Sedang asyik kami berenam bergotong-royong mengemas gerai Protune yang berhabuk macam dah setahun tak bukak,Cik Zainon datang dan memanggil aku. Aku keluar dengan muka terpinga2.
"Ada apa cikgu panggil saya?",tanyaku blur.
"Cikgu nak kamu siapkan beberapa helai salinan kertas senarai nama untuk setiap orang guru penasihat simpan sehelai seorang. Kamu pun perlu ada satu salinan.",balas Cik Zainon. Aku menganggukkan kepala.
"Baiklah,saya akan siapkan. Erm...lusa boleh cikgu?",tanyaku.
"Ikut pandai awaklah. Asalkan dalam minggu ni.",jawab Cik Zainon mesra. aku menganggukkan kepala. Senang hati aku dengan cikgu ni. Friendly je dengan pelajar2 dia!
Kebetulan,kaum Adam sampai di gerai tersebut. Aku menjeling mereka dan berkata kepada Cik Zainon,
"Hah,sampai pun kaum lelaki! Erm..cikgu,memandangkan kami yang perempuan ni dah 2 jam bersihkan gerai,apa kata sekarang kita tukar shift pulak. Lelaki kemas gerai,yang perempuan pulak berehat."
"Hah,elok jugak tu. Boleh2. silakan!",laju sahaja Cik Zainon bersetuju. Kan aku dah cakap. Senang hati aku dapat cikgu macam ni. Sekumpulan PBH tu dah mula pandang aku dengan muka menyampah. Well3. Akukan setiausaha. Suka hati aku la!
"Geng,tukar shift! Puak ni dah sampai! Biar diorang pulak buat kerja!",jeritku ke arah Syuha dan yang lain. Dengar sahaja aku kata macam tu,laju mereka mencampak penyapu dan berus yang dipegang dan terus keluar dari gerai berkenaan.
"Baiklah,cikgu. Kami berehat dahulu. tak jauh pun. Kat surau je. Kalau ada apa2,just suruh je siapa2 dari bebudak lelaki ni panggil.",ujarku lalu kami bersalaman. Baru sahaja kami nak melangkah pergi....
"Err..cikgu,yang ni la geng kita kami yang nak masuk protune tu!",jerit salah seorang daripada geng PBH itu teruja. Serentak kami berenam berpaling semula. Jeng jeng jeng!!! Guys,bala dah datang guys. Get Ready,isytihar peperangan akan bermula tak lama lagi!
"Baguslah tu. Nama siapa ye??",tanya Cik Zainon mesra. Si dia yang baru sampai tersenyum.
"Arief Mulhim,cikgu..",jawabnya. MasyaAllah,sungguh mesra alam sikapnya! tapi,bila depan aku...hampeh!
"Berminat nak jadi ahli kelab ini",tanya Cik Zainon lagi. Dia menganggukkan kepala.
"Baiklah, selamat datang! Er.. Arumi! Sila masukkan Nama dan Nombor kad pengenalan ahli baru ke dalam senarai nama ahli kelab ye.",arah Cik Zainon seraya memandangku. Aku memberikan senyuman manis yang terpaksa dibuat2 kepadanya dan mengambil buku laporan di dalam beg sekolahku. Sebatang pen turut dikeluarkan. Kutuju ke arah Cik Zainon dan kumpulan PBH tersebut.
"Ahli baru,sila bagi nama dan nombor kad pengenalan.",ujarku lalu sambil membuka buku laporan.
"Baiklah,cikgu masuk dalam bilik guru dulu. Kalau ada apa2, cari cikgu di sana ye.",Cik Zainon mencelah sebelum sempat Mulhim membalas. Kami semua hanya menganggukkan kepala.
Sebaik sahaja kelibat Cik Zainon hilang dari pandangan, aku menghela nafas berat dan kembali menatap buku laporan."Nama dan nombor ic",ulangku semula.
"Kau dah tahu semua tu.", hanya itu balasannya. Aku memandang tajam ke arahnya.
"Saudara,sekarang kita sedang berada di sekolah. So,tolong buat seperti tak ada apa2. well,seperti perjanjian yang telah kita buat.",ujarku geram. Dia menganggukkan kepala seraya senyum sinis.
"Okey. Nama Arief Mulhim bin Abdullah. Nombor kad pengenalan, sila semak balik diari kau masa kau minat aku dulu."
Again. Itu sahaja jawapan yang diberi plus cari pasal dengan aku.
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Novela Juvenil#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...