Avengers dan Diamonds sudah berada di belakang rumah. Apalagi, basuh pinggan la ! Aiseymen nasib buat ramai-ramai. Kalau sorang, hm memang esok la aku masuk rumah.
" abang Syahir dengan Kak Cha mana ? " tanya Farah.
" tukar baju. Kejap lagi turun la " kata aku. Berani diorang tak turun, tengok la nanti, roboh pintu tu aku ketuk !
Tidak lama kemudian abang Syahir dan kak Cha pun turun. Mereka membawa sabun pencuci pinggan.
" nah, mari mula perang ! " kata abang Syahir.
Lelaki mencuci pinggan manakala gegirls membilasnya.
Cuci pinggan pun boleh riuh sekampung. Avengers la ni, main buih pulak ! Yang perempuan pun taknak kalah, apalagi pancut air la ! Habis semua lenjun.
" hoi korang ni melebih betul ! " jerit Darwin.
" padan muka ! Siapa suruh shampoo rambut orang ! " kata Farah bengang. Dia menjeling Darwin.
Kami mengekek gelak. Memang patut pun kena pancut air. Darwin pandai-pandai sahaja menuang sabun pencuci pinggan di atas kepala Farah. Katanya terapi rambut !
" amboi, ni cuci pinggan ke buat taman tema air ? " tegur mama.
Kami terkejut lalu tersengih.
" two in one ma " kata abang.
Mama menggelengkan kepala. " haih, dah besar pun perangai macam ni lagi. Dah buat cepat, nak maghrib dah ni. " kata mama lalu berlalu masuk ke dalam rumah.
" baik bos ! " jerit kami serentak.
Selesai sahaja mencuci pinggan kotor semua berlari cari bilik air. Nasib kau la nyah kalau lambat !
Selepas membersihkan diri, kami solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh abang Syahir.
********
" penatnya harini ! " jerit Atylla. Kami berkumpul di luar rumah. Ambil angin malam.
" penat apa ? " tanya Zarish.
" penat makan, penat berlari ambik barang, penat buat kerja, semua la. Penat ! " kata Atylla.
Alia dan Farah mengangguk. " betul tu, penat gila harini. Aku rasa balik ni aku terus tidur ! " sambung Farah.
" hm aku kasi korang rehat seminggu, okay kan ? Minggu depan family aku pulak. Jangan tak datang pulak ya ! " kata aku.
" eh mestilah datang ! Dah la buat dekat kampung kau. Boleh cari parka " kata Alia sambil tersengih.
" ehem ehem. Gatal pulak tekak ni. Ehem .. " kata Iqbal. Dia berdehem kuat.
Alia sengih. Saja test je tu.
" eh jom lah balik. lambat sangat dah ni " kata Farah.
mereka mengangguk setuju.
" thanks korang tolong kemaskan rumah tadi " kata Alia.
" no hal la, kitaorang gerak dulu " ujar Iqbal lalu mereka pun beredar pulang.
-----------------------------------------------------------
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...