chapter 24

195 12 0
                                    

Darwin
" kejap lagi turun makan tau "
                  
                                                                    Farah
                                                               " Alright "

" Guys, kejap lagi turun makan, Darwin cakap " jerit Farah.

" okey, bagi aku mandi dulu " aku mengambil tuala dan terus berlalu masuk ke dalam bilik air.

Farah melihat ke katil sebelah. Atylla dan Alia sedap dibuai mimpi. Ceh ! Aku jerit kuat kuat bukannya nak bangun. Buat sakit tekak je.

" oi bangun la bangun bangun banguunnnn !!! " jerit Farah lagi. Habis katil katil digoyangnya.

" okay okay, nak bangun la ni. " Atylla mengalah. " nak roboh katil ni kau buat " jeling.

Farah sengih. " aku kejut elok elok taknak bangun, so aku gegor la sikit "

Alia yang masih mamai mencapai tuala dan ingin berlalu masuk ke dalam bilik air.

" oi Lia, kau nak pergi mana ? " tanya Farah.

" dah aku capai tuala, nak mandi la. Ada gaya aku nak pergi berkebun ke ? "

" heh, agak la sikit. Takkan kau nak rempuh bilik air tu jugak. Fira tengah mandi tu, jangan la buat orang curious dengan kau ! "

" oh yeke, tak perasan pulak " Alia menggaru kepala, dia sengih.

Tylla sudah bantai gelak. Farah menggeleng-gelengkan kepala. Tidak lama kemudian, Shafira keluar dengan tuala berbalut di atas kepala.

" ha sekarang ni kalau kau nak rempuh bilik air tu, silakan. " usik Shafira.

" kau dengar eh Fira ? " tanya Alia.

" dengar la ! Aku dah standby pegang pintu dah tadi. Risau je kau rempuh, kalau tak haru jadinya "

Alia sengih. " sorry la, baru bangun tidur so mamai sikit " dia berjalan masuk ke dalam bilik air.

********

" win, kau dah kasitau diorang ke belum ? Berjanggut aku tunggu ni, batang hidung pun tak nampak " Aizriel sudah mula membebel.

" aku dah bagitahu Farah dah, kejap lagi turun la, alah kau ni sabar la sikit. "

Tidak lama kemudia Diamonds pun turun.
Diamonds sengih, Avengers muka masam.

" sorry la, lambat sikit. Ada masalah teknikal " jawab aku.

" dah dah, tak nak dengar. Aku nak makan ! Dah jum cepat " avengers berjalan pergi ke cafe. Diamonds mengangkat bahu dan hanya mengikut langkah mereka. Malas nak membantah, hormon tak stabil tu. Nanti tak pasal pasal ada yang kena sembur.

Setelah sampai di cafe, laju je Avengers mengoder makanan. Breakfast je pun, tapi makanan dia, ya Allah !

" boleh jamin habis ke ni ? " tanya Alia bingung. Banyak kut diorang oder, nanti tak habis membazir je !

" confirm habis ! Dont worry, tapi kitaorang oder je tau, bil korang settle nanti " jawab Zarish dengan selamba bin badak + sengih.

Diamonds menjeling, geram je dengan perangai diorang ni tau !

" erkk, alhamdulillah " kata Iqbal selepas selesai makan.

" habis kan ? So takde istilah membazir dekat sini. Dan gegirls sekalian, sila settlekan bil di kaunter sana ya, terima kasih " Avengers kasi senyum yang paling manis sekali ! Sebab tak keluar duit punya pasal, sengih dia, erghhhhh pengsan aku !

Atylla bangun dan pergi ke kaunter. Selepas membayar bil, Atylla terus blah dari situ. Pergi mana ? Semua tak tau. Avengers pelik melihat Atylla terus pergi dari cafe.

" eh Tylla pergi mana tu ? " tanya Zarish.

Semua angkat bahu tanda tidak tahu kecuali aku. Dan semua pandang aku.

" mencari ketenangan " itu je aku jawab.

Mereka semua mengangguk faham.

Zarish menarik kerusi, dan terus beredar dari situ.

" oi nak pergi mana ! " jerit Aizriel.

" mencari ketenangan ! " jerit Zarish kembali. Ceh ! Cilok alasan orang.

" asal diorang tu ? " tanya Farah pelik. Something fishy here !

" tak tau, eh jum la pergi jalan jalan " ajak Iqbal.

Dan kami pun beredar dari situ. Setelah penat berjalan, kami bergerak ke pantai. Yes ! Dari tadi nak pergi sini sebenarnya.

" Eh korang, aku nak pinjam Farah kejap boleh ? Urgent " Darwin sengih.

" kalau aku tak bagi pun kau heret dia jugakkan ? " tanya aku. Darwin sengih.

" pergi la pergi pergi. Macam ibu ibu dah aku ni, beria nak mintak izin. "

Darwin dan Farah pun beredar dari situ. Cari tempat private sikit, baru senang nak slowtalk.

Seluar jeans biru itu aku lipat sedikit. Kasut aku pegang. Aku berjalan sorang di persisir pantai. Angin yang sepoi sepoi bahasa itu menampar pipi ku (( serious la sastera gila aku kalini ))

Alia dengan Iqbal pun entah kemana. Biarlah diorang, malas nak ambil tahu. Baik fikir masalah aku.

Sedang aku elok tengah bermain dengan air, ada orang mencuit bahu ku. Siapa lagi, Aizriel la (( jngn risau, takde unsur antoganis dalam story ni ))

" kau nak apa, suka kacau ketenteraman aku tau." bebel aku.

" nak kau la " sengih.

" ish, jangan main-main la Riel. I'm not a good mood rn, so what do you want ? "

" Shaf, jum duduk sana, aku ada benda nak bagitahu kau " Aizriel menukar topik. Dia menunjuk si satu batang pokok yang sudah tumbang.

Aku hanya mengekorinya. Nak tahu jugak la apa benda yang dia nak bagitahu sangat tu.

" apa yang kau nak bagitahu " tanya aku terus.

" explanation " jawab Aizriel tenang. Mungkin, waktunya sudah tiba. Ya aku kena explainkan semuanya dekat Shaf.

Aku menelan air liur. " dah la Riel, aku malas nak ingat lagi pasal hal tu. " aku senyum sumbang. " masa tu kita tak matang lagi Riel. "

" walaupun masa tu kita tak matang, tapi aku dapat rasa bila aku dengan kau, rasa cinta tu hadir "

" cinta monyet Riel, tak payah la nak ingat balik "

" cinta monyet ke kalau sampai sekarang aku tak boleh lupakan kau ? Dan kau pun tak boleh lupakan aku, kan Shaf ? "

Aku diam. Tak tau nak balas apa. Takde ayat. Kelu. Macam kena tampar pun ada. Ya, apa yang Aizriel cakap betul. Macam mana nak lupakan dia kalau hari-hari teringat kenangan dulu ? Macam mana nak lupakan dia kalau dia selalu masuk mimpi aku. Perangai manja dia, senyum dia, semua buat aku tak tentu arah ! Ya, aku benci bila perasaan ni datang balik. Perasaan suka !

" aku rasa, aku kena ceritakan kesemuanya dekat kau. Kau dah ready ? "

Aku menarik nafas panjang dan menghembus perlahan lahan. Aku mengangguk. " ready "

" dulu,  aku sayang gila dekat kau Shaf. Aku selalu manja dengan kau, buat pickupline dekat kau. Ngorat kau pakai novel. Macam macam aku buat dekat kau, sampailah kau cakap kau terima aku. Sumpah, aku happy gila masa tu. "

' aku pun sayang gila dekat kau Riel. Tapi bukan dulu je, sampai sekarang pun aku sayang kau '

" tapi, kau nak silent relay. Aku ikut je, walaupun mula mula aku tak berapa nak setuju. Makin lama dengan kau, makin aku kenal dengan perangai kau. Dan makin lama aku dengan kau, makin aku rasa bosan. Aku tak tau Shaf.  "

-------------------------------------------------------------------

All About Us " Where stories live. Discover now