Akhir tahun 2017...
Arumi Syauqina.....
Aku mengemas baju2 di dalam bilikku. Baju sekolah kuletak setempat di dalam almari baju. Baju untuk pergi jalan2 aku gantung elok2. Nanti kalau ada nak pergi mana2 tempat secara mengejut senang. Aku pilih je baju2 yang aku gantung tu.
Well,guys. this is holidays time! Cuti akhir tahun dah bermula dan pastinya aku harap ada short vacation seperti cuti pada tahun sebelum ini. Cukuplah tahun lepas aku dah tak pergi mana2 sebab bersedih atas kehilangan Ariani.
Now, time to move on. Aku dah berjanji dengan diri aku supaya kenang yang baik2 je pasal Ariani. Khalida and the geng??? Entahlah, dah setahun satu geng dia tak nampak batang hidung. Tak tahu sama ada pindah sekolah atau berhenti terus. Nak kata mereka kena tangkap takde la pulak sebab mak ayah aku mana ada buat report pasal kes kematian adik aku.
Krekk....
"Err... sorry, mengganggu ke???",tanya Mulhim serba salah. Aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. Dia menganggukkan kepala lalu ingin melangkah masuk.
"Ehhhh, jangan masuk! bilik aku bersepah ni!",jeritku cemas.
"Kesah ape aku. Bilik sepah boleh dikemas. Hati aku yang rindu nak tengok muka kau ni nak buat macam mana??? Biarkan je???",sempoi sahaja ayat balas Mulhim sambil masuk ke dalam bilik aku. Dia mengambil tempat di sebelah aku.
"Ewah2! pick up line nampak! chia chia chia weh!",komenku cuba berlagak tak termakan dengan ayat sweet dia tu. Tapi sebenarnya kalau ikutkan hati aku ni nak je aku jerit masa ni jugak! Dia tergelak.
"Eh, apa pulak pick up line nya?? Aku serious ni. Aku rindu kau.",kata Mulhim lalu memandang aku. Kami bertentang mata seketika. Dia laju menghadiahi aku sebuah senyuman manis dan macho (Auchh!). Aishhh, okey aku pandang baju2 ni balik.
"Kenapa??? melting ke???",usik Mulhim nakal. aku bertindak mencubit lengan kirinya.
"Adeh adeh adeh! sakitlah! okey2,aku bergurau.",ujar Mulhim. Aku melepaskan cubitanku dan menyambung tugas aku iaitu melipat baju. Okey, dah start rasa menjadi suri rumah ye. Mulhim menggosok2 bahagian yang sakit sambil gelak tak habis2. aku tak tahu kenapa lelaki ni bahagia sangat hari ni.
"Kau dah kenapa ni?? Tak cukup tidur ke??? Hyperactive pulak kau hari ni aku tengok.",komenku sambil terus melipat pakaian.
"Entahlah. Mungkin sebab jumpa kau kot. Rasa tenang dan bahagia je tengok kau ni.",jawab Mulhim. Aku hanya diam. tak tahu nak cair ke nak tumbuk2 muka dia sebab buat ayat bersemut lagi. Mulhim merenung aku tanpa berkelip mata. Senyuman manisnya tak lekang dibibir.
"Kenapa kau pandang aku camtu??? Weird dooo~",tanyaku tak selesa. Mulhim tergelak lagi. Haishh, lelaki terbahagia nampaknya dia hari ni!
"Kenapa??? Salah ke??? Aku pandang isteri aku. Aku pandang pasangan halal aku. Aku pandang tulang rusuk kiri aku. Aku pandang jodoh yang Allah dah tetapkan untuk aku. Dan...Aku pandang cinta hati aku...",balas Mulhim tenang. Aku serta merta berhenti melipat kain dan termenung.
"Kenapa?? Aku ada salah cakap ke??",tanya Mulhim pelik. Aku berpaling menghadap dia. Mata bertemu mata,hati bertemu hati.
"Kau anggap aku isteri kau? Kau anggap aku cinta hati kau? kau bergurau ke?? bukan ke kita akan bercerai selepas SPM???",tanyaku bertalu2. Cuba menyuarakan keresahan hati. Mulhim menghela nafas berat lalu menggenggam tanganku.
"Bukan setakat anggap, Arumi. tapi, aku sedar...bahawa kau satu2nya untuk aku..Dan aku dah nampak bahawa yang betul2 boleh terima aku dari dulu sehingga sekarang hanya kau, Arumi...",jawab Mulhim bersungguh2. tanganku yang berada didalam genggamannya tadi kini dibawa ke dadanya.
"Kau rasa tak,Arumi? jantung aku berdegup laju. Dan aku rasa degupan selaju ni hanya bila aku pandang kau. Arumi, maafkanlah Aku. Aku dah banyak lukakan hati kau sedangkan kau tak pernah give up dengan aku. berilah peluang supaya aku jadi suami yang baik untuk kau. Boleh???",sambung Mulhim lagi. Aku tak tahu kenapa... tapi aku dapat rasakan dia ikhlas kali ni....
"Pasal cerai tu?...",tanyaku ingin tahu. Mulhim tersenyum.
"Aku tarik balik kata2 aku. Dulu, aku memang taknak sehidup semati dengan kau. Sebab aku pandang kau ni sebagai orang yang tak penting dalam hidup aku. tapi sekarang....kau buat aku rindu bila tak jumpa...",balasnya lembut. Aku tersenyum. Air mata yang bergenang cuba kutahan namun gagal.
Setitis demi setitis air mataku jatuh. Bagaikan mimpi, segala impian aku akhirnya tercapai. Aku rasa macam mimpi mendengar kata2 Mulhim."Kenapa kau menangis ni?? Janganlah sedih. Kan aku dah cakap tadi, kita tak jadi bercerai lepas SPM. Takkan tak happy??",tanya Mulhim pelik. Aku menganggukkan kepala dan mengesat air mataku.
"Sorry, tiba2 terfeeling pulak...",kataku lalu sambil tersenyum. Senyuman paling ikhlas dan paling bahagia pernah aku rasakan.
"Kau maafkan aku??",tanya Mulhim lagi. Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum. Mulhim turut tersenyum.
"Aku teruk kan dulu? sebab tak hargai kau yang ikhlas nak bahagiakan aku..sebab jadikan kegemukan kau sebagai bahan ejekan..",kata Mulhim sambil tertunduk. Jelas terpancar riak kesal diwajahnya. Aku menyentuh kedua2 belah pipi Mulhim menyebabkan dia memandang aku.
"Mulhim,listen. Tak kira la siapa pun yang datang selain kau. Tak kira la banyak mana pun kau dah sakitkan hati aku. Aku tak kisah. Sebab apa yang penting, kau tetap suami aku dunia dan akhirat...Dan cinta aku terhadap kau,aku doakan semoga tak pernah terpadam sampai bila2. Sebab mencintai engkau tu indah bagi aku. Kau cinta pertama dan terakhir aku...",tuturku sambil merenung ke dalam anak matanya. Mulhim seakan2 speechless. Dia berpaling ke arah lain lalu tergelak kecil.
"Kenapa??",tanyaku pelik.
"Indah juga ye perasaan jatuh cinta pada orang yang mencintai kita ni??? Kalau aku tahu macam ni la perasaannya dah lama aku jatuh cinta dekat kau!",jawab Mulhim teruja. Aku memandangnya pelik.
"Hish,kesitu pulak dia! Itulah,dari dulu taknak pandang aku. Sibuk sangat nak kejar cinta si Syasya tu. Cakap pasal Syasya,apa khabar dia dalam hati kau???",sengaja aku bertanya. Test sikit!
"Syasya dah mati dalam hati aku. Hanya Arumi Syauqina Muhammad sahaja yang bertempat dihati aku sekarang dan selamanya...",balas Mulhim dan sebuah senyuman diberikan kepadaku.
Aku tersenyum.
Kalau Mulhim lelaki terbahagia saat ini,mungkin aku layak untuk menjadi perempuan terbahagia??? kerana kami pasangan bahagia masa kini mengalahkan pasangan 'Pergi bilik air pun dah rindu'!!!
————————————————
Author mintak maaf. Update kali ini pendek dan idea klise. Plus,mood tak baik sikit. hope enjoy.
Yang Benar,
Author.3:35 pagi,
Selasa - 19/12/2017
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Novela Juvenil#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...