Seminggu selepas PT3...
Sampai sahaja di bandar, kami berpecah kepada tiga kumpulan. Meen dengan Mia, Bella dengan Auda dan aku of course la dengan Syuha!
Err....bandar??? Yes, bandar! Hey, this is freedom time okay! Banyak plan 'honeymoon' yang dirancang ni tau. Al maklumlah, baru lepas exam, mestilah nak release tension!
Aku mengikut langkah Syuha ke kedai menjual aksesori telefon. Haih, minah ni memang! Bab2 aksesori smartphone paling cantik dialah pemenangnya. Pantang nampak benda2 macam ni semua nak dibelinya.
Sedang menunggu Syuha memilih aksesori kesukaannya, aku terpandang kedai menjual barangan make up di kedai seberang. Aip2, tetiba berkilau2 je kedai tu aku nampak!
"Syuha...",panggilku sambil menarik lengan bajunya manakala mataku masih tertancap pada kedai itu.
"Hish,minah ni! Apa dia?? Aku tengah pilih ni sabar la!",marah Syuha kerana proses memilih aksesori phonenya terganggu. Laju aku menunjuk ke arah kedai menjual barangan make up tadi. Syuha berpaling dengan muka pelik.
"Kawanku, kita baru lepas PT3,hang dah nak make up macam mak budak? Tunggu lepas SPM la kot ye pun nak beli benda2 camtu!",komen Syuha. Aku tak berputus asa. Laju aku membuat muka comelku kepadanya.
"Pleaseeeee....",rayuku. Muka comel tadi aku mantainkan. Biar sampai dia muntah pun takpe. Asal dia teman aku pergi sana.
"Aishhh, yela2! Nanti kita pergi kedai tu. Sudah2 la buat muka tempayan kau tu. Naik loya aku tengok hah. Dah2, pergi main jauh2. Aku nak pilih casing smartphone aku ni. ",kata Syuha.
Anddddd yes! Rancangan berjaya! Aku memandang kedai tadi sambil tersengih. Hueh2. Make up time! Di kepalaku dah terbayang liptint, lip gloss matte,eyeshadow matte, highlighter, bulu mata palsu dan... Macam2 lagi la!
"Dah jom!",ajak Syuha setelah selesai membuat pembayaran. Aku melangkah ke kedai itu dengan senyuman yang memang tidak mampu kusembunyikan lagi.
"Sengih2,sejak bila kau minat make up ni,Arumi?",tanya Syuha pelik.
"Entahlah. Aku rasa make up ni salah satu seni. Sebab tanpa seni,make up takkan menjadi!",balasku bersemangat. Syuha menggelengkan kepalanya. See? Seorang jenis suka aksesori smartphone,seorang lagi jenis suka make up. But they are still best friends!
Sampai sahaja di kedai itu, aku mencuci mata melihat pelbagai jenis eyeliner. Part paling favourite nih. Aku tilik satu persatu. Liquid eyeliner, pencil eyeliner, gel eyeliner. Dari warna hitam pekat sampailah ada yang glitter. Fuhhh,cantik argh!
Aku pergi pula ke arah bahagian lipstick, lip gloss, liptint dan lipcare. Okay, kalau part ni memang tak boleh move on. Colour merah hati memang menawan! Bikin hatiku cair doooo! Okay2, dah cukup. Nanti rambang mata.
Aku pergi pula ke arah foundation,BB cream,highlighter dan concealer. Eye shadow jangan dilupa! Huaaarrghhh, naik gila aku tengok semua benda ni!
Okey2, dah cukup. Aku ajak Syuha keluar dari kedai tersebut.
"Largh, kau tak beli? Tengok je?",tanya Syuha.
"Tak payah beli. Nanti dah ada kerja,dah ada duit sendiri beli la puas2. Buat masa sekarang ni aku rasa tak perlu.",jawabku selamba.
"Ada2 je kau ni. Eh, tadi geng kita dah info kat group diorang tunggu kat KFC.",Kata Syuha.
"Okey,beres. Kalau macam tu kita straight pergi KFC la.",ujarku.
"Eh2, kau dah lupa ehhhhh?",tanya Syuha seraya tersengih. Aku membuat muka tertanya2.
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Teen Fiction#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...