-

4.4K 353 11
                                    

Keesokan harinya...

              Sedang ralit aku mendengar penerangan tentang subjek Perniagaan, kelas kami didatangi oleh dua orang pengawas PRS or dalam bahasa panjangnya Pembimbing Rakan Sebaya.  Bukan Perosak Rakan Sebaya ye.

"Assalamualaikum.. Cikgu,kami nak berjumpa dengan pelajar bernama Arumi Syauqina.  Cikgu disiplin panggil dia..",ujar salah seorang daripada mereka.  Seisi kelas memandangku pelik dan ada yang berbisik sesama sendiri. Cikgu pula hanya menganggukkan kepala dan melihat ke arah aku.

                Dengan tenang aku bangun dan ingin menuju ke hadapan kelas. Aku lihat Tablemates aku memberi sokongan dan semangat. Yeah, of course yang tahu pasal kes semalam akan tahu kenapa aku dipanggil hari ni.  Dasar mulut mengadu domba!!!!

              But, it's okay. Kita tenang je.  Kerana yang tenang dan benar pasti akan menang! Aku menyusun langkah ke arah dua orang pengawas tersebut dan mengikut mereka sehingga ke bilik kaunseling.

"Cikgu, ini pelajar yang cikgu panggil.",kata salah seorang daripada mereka selepas mengetuk pintu bilik tersebut.

"Hurm... suruh dia masuk.",arah guru yang berada di dalam tegas.  Laju mereka memberi laluan untuk aku masuk ke dalam bilik kaunseling. Dua orang pengawas tadi meminta diri dan beredar.

"Arumi Syauqina binti Muhammad dari kelas 5 Ekonomi.",Cikgu disiplin di hadapanku mulai bersuara. Aku menganggukkan kepala.

"Ya saya,cikgu...",sahutku tenang. Dia memanang tajam ke arahku.

"Awak tahu kenapa awak dipanggil ke bilik saya hari ini???",tanya cikgu yang bernama Ruzaila tersebut.  Aku hanya menggelengkan kepala.  Sengaja sebenarnya.  Nak dengar sikit macam mana si biadap tu putar belitkan cerita!

"Awak didapati telah melakukan kekerasan terhadap adik junior awak dengan cara menamparnya berkali2 sehingga pipinya bengkak.  Dan berdasarkan hasil siasatan juga, awak telah melalukan dating dengan seorang pengawas sekolah bernama Arief Mulhim bin Abdullah dari kelas 5 Matematik 2 dari awal tahun sehingga last sekali baru sahaja sehari yang lepas. Boleh terangkan kepada saya kenapa awak lakukan semua ni???",panjang lebar Cikgu Ruzaila membaca senarai laporan yang diterimanya. 

         Aku menjeling maut ke arah Matilda yang acah2 menangis di sebelah Cikgu Ruzaila.

"Boleh cikgu ceritakan kembali apa yang mangsa buli ceritakan kepada cikgu??",tanyaku straight to the point.  Matilda disebelah cikgu sudah tidak keruan.  Cikgu Ruzaila mengangguk.

"Dia kata dia ke bilik awak pada malam tadi dan secara tidak sengaja dia telah melanggar awak dengan kuat.  Awak melemparkan kata2 kesat kepada dia dan bila dia cuba melawan, awak telah menampar dia berulang kali.",cikgu mengulang kembali apa yang diceritakan Matilda kepadanya.

"Cikgu pasti cerita tu betul???",tanyaku lagi.

"Berdasarkan saksi yang berjumlah 6 orang, maka cerita ini benar.",balas cikgu selamba.  Aku mengetap bibir.  Oh,senangnya hukuman dunia.  Bersaksikan orang2 yang tidak jujur sudah cukup untuk menjatuhkan hukuman!

               Kami dikejutkan dengan kehadiran Mulhim ke tempat itu.  Terbeliak mataku memandangnya.  Seriously, dia pun kena panggil??? Kemerapuan apekah ini???!!!

"Hah,Mulhim!  panjang umur! Kamu tahu kenapa kamu dipanggil datang ke sini???",tanya Cikgu Ruzaila kepada Mulhim. Mulhim yag terpinga2 melangkah masuk.

"Saya tak tahu,cikgu.. kenapa?  saya ada buat salah ke??",tanya Mulhim hairan.

"Kamu didapati telah melakukan dating dengan Arumi Syauqina.  Sudah banyak kali kamu buat perkara ni.  Kamu tak malu ke???  Kamu tu pengawas!  Sepatutnya kamu mencegah orang2 yang melakukan perkara2 sebegini tapi sayang!  kamu sendiri yang buat!",jawab cikgu geram. Mulhim hanya terdiam dan tertunduk. Cikgu Ruzaila cuba menenangkan diri.  Dicarinya sesuatu di dalam handbag miliknya.

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now