-

4.9K 375 11
                                    


Arief Mulhim.....

           Bunyi alarm di smartphone milikku membingitkan telinga.  Laju aku bangun dan membuat senaman ringkas.  Jam di dinding bilik dipandang.  Tepat pukul 6 pagi. 

             Langkah kuatur ke bilik air untuk mengambil wuduk seterusnya menunaikan solat Subuh. 

               Selesai sahaja solat, aku duduk berzikir di atas sejadah.  Kata2 pujian bagi Allah kulafaz dengan sepenuh rasa cintaku padaNya.  Selesai bermunajat, aku menadah tangan untuk membaca doa selepas solat.  dan.... tak lupa juga doa untuk ibu bapa kandung mahupun mentua, keluarga serta sahabat2ku...

             Usai berdoa, aku bersiap2 untuk keluar berjogging di pantai.  Dah lama tak pergi sana.  Alang2 dah cuti ni mesti best. Aku keluar dari bilik menuju ke bilik sebelah.

Tok. Tok. Tok.

"Arumi..",panggilku. 

"Yes?... ",sahutnya dari dalam.

"Aku dah siap ni.  kau nak ikut tak???",tanyaku. 

"Kejap2. aku tengah belit tudung ni!",jawab Arumi cemas. 

"Cepat sikit. Nanti kita lewat. Aku tunggu kat pintu ye?",ujarku lalu menuruni anak tangga.

"Hah,along!  nak pergi mana??",tanya ayah yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Aku tersenyum lalu mengambil tempat duduk di sebelah ayah mentuaku itu.

"Along nak pergi jogging kat pantai sana, ayah.  dengan Nana. Dah lama tak pergi sana..",jawabku mesra. Ayah mengangguk lalu tersenyum. Dia memandang aku seketika.

"Jaga anak ayah elok2.",pesan ayah.  Aku tergelak.

"Of course la, ayah.  Isteri along tu!",balasku lalu kami tergelak.

"Baguslah kamu dah boleh terima dia...",kata ayah seraya menyambung kembali bacaannya.  Aku hanya tersenyum.

"Ayah!",tegur satu suara menyebabkan kami berdua tersentak. Laju aku berpaling ke belakang. Arumi sedang menuju ke arah kami. Ayah tersenyum.

"Nana pergi jogging dulu ye. sayang ayah!",pinta Arumi sambil bersalaman dengan ayah. 

"Hurm... hati2. Nak melintas jalan tu tengok2 sikit kereta tu.",pesan ayah. 

"Okey,ayah!",jawab Arumi riang.

         Aku bangun dan bersalaman dengan ayah.

"Along pergi dulu ye,ayah.",ujarku. Ayah menganggukkan kepala. Kami keluar dari rumah dan memakai kasut sukan masing2.

"So,ready???",tanyaku kepada Arumi. Arumi mengangguk penuh yakin. Aku tersenyum.

"Kita jalan je dulu sampai pantai.Then,baru kita jogging.",kata aku sambil membelek smartphone.

"Larrghhh,kenapa tak jogging start sini je??",tanya Arumi pelik.

"Kita kena warm up dulu sebelum jogging ke workout ke. Kalau tak buat warm up,risiko kecederaan dalaman tu tinggi.",terangku. Arumi mengangguk faham.

"Jom pergi pantai.",ajakku lalu memulakan langkah. Arumi dengan senang hatinya mengikutku di tepi.

"Kenapa muka kau excited sangat ni???",tanyaku apabila melihat Arumi tak habis2 senyum dari tadi. Arumi tergelak kecil.

"Nothing. cuma... Ini first time aku jalan2 dengan kau. Rasa lain macam. Sebab biasanya aku jalan2 dengan Ariani je.",jawab Arumi sambil melihat2 kawasan sekeliling. Aku tersenyum nipis.

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now