April 2017.....Arumi Syauqina...
Aku terbangun dari tidur. Keadaan sekeliling gelap dan sunyi. Ini bermakna semua penghuni asrama masih lena dibuai mimpi. Aku melihat ke arah jam locengku. Baru pukul 2 pagi. Awal lagi kalau aku nak bangun mandi.
Aku termenung sendiri memikirkan mimpi yang kualami tadi. berada di hospital, tangan dicucuk jarum untuk masukkan air ke dalam badanku, pernafasanku yang memerlukan alat bantuan. Aku begitu lemah sekali masa tu. Dan bila aku berpaling ke tepi, Mulhim sedang berdoa di atas sejadah.
Dan saat itu hatiku terdetik kuat bahawa aku akan mati.....
Aku takut. Sejujurnya aku belum bersedia. Petanda apa tu?... Astarghfirullah Hal Azim.. Aku mengucap panjang.. Mungkin Allah nak ingatkan aku bahawa kematian itu bila2 masa sahaja.
Tapi,hati aku tetap tak tenang. Aku menyeluk ke dalam sarung bantal asramaku dan mengambil smartphone. Nombor Mulhim dicall.
"Sayang? Kenapa call tengah2 malam ni??? Ada rasa sakit ke???",suara Mulhim kedengaran di talian sejurus panggilan diterima.
"Mulhim...",Aku cuba berbicara namun air mata mengalir tanpa dipinta. Aku menangis teresak2 tanpa mampu mengungkap walau sepatah perkataan pun.
"Eh,Arumi. Kenapa ni??.. Kau okey tak?? Kalau kau tak okey, aku pergi Aspuri sekarang!", tanya Mulhim cemas. Aku mengesat air mataku.
"Aku okey....cuma... tadi aku mimpi lagi...",jawabku dalam keadaan cuba untuk bertenang.
"Mimpi apa??? bagitau aku.",kata Mulhim. Aku mengumpul semangat untuk menceritakan tentang mimpi yang dialami kepada Mulhim.
"Aku mimpi aku berada atas katil.. dalam wad hospital. Tangan aku kena cucuk untuk masukkan air, pernafasan aku tersekat2 dan dibantu alat pernafasan... Keadaan sangat2 kritikal waktu tu... aku berpaling ke tepi.. aku nampak kau tengah berdoa atas sejadah... aku tak pasti riak wajah kau macam mana masa tu sebab kedudukan aku membelakangi kau...",ceritaku sambil berlinangan air mata sekali lagi.
"Tenang,Arumi.. kan itu hanya mimpi.. kau tak perlu risau, okay?",pesan Mulhim lembut.
"Aku takut,Mulhim... aku tak pernah mimpi macam tu sebelum ni...",luahku gusar.
"Ye,aku faham... tapi sekarang ni you need to rest. tidurlah, sayang. Jangan fikirkannya sangat. Esok kita ada program. Nanti kau tertidur dalam dewan sekolah..",Mulhim menenangkan aku seraya mengingatkan tentang program kecemerlangan SPM yang bakal berlangsung esok.
"Okaylah, aku tidur... maaf ganggu kau malam2 ni.",akurku setelah agak tenang.
"Tak apa. aku tak kisah pun. kau jangan ambik serious sangat la apa yang kau mimpi tadi. Mainan tidur je semua tu...",pesan Mulhim.
"Okay...",jawabku ringkas.
"Okey, goodnight. Jaga diri.",ucap Mulhim dan panggilan kami dimatikan. Aku membetulkan bantal tidurku dan terus berbaring. Dan mimpi itu.... aku masih fikirkannya...
Satu jam... dua jam... tiga jam.... Mataku langsung tidak dapat dilelapkan. Jam tepat menunjukkan pukul 5 pagi dan serentak itu juga bunyi ringtone dan segala alarm dari jam loceng mahupun smartphone roommates milikku bergema.
Aku laju turun dari katil dan mencapai tuala untuk ke bilik air.
**********
Keesokan harinya...
"Weh, Arumi! Apesal kau nampak lesu je hari ni??? Kau okey tak??? semalam kau cukup tidur tak???",tanya Syuha bertalu2. Aku menganggukkan kepala seraya tersenyum.
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Teen Fiction#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...