Kami menongkatkan basikal lalu turun ke sungai. Aku duduk di atas batu besar. Kaki aku masukkan ke dalam air. Sejuk !
" waahh cantiknya! Tak tau pulak aku kampung kau secantik ni " puji Farah.
" kampung aku memang cantik ok! Sesuai untuk sesiapa yang nak cari ketenangan. " ujar aku." betul! Dah la ada sawah padi, sungai pun cantik. Confirm tak bosan duduk sini." tambah Alia pulak.
" sekarang kampung aku dah jadi kampung kau jugak. Kau kan dah jadi sebahagian daripada family aku. "
" haah la, hahahahaha aku lupa " Alia sengih lalu menggaru-garu kepalanya.
Aku menggelengkan kepala." sayang, Jom la mandi sama! " panggil Aizriel.
Laju sahaja aku menggeleng.
" taknak la, pakai baju kurung, susah. Lagipun tak bawak baju ganti " jawab aku.
" ala takpe. Sekali sekala. Jom la! " ajak Aizriel lagi. Aizriel menarik tangan aku.
Belum sempat aku menggeleng, gedebushhhhhhh!! Basah !!!!!
" Aizrieeeellllll!!!!!! " jerit aku kuat.
Habis kain baju kurung aku basah. Tak guna punya Aizriel !
Aizriel gelak. " sorry " katanya lalu sambung ketawa kembali.
Semua gelak melihat aku sudah basah kuyup. Atylla, Alia dan Farah masih kekal di atas batu besar.
" mana aci aku sorang je basah! Korang semua turun la sekali ! " pujuk aku.
" kitaorang taknak turun. " kata Atylla. Mereka semua menggelengkan kepala.
Aku merengus tidak puas hati.
" untuk keadilan, kau tarik Alia dan kau Darwin, tarik Farah masuk dalam sungai sekali. Don't worry Shaf, aku takkan benarkan kau sorang je dianiaya. Atylla, get ready huh " kata Zarish sambil membuat senyuman nakalnya.
Menjerit 3 orang gadis itu. Tapi memang takkan terlepas la, kebusshhhhh !!! Great, semua masuk sungai serentak !
" good job guys " kata aku suka lalu membuat thumbs up. aku sengih.
" jahat la kau Fira, habis basah aku! Nasib tak lemas je " bising Farah.
" eleh, kau auta lebih! Air ni takde la dalam mana, paras pinggang kau je. " bangkang aku.
" okay-okay chill. Memandangkan semua dah masuk sungai, so enjoy la! Bukan selalu dapat mandi sungai macam ni. " kata Iqbal.
" betul tu. Kalau basah, nanti naik darat kering jugak. Nanti aku bawak kau laju-laju k, biar baju kau kering " kata Zarish kepada Atylla.
" nooooo! Aku sanggup balik jalan kaki daripada naik dengan kau " kata Atylla laju.
Aku gelak. Padan muka! Gatal sangat bawak laju-laju.
Zarish terus memujuk Tylla.
" sayang "
Aku menoleh ke sebelah. Kening aku naikkan.
" apa ? " tanya aku.
" jom dating dekat situ. " Aizriel menunjuk ke arah batu besar.
Aku mengangguk setuju.
Aku duduk di atas batu sambil bermain air.
" kenapa ajak dating sini. Ada apa-apa nak cakap ke ? " tanya aku.
Aizriel sengih. " takde pun, saja. Rindu "
Aku menggelengkan kepala. " suka buat macam tu. "
" ala biar la. Dah lama kita tak dating macam ni. "
" tipu. Hari hari kita jumpa ok. Rindu apanya. "
" memang la jumpa tapi asyik dengan diorang je. Nak sweet sweet pun susah. Diorang kacau. " Aizriel mencebik.
" macam budak budak la awak ni " aku memercikkan air ke arah Aizriel.
" opkos. I always jadi budak-budak dengan u je " dia mengenyitkan mata.
Aku gelak. Suka dengan perangai kebudak-budakan Aizriel. Ya, Aizriel memang seorang yang manja. Tapi selalunya dengan family atau orang yang paling dia rapat. Aizriel juga rapat dengan Avengers, tapi takkan nak bermanja pulak. Langsung tak kena tempat. Tak fasal-fasal dituduh ' kunyit '.
" hoi disana tu. Gelak sakan nampak! Kami disini dah sejuk ni. Tak nak balik ke " jerit Darwin.
Kami menoleh lalu sengih.
" sorry sorry, kusyuk dating tadi " kata Aizriel.
" banyak la kau. Dah jom naik " ajak Darwin. Kami semua pun naik ke darat.
" macam mana nak balik ni ? Baju dah basah! " complain Atylla. Dia memandang geram ke arah Zarish. Zarish mengangkat tangan mengaku salahnya sambil tersengih.
" balik je la. Ala kita naik basikal, confirm kering punya la " kata Iqbal yakin.
" haah memang kita naik basikal bukannya boat laju. Kau ingat boleh kering ke ? " tanya Alia geram. Semua panas hati dengan Avengers, kalau bukan idea si Zarish tu, confirm tak basah macam ni!
" woo semua marah nampak, okay cool guys. Kita dekat kampung tau. ' kampung ' bukannya dekat bandar " terang aku.
" so ? Memang la kita dekat kampung. Apa kena mengena dengan isu baju basah ? " tanya Farah pelik.
" kampung guys, takde orang akan pandang pelik pun dengan korang. Rileks je, diorang semua dah biasa. Bukannya kau dekat bandar sampai orang nak pandang kauorang pelik sangat " jelas aku lagi.
Mereka mengangguk faham.
" okay jom balik. " ajak Aizriel.
Sesampai saja di hadapan rumah, ibu sudah menjerit bising.
" ya Allah kenapa semua basah lenjun ni, kamu mandi hujan ke apa ?! " jerit ibu kuat.
Kami hanya tersengih.
" mana ada hujan Shidah. Depa pi mandi sungai kut " kata tok wan.
" mandi sungai ? Kenapa tak bagitahu ibu ? Tadi cakap nak jalan-jalan je. Balik-balik terus basah kuyup. " ibu menggelengkan kepala.
" biaq pi la depa, dah lama tak balik sini. Tu kawan-kawan dia tu ka tak pernah mandi sungai. Biaq depa merasa. Ha kamu semua, pi naik atas lekaih. Tukaq baju tu. " kata tok wan.
" baik tokwan. " mereka semua naik ke atas.
" lepastu turun, pinggan mangkuk, periuk semua ni dah tunggu kamu. Jangan melepak dalam bilik pulak. " jerit ibu.
Kami mengeluh, againnn ?!!
" okay ibu " jerit kami semua. Langkah yang laju tadi menjadi longlai.
---------------------------------------------------------
YOU ARE READING
All About Us "
Novela Juvenil" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...