(Psst! kalau nak feeling lebih sikit bukak la lagu kat atas tu sambil baca 🙈💕)
Arumi Syauqina...
Aku menilik penampilanku di cermin meja solek. Berjubah dress putih bersih dan berjilbab labuh dari rona sama. Natural make up dikenakan dan sarung lengan serta sarung kaki of course la tak lupa pakai beb!
Dah nak bersanding dah aku hah. It's mean selepas ini aku dan Mulhim akan sentiasa bersama.. mengharungi saat2 yang lebih mencabar...
"Kau dah cantik dah pun,Arumi. tak perlulah tilik lama2.",tegur satu suara. Pantas aku memandang ke arah belakang lalu tersenyum.
"Hai,Syuha. Itulah, aku rasa macam tak percaya yang... Kita dah habis sekolah.. dan aku bakal bersanding...",tuturku perlahan. Syuha mendekati diriku.
"Beb,to be honestly... Kalau dulu aku memang berat hati nak lepaskan kau dekat Mulhim. aku takut dia tak boleh terima kau for who you are. Tapi sekarang... Aku rasa dah tiba masanya dia ambil alih tugas aku untuk menjadi pelindung kau, pendengar segala masalah kau dan juga penghibur kau...",ujar Syuha. Aku memandangnya dengan riak sayu.
"Kau jaga diri baik2 eh. Lepas kahwin, jangan lupa aku.. jangan lupa geng kita.. Well, kita dah jarang jumpa nanti sebab ikut haluan masing2. But, aku harap.. persahabatan kita ni biarlah sampai syurga...",pesannya panjang lebar. Haih,tetiba mata ni rasa berpeluh hah! Aku peluk Syuha lalu ada air mata mengalir dalam dakapan itu...
"Syuha.. Kau kawan paling gila, paling caring, paling hebat dan paling baik pernah aku jumpa. Tolong jaga diri kau baik2 jugak. Terima kasih di atas semua layanan dan gila2 kau pada aku selama ni. Aku sayang kau.. jaga diri elok2...",bisikku sambil menangis.
"It's okay, Arumi... Itu memang dah tugas aku sebagai kawan kau..",balas Syuha yang turut mengalirkan air mata.
"Dah2,jangan menangis lagi. Cair mekap kau tu nanti. come on,babe. Today's your wedding day! happy la sikit!",dia cuba menceriakan suasana. Aku tergelak sambil mengesat air mataku.
Sebak dooo~ Syuha ni la kawan aku dari aku form 1,kawan aku dari aku teruk sampailah aku dah berjaya, kawan aku dari aku tak minat lagi Mulhim sampailah sekarang aku dah nak bersanding. Dia pengkritik terhebat, dia jugalah pembina semangat aku. Dari pakai baju sekolah sehinggalah seorang pakai baju pengantin, seorang lagi pakai baju pengapit. Bayangkan!
Bunyi pintu dibuka mengejutkan kami berdua. Laju kami berpaling ke arah tersebut.
"Hai! Wahhhh cantik la member aku yang seorang ni!",tegur Meen happy.
"Eh,guys! masuk la. sila2.",aku menjemput mereka masuk. Laju sahaja Meen,Mia,Auda dan Bella masuk ke dalam bilikku.
"Tahniah,Arumi! kahwin dah kawan aku yang seorang ni!",jerit Bella teruja. Teruja nak jadi pengapit tu hahah.
"Thank you,Bella. Weh,turn kau kahwin nanti jemput2la aku tau!",balasku sambil bersalaman dengannya. Semua ahli geng aku pakat2 wish belaka. Semoga kekal hingga ke anak cucu la,kekal bahagia la,till jannah la.. Aku aminkan sahaja..Mudah mudahan...
"Well,Arumi Syauqina Muhammad..Aku wishkan kau selamat pengantin lama yang baru nak bersanding. Semoga lepasni kau boleh biasakan diri panggil Mulhim tu lembut2,no more 'aku' dan 'kau' okay??? Allah murka panggil suami dengan panggilan kasar. Semoga kau juga dikurniakan anak yang ramai sebagai penyeri keluarga.. Ehem2,anak ramai ni tanda keluarga dirahmati dan bahagia tau!",tiba giliran Meen memberi ucapan plus menyentapkan aku. Semua disitu dah pandang aku lain macam dah bila Meen sebut perkataan 'anak' tu! Erk ehem.
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Teen Fiction#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...