Chapter 40

206 12 0
                                    

Selesai sahaja majlis persandingan abang Syahir, Avengers dan Diamonds duduk berehat di pangkin bawah pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi mereka membuatkan mereka berasa tenang dan nyaman.

" akhirnya settle jugak majlis dua-dua pihak! " kata Farah.

" kan! Fuh penat habis! Ini baru majlis kahwin abang kau, kalau majlis kahwin kau ni, bertambah-tambah penat aku. Aku syak kau kena bayar gaji aku la untuk sehari wedding kau nanti. Takde aku merungut sangat " kata Alia.

" amboiii banyak cantik muka kau! Cuba ikhlas sikit buat kerja tu. Fikir duit je kau ni " bebel aku pulak.

" mana ada aku fikir duit je, aku fikir Iqbal jugak tau " kata Alia sambil menjeling manja.

Iqbal mengenyitkan mata.

Semua buat rolles eyes, menyampah!
" bersemut terus pangkin ni! " kata Aizriel selamba.

" kerengga pun boleh turun kalau sweet cenni " usik Zarish pula.

" dah pandai dah Lia sekarang. Sweet-sweet depan kita, selalu tak ceni. Kau ajar apa dekat dia ni Bal " tanya Atylla.

" ajar cara-cara untuk berkasih sayang. Chia chia chia " jawab Iqbal selamba sambil menjongketkan kening. Dia senyum sinis.

" wooo " jerit semua.

Muka Alia merah. hahahahaha tau pun malu, tadi selamba badak je cakap.

" guys, aku bosan la " kata Farah sambil membuat muka masam.

" apa kau ni bosan pulak, patutnya time-time macam ni la bagus. Boleh rehat. Dari tadi terkejar-kejar buat kerja " bangkang Atylla.

" wait-wait jangan gaduh. Aku ada satu idea. Darwin, Zarish, Iqbal, Aizriel ikut aku. Korang tunggu sini "

" pergi mana woi " jerit Zarish, Iqbal dan Darwin.

" pergi mana sayang ? " tanya Aizriel lembut.

Menggeleng mereka apabila terdengar Aizriel memanggil Shafira sayang. Bukan tak biasa dengan panggilan tu, tapi dia ' menspoilkan ' chorus speaking mereka.

" ish ikut je la. " kata aku.

Mereka semua mengikut aku pergi ke bawah rumah. Aku membuka stor kecil yang berada di bawah rumah.

" okay ambil sorang satu " arah aku.

" wow banyak gila. Ini stor ke kedai basikal? " tanya Darwin lurus.

" ni toilet. Ish kau ni ambik je la. Banyak songeh betul. "

Berebut mereka memilih basikal yang ' helok ' untuk di bawa.

Mereka menuntun basikal ke pangkin semula.

" wow basikal!! Yeay boleh pusing-pusing kampung! " jerit Farah teruja.
" jom, aku bawak kau jalan-jalan " ajak Darwin.

" let's go!!! " Farah terus melompat duduk di atas basikal tua itu.

" Tylla, jom " ajak Zarish.

" taknak lah. Aku takut kalau kau bawak. Buatnya aku jatuh ha macam mana. Aku yang sakit tau, bukan kau " kata Atylla. Sebelum ini dia mana pernah menunggang basikal. Itu yang takut sikit tu.

" takde jatuh punya. Aku jamin. Alah kalau kau jatuh pun nanti aku sambut la. Dah nak cepat!! " arah Zarish lagi.

" aku jatuh siap kau! " Atylla duduk mengiring lalu memegang baju melayu Zarish kuat "

" pegang kuat-kuat eh, aku nak kayuh ni. Ready, go! "

Atylla memejamkan matanya. Selepas rasa agak stabil dia membuka mata lalu tersenyum. Zarish sengih melihat gelagat Atylla.

" Shaf, jom. Yang lain semua dah gerak tu. " ajak Aizriel.

" jom " kata aku. Aku menuntun basikal satu lagi. Baru sahaja nak mula kayuh terdengar suara Aizriel.

" ala kenapa bawak basikal asing " kata Aizriel tidak puas hati.

" ala biar lah " jawab aku selamba.

" Shaf, bagi la aku bawak kau. "

" taknak "

" ala boleh la. Diorang okay je bawak partner masing-masing. Kenapa kita asing pulak. Mana aci macam ni "

" taknak. Nanti kalau aku naik dengan kau, basikal ni tak jalan. "

" ha ? Kenapa pulak ? " tanya Aizriel blur.

" tadi aku makan banyak " jawab aku selamba.

Aizriel mengkerutkan keningnya. Lama kelamaan dia tersenyum.

" oh maksud kau, kau nak cakap yang kau berat la ni ? "

Aku menjeling Aizriel. " diam la! "

Aizriel simpan senyum. " okok. Kau tak berat la Shaf. Aku masih kuat nak bawak kau. Badan sekeping macam ni, berat apa la sangat. "

" tak nak la. Serious aku berat. Baik kita bawak asing. " pujuk aku lagi.

" sayang, sedangkan bila awak pregnant nanti saya sanggup kendong awak, ini kan pula hanya bawak awak seorang. Please ? " Aizriel cuba memujuk lagi.

Aku mengigit bibir. Sumpah cair! Ini yang lemah dengan Aizriel ni! Aku menuntun semula basikal masuk ke dalam stor.

Aizriel senyum. " thats my girl. Okay lets go ! "

" ibu abah, tokwan, Shaf keluar pusing kampung kejap tau ! " jerit aku.

" okay, bawak basikal elok elok Aizriel. " jerit ibu.

" okay !! " jerit Aizriel lalu mula mengayuh mengejar kawan-kawan yang lain.

******
" wassup bro, asal lambat sangat ! " jerit Zarish. Suara cuba dikawal. Mengah siot bawak basikal ni !

" princess buat hal " jawab Aizriel selamba. Dan dengan selamba juga kau mencubit pinggang Aizriel.

" awwhh, okay okay sorry " kata Aizriel laju.

" kau Rish apahal mengah semacam. Tylla berat sangat ke ? " usik Aizriel.

" mulut kau Riel, kau ingat fair and square ke kalau dua dua kena cubit dengan ketam belakang ni " jawab Zarish.

" kalau berani cuba la cakap aku gemok, aku tolak kau masuk parit nanti " ugut Atylla.

" eh tak sayang tak, awak kurus la. Mana ada gemok. " kata Zarish laju.

" Aku mengah sebab race dengan Iqbal tadi. Laju siot dia bawak ! Dah kedepan dah dia, malas aku kejar. Mahu terkehel kaki aku " bising Zarish.

" siapa suruh race. Nasib tak jatuh Fira. Kalau tidak, tidur hospital la aku malam ni "

Aku gelak.

" Rish, BMW " Aizriel menjongketkan kening mencabar Zarish.

" kau cabar aku ke ni? Okay no hal " balas Zarish.

" no no, not again.. " jerit Atylla.

" belum sempat Atylla menghalang Zarish terus memecut laju berlumba dengan Aizriel.

Aku menjerit suka di belakang.

----------------------------------------------------------
Enjoy your reading!
BMW - ( best men win )





All About Us " Where stories live. Discover now