarish sengih.

" tau pun takut "

" weh Tylla " panggil Zarish.

" hm " jawab aku malas.

" aku rimas la pakai wayar-wayar ni. Bila diorang nak cabut ? "

" sabar lah sikit. Nanti kau dah stabil dia cabut la semua tu. "

Zarish mendengus.

" Zarish " panggil aku pulak.

" hm "

" bila kita nak panggil diorang masuk ? "

" eh ha ah, aku lupa pulak " Zarish sengih.

Aku mengelengkan kepala. " itulah kau, asyik ingat aku je " kata aku. Mata aku melilau ke tempat lain. Malu nak tengok muka Zarish.

" aish kau ni, sweet la " usik Zarish lagi.

Aku senyum.

" hoi hoi dah settle ke belum ni. Bukan main eh korang, kitaorang penat berdiri dekat luar. Korang sweet-sweet dekat dalam ni. " sembur Darwin.

Aku dan Zarish sengih.

" sorry, baru nak panggil korang masuk. Ha masuk masuk, sila sila " Zarish sengih menayang muka tidak bersalah.

----------------------------------------------------------


All About Us " Where stories live. Discover now