Hari ketiga persekolahan. Aku bersiap2 nak ke perjumpaan kelab Protune. As we known as well, kelab ni sememangnya khas untuk pelajar tingkatan 4 sahaja. Tingkatan lain diharamkan sama sekali menjadi ahli kelab ini! Dan aktiviti ahli2 kelab ialah menjual makanan di gerai yang sudah dikhaskan untuk Protune sahaja.
Sekian penerangan,back to story. Aku dan yang lain menuju ke kelas 4 Ekonomi, which is kelas aku yang betul2 berdekatan dengan pintu pagar Aspura. Nasib malang kan bagi perempuan bila kena lalu betul2 depan pintu pagar Aspura semata2 nak ke kelas???
Masuk sahaja ke dalam kelas tersebut, kami lihat Puan Nabieha dan Cik Zainon telah pun berada di situ dan menunggu kedatangan para pelajar yang berminat untuk menjadi ahli kelab mereka.
"Hai, sila2 masuk dan ambil tempat duduk masing2 ye. Kita akan tunggu lagi ramai orang then kita akan start la mensyuarat agung kita pada hari ini.",ujar Puan Nabieha mesra.
Kami hanya mengangguk dan mengambil tempat duduk masing2. Tidak lama kemudian, kelas itu didatangi sekumpulan besar lelaki Form 4. Aip2,muka2 ni la yang datang masa aku nikah paksa haritu! Aishhh! aku memerhatikan satu persatu muka mereka. Kembar dia ada,bestfriend dia ada,ahli2 geng dia pun ada! Lagi 8 orang tu aku tak tahu diorang kutip mana sebab memang confirm bukan sebahagian daripada Mulhim and the geng. Hanya Mulhim tak dapat dikesan. hurmm,baguslah tu. tak hingin aku nak satu kelab dengan dia. Bala nanti!
Majoritinya dari kelas Matematik dan Sains. Ufufufufu~ terasa kerdil pulak kami berenam ni. Yelah, aku kelas Ekonomi. Yang lagi lima orang selain aku ini kelas SRT. Bukan Suri Rumah tangga, bukan juga Suri Rumah Teres. Hang jangan nak pandai2 gelar kelas orang okey. Nama sebenar kelas mereka ialah Sains Rumah Tangga!
As we all know la mentaliti manusia ni bila sebut je kelas SRT ni mereka akan fikir 'Owh, budak kelas belakang sekali rupanya'. Eh come on la! Rezeki everywhere kot! Belajar tinggi2 sampai peringkat Master ke, pHd ke belum tentu dapat kerja. Diorang belajar jahit, memasak bagai ditambah lagi subjek selektif Perniagaan,at least ada kemahiran boleh la buat business sendiri. Tahu2 dah jadi jutawan dah.
So,in a nutshell nya apa yang aku nak bebel ni ialah... Kelas tu bukan ukuran dan juga bukan bahan untuk hang nilai tahap kebijakan seseorang tu!
"Baiklah, rasanya kita dah boleh mulakan majlis kita ya. Kita buka majlis kita dengan Ummul Kitab, Al Fatihah..",ucap Puan Zainon. Kami menadahkan tangan membaca Al Fatihah dalam hati.
Selesai membaca Al Fatihah, Cik Zainon menerangkan serba sedikit tentang kelab Protune.
"Baiklah, ahli2 yang mendaftarkan diri sebagai ahli kelab memang hampir2 cukup ye iaitu sebanyak 19 orang. 13 lelaki dan enam perempuan. kita perlukan seorang lagi untuk memenuhi bilangan tetap ahli kelab ini. Kalau ada kawan awak yang berminat,boleh la bagitau cikgu.",kata Cik Zainon. Sekumpulan pelajar lelaki tadi berpaling ke arah kami dengan senyuman sinis.
Wahai kaum berlainan jenis, aku tahu puak kau lagi ramai. Please jangan nak menunjuk sangat boleh tak???
"Kita akan membuat pemilihan berdasarkan undian untuk pengerusi. Seterusnya setiausaha,Pengurus pemasaran, pengurus kewangan dan pengurus kebajikan. Baiklah,untuk bahagian ini saya akan serahkan kepada Puan Nabieha ",sambung Cik Zainon seraya memandang Puan Nabieha,memberi isyarat supaya dia memulakan pemilihan.
"Saya nak awak semua pilih dua calon untuk pengerusi.",arah Puan Nabieha. Laju sahaja para lelaki mencadangkan nama Muslim dan Kusyairi.
"Siapa pilih Muslim? angkat tangan.",tanya Puan Nabieha. Maka,dengan megahnya 12 lelaki selain Muslim mengangkat tangan! sedangkan geng kami hanya krik2 sahaja.
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Teen Fiction#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...