chapter 7

454 19 0
                                    

" assalamualaikum ibu ! Shaf dah balik ni " laung aku bila tiba di rumah. Mana ibu ni, selalu ada je tercongok depan pintu sambut aku balik.

" waalaikumussalam, ha Shaf pergi naik atas. Mandi , solat. Lepastu turun bawah balik tolong ibu masak " kata Puan Shida yang baru keluar dari dapur.

" siapa yang nak datang ni bu ?" Soal ku tertanya tanya. Ye lah bukan main banyak menu ibu nak masak. Selalu kalau ada guest pun ibu masak biasa biasa je .

" dah tak payah nak pening pening fikir siapa jadi tetamu ibu. Nanti kamu tahulah. Pergi naik cepat " halau Puan Shida.

aku menyengih dah terus berlari naik ke atas. Selepas mandi dan solat, aku turun ke bawah untuk membantu ibu masak. Ok bantu tu means tolong potong potong je lah. Aku mana pandai masak sangat hehe setakat tolong tu kira jalan lah.

" potong lobak pun hancur, haih shafira shafira. Ibu menggelengkan kepalanya. ala aku potong lobak guna cara aku itu pun kira jenayah ke ?

" ni potong macam ni, kecik kecik la sikit. Kamu potong besar besar nak suruh orang dalam rumah ni mati tercekik ke apa " ambik kau kena sedas.

" ye la ye la adik buat la ni " aku memotong lobak itu sambil diperhatikan oleh ibu.

Ding dongg !! Loceng rumah berbunyi menandakan ada orang di luar. Tetamu dah sampai kut. Aku mahu bangun untuk membuka pintu tetapi di larang oleh ibu.

" eehh Shaf siapkan kerja ni dulu. Biar ibu yang bukakkan pintu " kata Puan Shida dan terus berlari ke hadapan untuk membuka pintu.

Aku mengangkat bahu dan terus duduk untuk menyambung kerja.

*******

" assalamualaikum ib, ya Allah rindunya orang dekat ibu. Kata figura tersebut dan terus memeluk ibunya.

" waalaikumsalam, ibu pun rindu anak ibu yang sorang ni " Puan Shida membalas pelukan anaknya. Sungguh dia rindu anaknya yang sorang itu. Mana taknya, duduk je dalam 1 negara tapi nak jumpa punya lah susah. Alah mamat ni belajar dekat Johor itu yang susah sikit nak jumpa.

" adik mana buu ?" Tanya syahir separuh berbisik kepada ibunya. Yaa dia yang merancang dengan ibunya untuk merahsiakan yang dia pulang ke rumah harini. Itu yang  cakap bisik bisik tu.

" ada tu ha dekat dapur tengah tolong ibu masak " kata ibu sambil mengherotkan mulutnya ke arah dapur.

Syahir melangkah laju ke dapur. Tak sabar dia mahu berjumpa dengan adiknya. Pengarang jantung tu aiceh.

" puteri lilin masak apa tu " usik syahir lantas memeluk adiknya dari belakang. Rindu betul gamaknya dia ni sampai kena panggil orang puteri lilin.

" aku yang sedang menari nari sambil mengacau kari ayam itu tersentak apabila ada orang memeluk pinggangnya. Tak cukup main peluk pinggang dia panggil kita puteri lilin ? Oh gosh sakitnya hati. Aku terus pusing ke belakang. Nak tahu jugak siapa yang berani main peluk peluk ni. Dah la panggil orang puteri lilin. Aku melihat abang syahir elok tersengih ke arah aku sambil mendepakan tangannya. *nak suruh orang peluk letuw.

" abaannggggg!! " aku menjerit dan terus memeluk abang lama. " ya Allah rindunya adik dekat abang. Kenapa lama tak balik ha ? Kesian adik tunggu abang hari hari. Dah la tak reply whatsapp orang tup tup dah tercongok dekat sini. Balik pun tak bagitahu adik. Sampai hati !! " aku mengomel dan terus memekul lengannya. Merajuk !!

" alolo sedih la ni ? Ok tak kisah " jawab syahir selamba. Memang sengaja tempah bilik 7 kaki bawah tanah eh ?

" oh tak kisah ya ? Okay fine. Adik taknak teman abang shopping, adik taknak keluar dengan abang, adik taknak cakap dengan abang dan adik taknak layan abang. Dah la nak merajuk, tepi !! " kataku lalu ingin melangkah pergi dari dapur tetapi abang sempat manarik tanganku. Ha tau pun nak tarik tarik, kau tunggu. Aku menggulung senyum.

All About Us " Where stories live. Discover now