Prolog

17.3K 623 18
                                    

Tahun 2014....

Arumi Syauqina...

        
            Aku menangis semahu2nya di bawah tangga blok kelas yang aku duduki. Faham tak kau akan perasaan terpaksa dan dipaksa masuk ke sekolah agama???  Dah la tak ada kawan satu sekolah rendah,kena duduk asrama pulak tu! Bila masuk orang pandang pelik. Mereka yang lain semua ada geng sedangkan aku berjalan seorang diri!!!  Itu satu. Satu lagi, budak2 lelaki yang tak henti2 mengejek badan aku yang gemuk!!!  Aku serabut la!!!

          Dalam bilik dorm,semua bersembang dengan kakak2 senior. Tapi aku??? Dibiarkan sendirian! Ya,mungkin aku pengecut nak memulakan perkenalan tapi kalau kau la kau nak ke berkenalan dengan orang yang pandang kau macam kau ni sakai sangat???  Semua taknak!!!

            Kedua2 belah tangan kupandang. Betul ke apa yang aku dah buat ni....?  Dah masuk bulan keenam persekolahan... Dan aku kerap memonteng kelas dan sekolah... Menyendiri di tempat yang manusia tak lalu. Aku memegang kepalaku lalu menangis semahu2nya. Bukan aku yang pinta jadi begini!!!  Aku pun nak kehidupan normal macam orang lain!  Tapi..... Aku tak mampu....

"Disini pun kamu,Arumi! Puas cikgu cari!", satu suara menegurku membuatkan aku berpaling ke arahnya. Puan Syaf sedang berada di hadapanku. Ya,guru kelas 1 Al-Adalah sedang berada di hadapanku!!! Aku hanya tertunduk dan membatukan diri. Tidak tahu untuk berbuat apa.

"Kenapa ni?? Seringkali nama kamu naik dalam senarai pelajar ponteng. Kamu ada masalah ke,Arumi???", tanya Puan Syaf. Aku hanya diam. Takut dimarahi cikgu.

"Kata la sesuatu. Jangan diam. Cuba kamu bagitahu apa masalah kamu...", pujuk Puan Syaf lembut. Air mata yang hampir kering berderai semula.

"Saya....saya tak ada kawan!", akhirnya aku bersuara.

"Setiap hari saya jalan sorang2. Setiap hari orang pandang saya macam saya ni orang gila. Setiap hari budak lelaki dalam kelas ejek saya gemuk!  Saya.... Saya tak tahan!", segala yang terbuku dihati sekian lama terluah juga.

        Puan Syaf tersenyum nipis. Apalah sangat budak yang sebaya Arumi ini faham akan penyesuaian diri di tempat baru.. Sudah la masuk ke sekolah ini secara terpaksa.tiada kawan satu sekolah pula. Pasti situasi yang agak sukar untuk dihadapi.

"Beginilah Arumi... Kamu balik ke kelas dan buat tak tahu sahaja mulut yang mengata. Mulut orang memang kita tak boleh nak tutup,Arumi. Jika kamu biarkan, lama kelamaan pasti mereka akan diam juga. Percayalah cakap cikgu..", pesan Puan Syaf lembut. Arumi terpaksa akur. Dia menyeka air mata dan mendekati guru kelasnya lalu menyalami gurunya itu.

"Arumi,cuba sekali kamu buka mata kamu. Kamu jadikan diri kamu sebagai orang yang mulakan persahabatan. Pasti kamu akan selesa disini dengan kawan yang ramai..", Puan Syaf memberi cadangan. Aku mengangguk lalu melangkah naik ke kelas. Dalam hati aku berdebar2. Macam mana aku nak hadapi pengejek2 tu??? Ah,aku kena berani!  Aku kena kuat! Sampai sahaja di kelas...

"Weh,bohsia dah datang la!!"

"Eh,ha'ah la!  Bohsia!  Bohsia!"

"Hoi,gemuk!  Kau pergi mana hah??!!  Ponteng kelas ke??!!!  Apesal mari sini balik??!!!"

"Alah,kena tangkap di cikgu disiplin la tu!!!"

          Kata2 keji dan hina terus dilemparkan walaupun aku dah sampai di tempat duduk aku. Aku memandang kawan2 perempuan disitu memohon simpati. Malangnya...mereka semua hanya mengaggap aku tak wujud disitu!!!  Terus aku sembam muka ke meja dan menangis!!!  ARGHHH!!!!!


Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now