Arumi Syauqina...Aku bersiap2 memakai baju kurung dan jilbab berwarna biru. Entah apa mimpi Ustazah Farah yang pegang bahagian kompang dan bunga manggar tu pilih aku. Padahal aku ni tak pernah show off kot kat sekolah ni. Alih2,dia suruh aku join team pemegang bunga manggar untuk majlis kali ni. Well, dah rezeki. Takkan nak tolak pulak kan?
Setelah bersiap, aku memakai kasut hitamku dan terus pergi ke sekolah. Aku lihat manusia2 pandang aku. Bukan nak perasan tapi sememangnya patut mereka berbuat begitu bila kau pakai tudung tapi tak menjadi. Selekeh, yes it is. Nampaknya, kata2 Mulhim tu dah jadi doa!
Mengingatkan kata2 dia buat aku rasa tiba2 sebak dan air mata mulai bertakung. Sumpah,aku taknak tengok dia lagi. Tak akan! Tapi, jauh di sudut hati ni tetap ada rasa tak nak berputus asa dengan perkahwinan ni. Ah, aku pun tak faham dengan hati aku sendiri!
Tepat pukul 8 pagi,aku pergi ke arah pondok menunggu bas yang berada di dalam kawasan sekolah dan berdekatan dengan pintu pagar utama. Dari jauh aku lihat 'team' aku tu sudah pun berada disitu dan selfie2. Aishhhh, muka2 hot stuff belaka tu! camne nak ngam dengan aku???
Aku mulai runsing memikirkan cara untuk bergaul dengan mereka semua. Kalau hot stuff sebab friendly,aku takde la nak kisah sangat. Tapi,ni hot stuff sebab cantik dan dipuja kaum lelaki! So, faham kan maksud aku apa???
Sampai sahaja disana, aku terasa macam krik2 kejap jadi pemerhati geng2 tu. Yelah,mereka selfie2 mana ada ajak aku! Aku memandang ke arah lain. Dah agak dah benda ni akan berlaku. Puak hot stuff dan puak tak laku mana nak ngam kan? Melainkan kau semua pernah sama2 jadi tak laku dulu.
Tiba2..."Hai,sorang je ke?",tegur satu suara. Aku berpaling ke arah dia dengan riak terkejut.
"Err..Ha'ah...",jawabku gagap. Dia tersenyum mesra.
"Boleh saya duduk sebelah awak?",tanyanya lagi.
"Err..sila2..",jemputku lalu dia mengambil tempat di sebelahku.
"Nama saya Ain Zahirah. panggil Ain takpe Zahirah pun takpe.",Dia memperkenalkan diri. aku mula teragak2. Okey,yang ni pun hot stuff jugak tapi bukan sebab dipuja lelaki ke apa. Dia memang berbudi bahasa dan friendly. Bijak pun bijak. Kelas Math kot! Err...segan pulak aku duduk sebelah dia...
"Awak..?",tanya dia apabila aku tidak memberi sebarang respon.
"Err..Nama saya Arumi Syauqina..panggil Arumi..",balasku seraya tersenyum. Dia menganggukkan kepala.
"Dah biasa join team ni???",dia cuba membuka topik perbualan.
"Tak. Ni first time.",jawabku jujur. Tiba2 sahaja air mukanya berubah teruja.
"Eh sama la! saya pun first time jugak. Kita geng!",ujarnya sambil menepuk bahuku. Aku tergelak kecil melihat telatahnya. Betul la apa yang aku dengar tentang dia. Dia tak kisah dengan siapa dia berkawan. Layanannya tetap sama dan cool je.
Aku mulai rasa selesa berbual dengan dia. Kami berbual pelbagai topik sehinggalah kumpulan kompang datang ke situ. Aishhh,menyesal aku tak bawak EyeMo. tetiba mata jadi sakit la guys.Aku melihat kumpulan kompang itu tidak percaya. Ya Allah,benarlah kalau dah jodoh tak kemana. Dan aku menyumpah seranah diriku sendiri sebab terlupa yang Mulhim and the geng tu pemalu kompang sekolah ni!
Kumpulan PBH tu dah pandang aku lain macam. Sinis pun ada. Aku tahu la aku tak pernah masuk benda2 macam ni! Tak tahu kenapa tapi tiba2 tangan ni rasa gatal pulak nak tampar muka anak orang. Especially si ketua kompang yang memang muka dia tu jelas mintak penampar berkali2! Tapi, camtu la kan. Kita as isteri kenalah sabar dengan perangai suami. Ahaksssss!
"Okey,pelajar2 sekalian. Lagi satu jam van yang bawa kamu semua ke tempat majlis tu akan sampai. Sementara masih ada masa ni,ustazah nak yang lelaki berlatih kompang. Yang pemegang bunga manggar, awak semua duduk la diam2 ye.",maklum Ustazah Farah.
"Okay,Ustazah!!! ",balas yang perempuan beramai2. Aku menggelengkan kepala. 1 jam lagi. Lamanya..... Aku menyambung kembali perbualanku dengan Ain yang terhenti tadi. Tiba2.....
PAK! PAK! KEPAK! KEBOOM! KEPAK! KEBOOM!
Bunyi paluan kompang bergema di segenap kawasan sekolah. Aku memandang kumpulan itu. Perasaan kagum dan teruja bercampur baur dalam hati. Benci? Sakit hati? sakit mata? ah, tolak tepi kejap!
Dalam banyak2 pemalu kompang disitu, aku rasa Mulhim la yang paling bersinar dan blink2 gitu! Wahai Mulhim, tolong jangan memikat sangat boleh tak??? Aku dah tak larat la asyik jatuh hati kat kau je.
Tiba2,aku teringat akan kata2nya tempoh hari. Langsung air mukaku berubah dan aku tertunduk. Oh, lupa. Aku bukan siapa2 bagi dia!
*************
Arief Mulhim...
Aku memalu kompang dengan begitu bersemangat sekali. Entah kenapa aku rasa bertenaga hari ni. Aku rasa sesuatu aura yang begitu menyuntik semangat saat ini!
Tiba2,aku teringat akan kisah pagi tadi. Sebuah buku yang kujumpa di hadapan pintu pagar Aspura diteliti. Kubelek muka surat pertama dan jelas tertera nama 'Syasya Afiqa' disitu. aku fikir ini mungkin buku milik seorang pelajar perempuan kelas Ekonomi. Tekaanku tepat bila aku bertanyakan pelajar2 yang berada di dalam kelas itu dan ada seorang pelajar perempuan ni bangun dan mengambil bukunya. Oh, jadi perempuan yang aku minat sejak form 1 dan Syasya Afiqa ialah orang yang sama!
Bahagia tak terkata aku waktu tu! dan aku masih rasa perasaan yang sama saat ini. Sumpah, bahagia! siapa tak suka wooo dapat jumpa crush depan2.
Latihan kompang berakhir dan aku rasa nak berpaling ke arah belakang.
Dup!
Allahu Akbar.... Deras2 aku berpaling menghadap rakan2ku semula. Nasib baik tak gugur jantung aku. Syasya lalu la!
Adehh, makin berbunga2 hati aku hari ni. Angin yang bertiup lembut menambahkan lagi Aura ketenangan yang aku rasa. Syasya Afiqa namanya... Indah nama seindah tuannya!
"Bro.. ",tegur Imran. Aku seakan2 baru tersedar dari mimpi indah.
"Ya?..",tanyaku dalam keadaan terpinga2 apabila melihat mereka memandangku pelik.
"Kau okey tak???",tanya Danish pula.
"Erk, ehem. aku okey...kenapa?", tanyaku kembali.
"Kita nak berlatih sekali lagi ni..",balas Muslim. Aku menganggukkan kepala.
"Sila2..",ujarku lalu latihan kompang dimulakan sekali lagi.
*************
Arumi Syauqina....
Aku cepat2 memalingkan muka apabila Mulhim seakan2 perasan aku tengah pandang dia. Hati mulai berdebar2 mengatakan sesuatu yang kurang enak.Kenapa aku rasa lain macam je dia ni???
Astarghfirullah Hal Adzim....
Cepat2 aku beristighfar. senyuman nipis terukir dibibir. Okey,Mulhim. Aku faham maksud kau sekarang.......
Prankkk!!!
Eh,jap2. Tu bunyi hati pecah kan??? Ahahahaha, tak apa. Nanti aku kutip dan cantumkan balik....
Aku memandang Mulhim secara senyap2. Betapa mahalnya harga kepercayaan kau untuk aku Mulhim... Sampaikan sekeping hati aku yang ikhlas pun tak mampu buat kau beri kepercayaan tu.....
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Teen Fiction#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...