#Tahun 2016

5.8K 363 20
                                    


Arumi Syauqina...

          Finally,I've been here! Tahun yang mendebarkan telah bermula. Menjejakkan kaki kembali ke sekolah ini membuatkan aku gementar. Yeah,hope aku dah tak kena buli seperti selalu dan hope sangat2 geng2 keli tu (bak kata readers sekalian😂) dah insaf dan bertaubat. Doa yang baik2 je lah kan???

        Well,tahun ini agak rumit sedikit sebab kalau nak gossip2 or usha2 Mr.Nerd tu memang kena betul2 pada waktu yang sesuai la sebab......... Aku pandang ke tepi.

      Guys,meet Ariani Syaqilla binti Muhammad a.k.a my little sisturrr. Jeng jeng jeng! Spy ibu is here and yes... She will report to my mom if anything wrong about me. Sumpah serabut gila bila kau terpaksa satu sekolah DAN satu bilik dorm dengan adik kau sendiri. Bukan apa,rasa tak bebas! Siapa macam ni raise your hand up!🙋

      Aku melihat gelagat Ariani yang sedang sibuk mengemas pakaiannya di dalam locker. Jauh di sudut hati,aku bimbang sebenarnya.... Aku takut aku tak mampu protect Ariani as her sister. Kami hanya dua beradik. Tiada abang tiada kakak tiada adik yang lain. Hanya kami. So,sebaik2 contoh untuk Ariani ialah aku.

        Aku terfikir sejenak. Mungkin tahun ini aku perlu berubah? Mungkin tahun ini aku perlu jadi lebih kuat? Demi Ariani,aku perlu lakukannya!

"Nana,kau taknak turun makan petang ke?",tanya adikku yang baru selesai mengemas baju. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Alaaaaa jom laaaa. Kau pun tahu aku baru masuk asrama tahun ni. Ajar la aku macam mana nak jadi budak asrama..",Ariani memujuk.

"Yelah2,aku turun makan petang..",akurku. Bukan apa,kakak mithali la katakan! Ahaks.

"Kakak,nanti kau ajar aku cara nak basuh baju guna tangan,lepastu macam mana nak jemur baju. Lepastu bla bla bla...",panjang lebar permintaan Ariani. Aku dah mula cuak. Suara dia tu dah la kuat!

    Aku memandang seisi bilik. Ada mata yang memerhati gelagat kami sambil berbisik2. Aduyaiiii! Malu wei malu!

"Yani,kau boleh diam tak? Pot pet pot pet je mulut kau tu!",marahku. Bukan apa,malu sebenarnya. Adik aku ni pun satu hal. Kau ingat ni asrama atuk kau nak cakap sekuat hati???

"eh,biarlah! Aku ada mulut aku cakap la! Kalau aku bagi bahasa isyarat kan orang kata kau ada adik pekak dan bisu pulak!",laju Ariani membidas kata2 aku menyebabkan sesetengah ahli dorm kami ketawa berdekah2.

"eh,ada orang ketawa la. See,aku pandai buat lawak. Bukan macam kau! 24 jam nak serious. Hai semua! Nama saya Ariani Syaqilla binti Muhammad. Saya adik Arumi Syauqina binti Muhammad. Ini dia kakak saya yang lawa lagi gojes tapi camtu la dia debab!", sambung Ariani sekaligus merasmikan sesi Ta'aruf yang sepatutnya berlangsung malam ini.

          Serious  masa tu rasa macam nak bagi pelempang je kat adik aku. Ya Allah,aku memohon perlindunganMu daripada sifat2 Mazmumah,Ya Allah.... Aku bersiap ala kadar lalu mengambil tray dan mengheret adik aku keluar.

"eh,kau apesal main tarik2 tangan aku ni!",marah Ariani.

"tadi kata nak makan petang. Jom makan.",aku hanya membalas acuh tak acuh.

"tray aku tak ambil lagi la!",kata Ariani.

"tak payah! Kau guna tray aku je!",ujarku lalu kami keluar dari bilik tersebut. Bukan nak buat sweet tapi aku dah tak tahan. First day masuk asrama and adik kau buat hal. Kau rasa???

      Sampai sahaja di dewan makan,aku mengambil nasi dan lauk pauk yang disediakan lalu mengambil tempat di meja bahagian tengah dewan. Tray yang berisi makanan ditolak ke arah Airani.

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now