#Tahun 2017

5K 337 10
                                    


        
               Suasana dewan besar sekolah yang sesak dan hingar bingar agak membuat aku serabut.  Al maklumlah, first day school of the year! Macam2 la gossip makcik2 bawang nak cerita. Eh, pakcik2 kedai kopi pun tak kurang hebatnya tau! Dua kali lima lima kali dua sepuluh je belaka!

              Aku dan lima orang lagi member aku hanya duduk termenung,memandang sesama sendiri. Ehem2, azam tahun baru kami berenam nak jadi budak baik!  Hueh2.(Tangan ke bahu mata ke atas) Haihhhh, lambat pulak perhimpunan hari ni! Dah lenguh kaki berdiri ni!

         Aku lihat para guru yang berada di atas pentas.  MasyaAllah... Rupa2nya cikgu2 pun tak melepaskan peluang ini ye kawan2 sekalian!  Eloklah tu.  Satu sekolah sedang sibuk menceritakan pengalaman bercuti masing2.

"Eh,nak tahu tak.  Masa cuti baru ni, kakak aku kahwin!  Seronok gila aku jadi flower girl.  Feeling2 jadi princess jap."

      
         Satu suara makcik bawang bergossip kedengaran dari arah belakang.

"Oh ye ke?  Kakak kau umur berapa?"

"Well,20. Kahwin dengan boyfriend masa duduk U kat Australia dooo"

"Wahhh!  Kakak kau kahwin muda la ni!"

"Ha'ah.  Sweet doo dia dengan pakwe dia!  Dahlah hensem abang ipar aku tu!"

"Haishhh, geram pulak dengar cerita kau ni!  Nak kahwin awalll~"

"Me too~"

                  Maka tamatlah sudah sesi mencuri dengar perbualan orang.  Aku sentap sebenarnya sebab tu aku berhenti curi dengar.  Honestly, kawan2ku.  Kalau aku tak jadi bini orang lagi sekarang ni aku pasti akan jadi macam diorang jugak sekarang ni. 

             Bayangkan kahwin muda itu indah, manis,sweet bersemut bagai.  Nak2 kahwin dengan pakwe atau crush sendiri. MasyaAllah! 40 hari 40 malam tak habis lagi buat kenduri rasanya. Lepastu, bayangkan kahwin tu pakai baju bak Cinderella lalu si dia datang bak seorang putera. 

           But, boleh bayang tak lepas kahwin tu macam mana??? Okey, let's see.  Bila duduk rumah baru dengan dia.  Bil air, bil api, bil elektrik. Cukai2 bagai dan barang2 keperluan dapur yang utama such as periuk nasi,dapur gas dan pinggan mangkuk,cawan bagai.  Itu tak termasuk sofa, tv besar, kipas, pendingin hawa.  Duit banyak2 nak cari mana??? Takkan nak harapkan suami belaka??? Kau as isteri berfungsi sebagai apa? Takkan nak duduk goyang kaki je kat rumah kan??? Mesti kau kena bantu suami kau. Kalau kaya takpe la jugak. Dah yang biasa2??? Sebab tu la pelajaran tu penting.  Kau tak belajar sungguh2 masa ni besar nanti kau nak kerja apa???

             Tak termasuk lagi dalam list barangan wajib ada bila dah ada anak. Pendek kata, hidup kau slow2 akan berubah 360 darjah bila kau berkahwin. Even though,aku tak duduk rumah berdua lagi still duduk rumah mak bapak masing2 but aku boleh bayangkan suasana tu.

             Okey, done buat tazkirah pasal kahwin muda.  Cukup2lah anak muda.  Masa single tak berpunya ni la kau nak dating dengan best friends kau puas2. Travel ke jalan2 ke. Masa ni sahaja kau boleh buat. Lepas kahwin kau dah tak boleh buat sesuka hati.  Husband kau yang tentukan gerak geri kau. Macam aku ni la!  Nak pergi sekolah pun kena mintak berkat dia tu! Entah pape tau. 

                  Yang jadi pengacara majlis hari ni pun tak reti bahasa ke??? Lama nak mati hang get ready nak handle majlis.  Aku dah siap bagi tazkirah pulak dah ni! Aduyaiii! Aku mendengus geram. Syuha di sebelah hanya tersenyum. Confirm tengah geram jugak tu. Tengok muka dah tahu.

Tiba2...

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.  Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama2 di dewan yang serba indah ini pada pagi ini..."

               Suara pengacara majlis mulai kedengaran menyebabkan seisi dewan senyap.  Ada yang berbisik kagum dan bangga.  Sedangkan aku... Hanya tertunduk. Malas aku nak tengok.  Buat sakit hati je.

            Boleh bayangkan tak budak nerd jadi pengawas sekolah??? Tak logik langsung! Ni soheh lepas ni jadi hotstuff meletop kebaboom ni!

"Omg,future husband aku kat atas pentas tu!"

"Eh,aku rasa hati aku takde la!  Sebab lelaki kat atas pentas tu dah ambik! Alamak, macam mana ni?. Hik2... "

"Ya Allah,berdebar kencang jantung ini saat mendengar suaranya. Sungguh mengasyikkan!"

"Weh2, aku rasa tulang rusuk aku bergetar la! Penangan abang pengawas titew la ni! Auch!"

              See.  Baru je aku kata macam tu.  Dah dengar dah suara2 memuja dirinya di atas sana. Aku hanya tersenyum. Dear husband paksa di atas sana.  Bila dah bercerai nanti kau tak perlu risau.  Ramai dah daftar nama nak jadi calon2 isteri kau ni.  Yang benar, wife paksa di bawah sini.

             Melihat dia yang berdiri megah di atas pentas, berbicara tanpa gagap dan penuh berkeyakinan sehingga berjaya membuat hati para makcik bawang tersangkut padanya.  Aku tak nafikan aku agak bangga dengan pencapaiannya kini tapi...

            Percayalah, bila dia jumpa aku.  Perangai dia tetap tak ubah seperti si pematah hati.  Well, kahwin pun secara terpaksa.... Kalaulah Ariani masih ada...

           Oh ya.  Cakap pasal Ariani.  Aku memandang kiri kanan depan dan belakang.  Khalida and the geng tak ada dalam dewan ni.  Aikkk??? Pindah sekolah ke??? Kot ye pun bagi la aku balas dendam dulu kan?!!!

      Air mataku bertakung dan hampir menitis.  Laju aku keluar dari dewan. Kakak pengawas yang menahan aku membiarkan aku pergi apabila melihat mata aku berair.  Aku pergi sejauh mungkin dari dewan dan menangis. 

"Arumi,kenapa ni???",tanya Syuha dari arah belakang.  Aku memandang Syuha.

"Ariani...",hanya itu yang mampu aku balas dan aku kembali menangis. Syuha mengusap belakangku.  Mungkin dia faham apa maksudku.

"Aku tak jumpa geng2 Khalida dalam dewan tadi..",luahku geram.

"Arumi... Sudah2lah tu. Aku tahu perit untuk kau terima hakikat Ariani mati dibunuh tapi... Janganlah berdendam.  Allah tak suka hambaNya berdendam.  Maafkanlah mereka,Arumi.. Apa yang berlaku.. Biarlah dia jawab sendiri dengan Allah kelak...",Syuha cuba memberi nasihat.

"Tak!  Aku tak akan biarkan dia terlepas!  Dia dah bunuh adik aku,Syuha! Kau tahu tak sejak Ariani tak ada, rumah tu sunyi! Aku rasa sangat kehilangan dia,Syuha! Aku rasa sangat!",bantahku dengan nada separa menjerit.  Syuha hanya memandangku sayu.  Mungkin sudah hilang akal bagaimana untuk memujukku.

"Tapi,Mulhim kan ada? Maksud aku, aku tahu kau kena kahwin paksa tapi... Aku yakin.. Lama kelamaan Mulhim boleh terima kau dan buat kau gembira semula.. ",ujar Syuha setelah agak lama membatukan diri.

        Semakin kuat esak tangisku.  Kalaulah Syuha tahu yang aku ni bakal diceraikan Mulhim habis SPM nanti....


Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now