Aryana Shafira membetulkan rambut nya di hadapan cermin . Hampir 5 minit dia berada di hadapan cermin . Dah nama pun perempuan, so faham faham aje lah .
Shafira melihat penampilannya di hadapan cermin , Setelah berpuas hati dengan penampilan nya dia mencapai bag sekolah yang berada di sisi katil dan beredar keluar dari biliknya.
Shafira menuju ke meja makan . Dia mencari kelibat ibunya di dapur ..
" Goodmorning ratu hati " kata Shafira lalu memeluk ibunya dari belakang .
" Morning pengarang jantung ibu " lalu diberikan ciuman ke pipi anaknya itu .
" Ish ibu ni , Shaf dah besar lah bu " rengek Shafira .
" Alah , dulu waktu Shaf kecik bukan main lagi menangis nak ibu cium "
" Itu dulu lah bu , sekarang ni dah anak dara . Malu lah Shaf "
" Oi anak dara , ni ni tolong ibu letakkan bihun ni atas meja " suruh Puan Shida
" Ish nasib baik lah anak ibu ni rajin harini , kan bagus kalau ada adik boleh Shaf duduk goyang kaki je kan bu "
" Dah dah jangan nak merapu , angkat ni letak atas meja tu . Nanti lambat pulak pergi sekolah " Malas Puan Shida mahu melayan karenah anak bongsunya itu .
'' Ye lah ye lah '' kata shafira sambil mengangkat mangkuk yang berisi bihun itu lalu di letakkan di atas meja makan .
Shafira duduk lantas mencedok bihun ke dalam pinggan .Puan syida sekadar menemani anaknya makan.
'' syaf, harini syaf balik lambat ke ? '' puan Syida mula bertanya anaknya
'' Takde lah bu .harini shaf takde kelas tambahan , so boleh lah shaf balik awal. Kenapa bu ? '' tanya shafira kembali .
'' ha elok sangat lah tu. Lepas habis sekolah balik rumah terus, jangan merayap kelain. Duduk rumah tolong ibu masak petang ni kita ada tetamu .''
'' ada orang datang nak masuk minang shaf ke ? '' gurau shaf .
'' amboi, dah tak sabar nak kahwin sangat dah ke . ''
'' hehehe manalah tau, jodoh shaf sampai awal ''usik shafira lagi
'' banyak la kamu .dah dah makan cepat nanti lambat pulak pergi sekolah . bercakap dengan kamu ni sampai esok pun tak habis ''.
'' aii aii captain '' kata shafira lalu bingkas bangun dan bersalaman dengan ibunya .
*************
Shafira melangkah masuk ke dalam kelas dan terus menuju ke arah rakan rakannya yang sedang rancak berbual .
'' hey girls , harini apa cerita ? ada news apa apa tak '' tanya shafira lalu duduk di sebelah atylla .
Sementara menunggu cikgu math masuk , girls kan apalagi gossip lah .
'' kau tak perasan ke betina dua orang tu tak habis habis nak menggedik dengan aizriel. Mana ada aizriel , situlah diorang menempek .'' jawab alia penuh emosi .
'' aku tengok aizriel pun rimas nak layan perangai diorang .gedik mengalahkan sotong , urghh menyampah aku tengok '' tambah farah sambil menjulingkan matanya .
'' eeyyuww , diorang nak apa kat aizriel tu do. Dia bukannya handsome pun . abang aku lagi macho la wei ''. Celah shafira .
Atylla hanya memasang telinga mendengar celoteh rakan rakannya . Malas dia mahu mengambil tahu hal rakan rakannya .
Aizriel POV
'' Woii perempuan ! kau apahal sia nak pegang pegang aku . behave yourself, jangan sampai tangan aku ni naik kat muka kau . tak pernah pernah aku berkasar dengan perempuan , jangan sampai kau orang first makan penampar aku . pervert !! ''
YOU ARE READING
All About Us "
Teen Fiction" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga mengubah kehidupan 4 orang gadis itu . Aizriel Hazeeq muncul setelah sekian lama mencari seseorang...