-

4.8K 349 26
                                    


2 bulan kemudian...

Arumi Syauqina....

             Lagi tiga hari, sekolah ni bakal jadi tuan rumah bagi majlis kejohanan sukan peringkat negeri.  Aku selaku setiausaha dah sibuk berpakat dengan anak2 buah nak jual apa sepanjang tiga hari majlis tu berlangsung. 

"Weh,aku cadangkan kita jual murtabak maggi.  Lepastu, burger benjo.  Simple je kot cara nak buat.  acanne???  setuju?",Meen memberikan cadangan. Semua disitu menganggukkan kepala.

"Hurm... boleh2! lagipun, kita takut nanti kita terkejar2 nak buat yang ekstrem sangat.",ujarku setuju.

"Lepastu,kita jual la air gas yang botol kecik2 tu.  Air mineral sekali.  Yela, budak2 lepas main sukan mesti haus. Yang tukang tengok tu lagi la!",giliran Syuha pula memberi cadangan. 

"Setuju2..",kata Bella.  aku menganggukkan kepala lalu menulis cadangan yang diterima ke dalam kertas.

"Kita jual aiskrim malaysia nak??? yang 20 sen satu plastik tu",Mia mengutarakan pendapatnya. 

"Boleh2. Aku masukkan dalam senarai okey? ",balasku lalu menulis cadangan tersebut.

"Lagi???",tanyaku.  Semua disitu terfikir2. Aku menunggu dengan sabar.  Nasib aku satu kelab dengan geng aku.  Ada la jugak yang boleh dibawa berbincang.  Berbanding geng PBH tu, buat tak tahu je!!!

Krik. krik. krik. krik.

"Err... tak nak tanya pengerusi ke?",tanya Auda memecahkan kesunyian antara kami. Semua disitu dah buat mata ke atas belaka. Manakan tidak, si pengerusi tu kan salah seorang PBH!!!  Nama sebenar geng kemain lagi 'Ruasaa' yang bermaksud ketua2. tapi nampak gayanya,nama hanya sekadar nama!

"Kau nak harapkan encik pengerusi kita handle semua ni??? Huh,baik dia baik geng dia. tak boleh diharap langsung!!!",ujar Meen geram. nak2 dia tu boys hater lagi la naik menyampah perasaannya!

Tok. Tok. Tok.

"Assalamualaikum.."

         Kami berpaling ke arah pintu kelas dengan muka menggelabah.

"Err.. maaf mengganggu.  tapi, ada apa2 yang aku boleh tolong for preparation kelab kita??",tanya si pengawas bernama Kusyairi berkenaan. 

          Kami berenam saling berpandangan dengan muka serba salah.  Bukan serba salah nak mintak tolong dia.  Tapi, takut dia sebenarnya dengar 'umpatan' kami tadi. 

"Or... ada nak tanya pendapat aku ke??",sambung Kusyairi lagi. 

"Err... kau rasa okey tak kalau kita jual semua ni?",aku meminta pendapat Kusyairi sambil menyerahkan kertas cadangan tadi. Kusyairi meneliti satu persatu cadangan yang ditulis. Dia menganggukkan kepala.

"Okey sangat dah ni.  Bila nak pergi beli semua barang ni??",balas Kusyairi.

"Err... pasal tu... kami dah berpakat dengan Cikgu Zainon nak beli esok.",aku menjawab pertanyaan Kusyairi. Dia menganggukkan kepalanya sekali lagi lalu menyerahkan kertas tadi kepadaku.

"Okay, aku on je.  If ada any problem, just straight pm aku.  tak payah info dalam group.  yang lain bukan ambil kisah pun. takpe, aku ada.  apa2 kau bagitau aku je la. Okey???",ujar  Kusyairi. 

"Err... kau serious nak tolong??? Bukan geng kau tak ngam ke dengan geng aku???",tanyaku teragak2.

"Satu geng tidak bermakna perangai kami sama.  Lagipun, aku Pengerusi.  tentulah aku kena lebih ambil berat tentang kelab ni berbanding yang lain.  Takpelah, kau habiskan mana2 perbincangan kau dengan geng kau yang tertangguh tu.  anything just pm me.",balas Kusyairi lalu pergi dari situ.

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now