-

4.8K 406 18
                                    

3 Minggu Kemudian...

              Malam yang terang dengan cahaya bulan mengambang. Aku sedang study subjek terakhir untuk SPM 2018. Akhirnya, saat2 yang kutunggu hampir tiba.  Arumi Syauqina,esok kita berjumpa ye???

             Yahoo!  Hati aku bersorak keriangan.  Teruja rasanya ingin bertemu.  Benarlah, orang kata.  Kalau dah jatuh cinta berpisah sekejap je dah rindu. Tak sabarnya nak tengok dia!  Nak2 dah lepas SPM.  Nanti boleh pergi pantai sama2,lepak sama2,round2 kampung sama2. Semuanya sama2 la!!! Dalam keterujaanku itu, ada sesuatu terlintas di relung hatiku.  Serta merta senyumanku mati. Entah,kenapa.... Tapi, aku rasa kisah aku dan Arumi.... tak panjang....

             Astaghfirullah Hal Azim... Kau fikir apa ni,Mulhim???  teruk benar perasaannya.  Aku kembali menyambung proses ulang kaji yang tertunda.

          Smartphoneku tiba2 vibrate menandakan ada panggilan masuk. Ehem ,kita sedang berada di kawasan sekolah.  Mana boleh bunyikan ringtone.  Nanti kena rampas!!

             Aku melihat ke arah paparan nama pemanggil di skrin smartphoneku.  Eh, mak call la! 

"Assalamualaikum mak. Mak sihat??",ujarku sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Waalaikumussalam.. Mak sihat.. Along macam mana exam??  okay??",tanya mak kembali.

"Alhamdulillah, setakat ni okey lagi. Erm.. mak,Arumi okey???",aku bertanyakan keadaan Arumi. Hey,dah 3 minggu tak jumpa.  Of course la rindu! 

"Arumi okey... ni dia ada ni.. nak bercakap dengan dia??",jawab mak. Argh, ni yang buat aku berdebar2 plus berbunga2 ni! 

"Erm... boleh jugak mak..",balasku lalu menunggu suara Arumi bertandang ditelingaku.

"Assalamualaikum...",satu suara lembut memberi salam.  Aku tersenyum makin lebar.

"Waalaikumussalam... Kau okey?? dah rasa sihat sikit??",aku menjawab salam yang diberi seraya bertanya khabarnya.

"Alhamdulillah, so far aku rasa okey dan semakin baik... Dah tak letih mana dan dah tak pengsan macam selalu dah..",balas Arumi lanjang lebar dengan suara normalnya.  Dah tak serak macam sebelum ni. Alhamdulillah!

"Makan macam mana??  kau dah boleh makan macam biasa ke??",tanyaku lagi. 

"Erm.. makan tu boleh la slow2 tapi still dalam proses nak menerima sebab bukan semua makanan aku boleh makan buat masa ni..",ujar Arumi.

"Eh, yang kau tanya aku banyak2 ni, kau macam mana??  sihat ke tak???  exam okey ke tak??",tanya dia pelik.

"Alhamdulillah.. Alah, aku kat sini okey je la.  kau tak perlu risau pasal aku.  Yang sakit engkau bukan aku.",jawabku sambil tergelak.  Serious, suara ni la yang aku tunggu sekian lama nak dengar.

"Hahaha, hek eleh.  Aku dah okey la! Nanti lepas exam aku boleh dah keluar hospital. Kau tunggu eh??",kata Arumi.

"Really??  For real???  Alhamdulillah .... Finally, ada orang yang boleh aku buli.  Yoohoo!!!",jeritku girang.

"Erk ehem!  suka hati kau nak buli aku!  Ingat sikit eh aku dah tak gemuk!  aku dah kurus!  menyesal la kau separuh nyawa, Mulhim!",balas Arumi.  Ehem2,ada nada bangga kedengaran.

"Eh, iya kau kurus???  Alamak, acanne ni???",Aku acah2 terkejut.

"Eh kenapa???",giliran dia pula bertanya dengan cemas.

"Takdelah, aku risau sebenarnya.  Nanti mesti confirm hati aku jatuh berkali2 kat kau!"

             Itu dia pick up line aku belanja satu!  Arumi ketawa geli hati.

"Banyak la kau!  Dah2,kau sambung study tu.  Esok subjek last kau kan??",tanya Arumi.

"Yes. dan itu bermakna aku dah freedom esok.  Bukan macam kau.  minggu depan baru freedom.  Dak2 EA la katakan!!!",aku mengejek isteriku.

"Kurang asam punya budak math!! Huh, aku benci kau!",Arumi acah2 merajuk.

"Lahaiii, nak ngajuk2 pulak!  Well,aku sayang kau. Ailebiu soooo much muah muah muah!",jawabku sambil membuat 'tagline' Dato' Seri Vida.

"Hello?? Mulhimkah disana??? saya tak rasa yang sedang bercakap dengan saya ni Mulhim.",gurau Arumi. Meletus tawa kami berdua. Ada je idea dia nak buat aku terhibur!

"Bukan Mulhim yang sedang bercakap dengan kau ni",balasku.

"Oh, patutlah!  Habistu ni siapa ye???",Arumi acah2 bertanya.

"Ni pengawas nerd kau.",balasku dengan nada romantik gitu.  Arumi terdiam.

"Blushing ke,senget???",tanyaku sambil menahan tawa.

"Erk.. eh, ma.. mana ada!",balas Arumi gagap.

"Hahahah. Tak payah nak tipu la woi!  aku dengar suara kau gagap.  Confirm melting!  Kah kah kah!",usikku sambik ketawa tak ingat dunia. 

"Ehem!  sedapnye orang tu duk gelak2. Masih ada satu paper, bro. Relax2,bertenang..",sampuk Muslim di belakang.

"Weh,biar la ke dia!  orang tu tengah bahagia dengan bini dia tu!!",celah Imran.

"Phewiitt!!!",sorak mereka serentak. Haishhh! Aku berpaling ke arah mereka.

"Senyap2! kacau line betul la. Aku nak bergayut tak senang!",marahku geram.  Malu sebenarnya.

"Kawan aku dah maju dah!!!",jerit Firash lalu mereka bersorak lagi. Aiseh, lagi disuruh diam lagi bising dibuatnya!

"Err... Hello, Arumi???",panggilku.

"Ye, aku ada lagi ni. Wow,nampaknya kawan2 kau semuanya tak sabar nak freedom ye???",kata Arumi.

"Itu bukan tak sabar nak freedom. Itu menggatal nak kacau orang namanya!",ujarku geram.

"Hahahah, takpelah Mulhim. kita call lagi lain kali okey??  Aku nak study ni. Kau pun, insaf2 la nak study.Tahu dah kau last paper esok but study tetap study!",Arumi ingin mengakhiri perbualan antara kami sekaligus mengingatkan aku tentang 'study'.

"Yelah2...Aku study.  Bye...", ujarku dengan nada malas. Malas nak hentikan perbualan ni sebenarnya.

"Bye...",balas Arumi lalu panggilan ditamatkan.

"Abang rindu sayang sangat2..I love you... take care tau... muah muah muah muuuaaahh. ",satu suara memerliku dengan nada yang sengaja dilunakkan. Mencerlung aku memandang ke arah geng aku. Mereka menuding jari ke arah Danish serentak. Aku pandang ke arah Danish dengan sebelah kening yang terangkat. Danish memandangku sambil tersengih2.

"Kurang asam punya Danish!!!",jeritku geram lalu bermulalah aksi kejar mengejar. Danish laju melarikan diri ke arah pokok2 bunga yang terdapat di kawasan berdekatan. Boleh bayangkan???  Di celah2 pokok bunga itu kami berkejar kejaran???  Hey,bermain berkejaran. Seindah bunga ditaman~~  Okey dah stop2. Aku nak kejar Danish ni.

"Auchh! Abang! Abang! Campai aty abang kejar cayangg!",Danish terus menerus memerliku.

"Dasar jantan gedik! kemari kau!",balasku geram. Haishh!

        Nasib member! Kalau tak.Dah lama aku baham!

"Abang! Abang! Ab..."

KEDEBUK!

            Eh,Danish terjatuh ke dalam longkang la. Tepuk tangan sikit guyss!!! Serentak kami yang lain ketawa terbahak2 sambil bersorak. Rasakan kau Danish! Padan muka wooo!
                

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now