-

6.3K 398 28
                                    

Arumi Syauqina...

          Sampai sahaja di dalam dorm, aku terus menghempaskan diri ke atas katil. Hari yang malang sama sekali! Kena buli dalam kelas waktu rehat like always aku selalu kena!  Dasar tak reti nak bertaubat!!!

      Itu satu hal. Yang budak nerd ni dah kenapa???!!!  Dia nampak aku kena buli dengan mata dia sendiri tapi kenapa rela berpaling ke arah lain???  Tak ada hati ke???

     Ya Allah!!!!!  Aku dah tak tahan! Kenapa???  Kenapa aku tak boleh hidup normal macam orang lain???!!!!  Kenapa tangan ni lemah sangat nak lawan balik!!!

     Air mata bercucuran dan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Perasaan itu... Hanya Allah yang tahu!!!

"Arumi!",panggil Syuha yang baru sampai. Aku menyeka air mata lalu memandangnya.

"Kau okey ke tak???  Diorang buli kau lagi kan??? Bibir kau pecah sebab diorang tumbuk kan??? Cakap Arumi! Jangan diam!!!", amuk Syuha. Mereka yang lain menenangkannya. Aku tidak dapat menahan air mata lagi. Terus aku menangis sambil berkata,

"Syuha,kalau kau rasa aku menyusahkan... Kau boleh pergi cari kawan lain... Aku ni budak bermasalah,Syuha. Aku kaki ponteng,aku ni berlagak je bijak padahal bodoh yang amat,aku ni tak layak ada kawan....."

"Ahhhh mengarut je semua tu! Siapa cakap kau menyusahkan??? Siapa cakap kau ni bodoh???  Kalau kau menyusahkan dan bodoh tahap entah ke pe benda.. Kau dah tak masuk sekolah ni tau!!!  Come on la beb!!!  Khalida and the geng tu acah je lebih!!!! Kononnye ade pakwe boleh la rase selamat! Rase hebat!!!  Diorang tak sedar diorang buat maksiat!!!",balas Syuha panjang lebar.

"Sabar,Syuha. Sabar...tak baik kata kat orang camtu...",pujuk Meen.

"Aku nak sabar macam mana lagi..? Sekarang ni dah tahun kedua persekolahan! Sepatutnya Arumi dah dapat kehidupan dia kat sekolah ni. Tapi disebabkan si Khalida tu, Arumi jadi macam ni!",balas Syuha geram. Suasana dibiarkan jeda seketika.

"Arumi,mulai hari ini.. Setiap kali waktu rehat aku akan ke kelas kau. Biarlah kelas aku jauh dari kelas kau pun, kisah apa aku??? Keselamatan kau tu lebih utama buat aku...",sambung Syuha dengan nada yang kembali tenang.

"Aku akan ikut kau.",celah Bella disertai yang lain. Aku menganggukkan kepala.

"Dah la, Arumi. Stop crying. Kitorang ada. Allah ada. Kau tak perlu takut. And one more,kau pun kena la kuat!",Auda memberikan kata semangat. Semua yang lain menyokong.

      Loceng asrama berbunyi menandakan waktu prep sudah bermula. Semua ke bilik masing2
untuk bersiap2...

**************

Keesokan harinya...

        Buku Sains dan pencil case dicapai. Para pelajar kelas 2 Adalah menuju ke bilik APD sambil berborak sesama sendiri. Aku hanya membuang pandangan ke luar koridor melihat keindahan alam. Mataku tiba2 meliar mencari seseorang. Baru aku perasan budak nerd tu tak ada. eh....?  setahu aku dia tak pernah ponteng kelas. Al maklumlah,budak nerd! tapi kenapa kali ni....

      langkahku sampai ke destinasi. kami mendapatkan tempat duduk masing2 dan sesi PdP berjalan seperti biasa.

       sedang elok kitorang belajar dengan penuh khusyuk dan tawaddu'....

KREKKKKKKK

        Pintu bilik APD tiba2 dibuka seseorang. Serentak seisi kelas berpaling melihat gerangan yang membuka pintu itu. Dup! jantung aku serta merta jadi laju tahap dewa. budak nerd tu la!!!

"Eh,Mulhim baru sampai! silakan Mulhim. take your place.",suara Puan Azila Malik memecahkan keheningan suasana. Si dia hanya tersenyum lalu masuk ke dalam dan mencari kerusi untuk duduk.

"cikgu! kerusi tak cukup! tak ada kerusi lebih nak bagi kat Mulhim!",jerit si ketua kelas,Najmi.

"oh,ye ke?...err..camne nak buat ni...",tanya Puan Azila Malik sambil mengetuk2 jari telunjuknya ke meja.

"Duduk atas lantai!!!",jerit budak2 lelaki serentak. semua budak perempuan pula dah tergelak sama sendiri. aku??? aku dah tak keruan ni!!!

    mana taknya!!! lantai dia berkarpet yang entah berapa tahun tak basuh!!! bau stokin yang seminggu tak basuh tu dah jadi 'perfume semulajadi' kat dalam ni hah!!!

"duduk!  duduk!  duduk!",mereka terus bersorak beramai2 tanpa henti.  anddddd!  guess what???  si nerdy yang sememangnya lurus bendul lagi blur tu seorang yang jujur orangnya. dia pergi duduk betul2 kat atas karpet tak berbasuh tu!!!   Ya ampunnnnnn!  kotor la baju kau nanti wehhh!

"ke Arumi nak tolongg???",satu pertanyaan dilemparkan kepada aku daripada si ketua kelas. Maybe sebab dia perasan aku seorang je yang tak gelak. Aku hanya membatukan diri.

"entah,Arumi!  kesian dekat Mulhim!",Faiz si bodyguard ketua kelas pula membakar aku. mereka yang lain pun menyorak sambil bertepuk tangan. ahhhhh, serabut aku dibuatnya!!!

     laju aku mencapai sebuah kerusi kosong di hadapanku dan pergi ke arah budak nerd tadi.

"nah!!!",jeritku lalu merembaskan kerusi tadi di hadapan matanya.

"wowww!!!",jerit semua classmate serentak sambil bertepuk tangan. aku duduk semula di tempat dudukku sambil membuat muka!  nak sangat kan???  ambik aku bagi!!!

    air mukaku terus berubah apabila melihat Puan Azila Malik yang memandangku dengan riak terkejut.

"eh,cikgu. sorry2. saya tak sengaja tadi..",ucapku ketakutan. Puan Azila Malik tersenyum.

"that's okay. cikgu pun pernah melalui zaman muda,Arumi.. ",balas Puan Azila berserta senyuman penuh makna. Hambek kauuuu!!! aku tertunduk. mati aku kalau terus menerus macam ni!

"Beb,masa kau bagi kerusi tu dia senyum je tengok kau...",tegur Eida disebelah. Bulat mataku mendengarnya sebelum sebuah senyuman terukir.

     Entah kenapa.. aku rasa bahagia....

    
       Sesi PdP disambung semula. Ketika Puan Azila Malik sedang memberi penerangan di hadapan, aku perlahan2 berpaling ke arah budak nerd. macam biasa... aura menenangkan tu hadir di segenap ruang dalam hati.. bibirku tidak habis2 menguntum senyum..

Mulhim... aku akan berusaha....

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now