-

5.2K 331 7
                                    

seminggu sebelum PT3...

             Aku bersiap2 untuk ke majlis solat hajat perdana yang akan berlangsung pada pukul 6:30 petang nanti. Locker dibuka dan aku meneliti jubah yang ada.  Satu warna purple dan satu lagi warna hijau lumut.  Hurmmm...

            Warna purple tu sebenarnya favourite aku tapi tak tahu la kenapa yang hijau lebih menggoda aku kali ini.  Argh, warna hijau pun warna hijau la!  Sekali sekala tukar mood.

            Setelah selesai bersiap, aku menuruni anak tangga asrama dan melihat kawan2ku telah menunggu di hadapan dewan makan. And that's mean.. Aku paling lambat... Heheh.

"Jom weh. Kita ke surau sekolah!",ajakku. Mereka laju mengikuti langkahku dan kami jalan bersama2 sambil bercerita tentang kegerunan masing2 untuk berperang dengan PT3.

"Weh,guys. Tak sangka kan?.. Dah nak PT3 dah kita ni...",Ucap Syuha sambil melihat kawasan sekolah yang diterangi cahaya matahari yang mulai terbenam. Semua disitu mengangguk.

"Itulah,Syuha..rasa macam sekejap sangat je masa yang berlalu. Pejam celik pejam celik nanti dah SPM...",giliran Bella pula menyatakan keresahannya.

"Weh, jangan la cakap macam tu!  Aku tak ready lagi nak SPM doo! PT3 pun tak exam lagi.  Dan yang paling aku tak ready lagi... Berpisah dengan kau semua selepas tamat SPM...",ujar Meen.

"Haish,pelik kau hari ni,Meen! Biasa kau tu hati batu.  Apekes tetiba jadi touching pulak hari ni??",komenku menyebabkan mereka yang lain ketawa berdekah2.

"Alah, kau ni pun Arumi. Kacau line je!  Well,sekali sekala aku buat sweet dengan member2 aku, ape salahnya kan? Tapi, ada betul jugak la apa yang aku cakap tadi..", balas Meen.

"Hurmmmm... Yelah, Meen.. Aku pun rasa apa yang kau rasa..",tutur Auda lembut.

"Eh Eh,bukan kau dua orang je!  Kita semua!", Mia mencelah.

"Yes, that's totally right, Mia!",Syuha bersetuju dengan kata2 Mia.

"Hahahaha.. Eh, geng kita jangan berpecah, okey???",pinta Meen.

"Yeah!!!",balas kami serentak lalu membuat hi five.

         Sampai sahaja di surau, kami memilih tempat untuk solat nanti.  Aku melihat keadaan surau yang dipenuhi ibu bapa dan pelajar. Hurmm.. Well, ibu dan abah tak boleh datang hari ni...

"Eh,Arumi! Jom teman aku intai2 kat luar jap.  Kot2 mak aku dah datang.",ajak Syuha.  Aku menganggukkan kepala dan keluar dari surau bersamanya. Kami menuju ke pondok menunggu di pagar sekolah dan melihat2 jika ada kereta mak Syuha.

"Hurm... Tak sampai lagi ni.. Kau boleh teman aku tunggu sekejap tak?.. Ke nak masuk surau?..", tanya Syuha. 

"Takpe la aku tunggu kau.. Masuk surau pun duduk diam gak..",balasku lalu kami menunggu kedatangan mak Syuha sambil berborak2.

"Eh,Arumi...tu bukan Mulhim ke?.. ", bisik Syuha kepadaku sambil menunjuk ke arah pintu pagar utama. Aku berpaling ke arah tersebut dan memerhati seketika. Selepas selesai mengenal pasti, aku berpaling semula ke arah Syuha dan menjawab,

"Ha'ah. Eh,kejap!"

           Aku berpaling semula.  Jubah lelaki yang dipakainya kini menjadi sasaranku.

"Astarghfirullah Hal Adzim... Syuha!",ucapku sambil menepuk bahu kanan Syuha. 

"Kenapa???",tanya Syuha terkejut.

"Cuba kau perhati warna baju dia dengan warna baju aku.",arahku. Syuha melakukan seperti yang disuruh lalu tersenyum sinis.

"Dah Allah dah takdirkan sama warna baju pada hari solat hajat yang mulia ini.. Reda je laaa!", kata Syuha lalu melihat ke arah screen smartphonenya.  Aku menepuk dahi.

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now