-

5.5K 350 27
                                    

        Minggu ni memang banyak program. Cikgu pun banyak masuk tak masuk je. Aku pun baca je la buku teks yang aku bawak. Maklumlah,calon2 pelajar contoh! Ahaks. Okey,aku bergurau.

           Setelah bosan tahap dewa membaca buku teks Sains,aku keluar jalan2 dengan kawan2 aku. Bosan pun ada duduk kelas 3 Al Ikram ni. Senyap je student2 dia tak kira la time cikgu ada ke tak ada ke. Sama je. Tapi tak tahu la kalau semua tu hanya seketika sementara masih awal tahun lagi ni.

"Perhatian kepada semua pelajar dan guru,anda dikehendaki masuk ke dewan pada pukul 12 tengah hari nanti."

  
            Satu pengumuman telah dibuat. Aku dan rakan tablemate aku,Izaira saling berpandangan.

"weh,apesal kena masuk dewan tetiba ni?",tanyaku pelik. Izaira menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Aku hanya membiarkan ia terus menjadi tanda tanya.

     Tepat pukul 12 tengah hari,aku bergegas ke dewan sekolah dan dari jauh aku nampak Syuha melambai2 ke arahku. Aku tersenyum dan membalas lambaian Syuha. Well,dia lebih awal dan macam biasalah. Siapa yang sampai dulu kena tanda tempat untuk satu geng terus! Aku mengambil tempat duduk disebelahnya.

"Kau tahu tak kenapa kita kena masuk dewan?",tanyaku.

"Dengar cerita,diorang ada nak buat persembahan Kalam Jamaie. Almaklumlah,juara Peringkat Daerah!",balas Syuha. Aku menganggukkan kepala. Owhhhhhh.

         Tiba sahaja saat barisan peserta Kalam Jamaie naik ke atas pentas,aku seakan rasa nak terkeluar biji mata. Tak percaya dengan apa yang aku lihat. Arief Mulhim is there! Barisan paling belakang and paling tinggi. Tak lupa juga Ariel Muslim yang setia menemani disisi. Bapak arghhh! Masuk Kalam Jamaie sama2 dooo!

          Err.....okay,start rasa dah akan ada orang minat dia. Hey,dia tu tall,smart and handsome kot. Mustahil tak ada orang akan admirekan dia. Cuma kulit dia bukannya putih. Tanned  skin je. Tapi masih tetap menepati ciri2 lelaki idaman aku ahakssss. Mohon muntah berjemaah ye.

         Okey,persembahan start. Hurmm...aku bosan sebab tak faham satu pun ayat yang diorang cakap. Al maklumlah,Bahasa Arab! Aku ni memang tak mahir BA kot. Aku pun tengok la kat luar dewan. Hurm...panas harini...

Tiba2.....

"Allahuakbar Allahuakbar..
Allahuakbar Allahuakbar.."

               Seisi dewan senyap mendengar azan yang dilaungkan oleh salah seorang peserta Kalam Jamaie. Aku memandang siapakah gerangannya yang telah melaungkan azan merdu itu.

Dup! Dap! Dup! Dap!

          Jantungku serta merta berdetak lebih laju daripada biasa. Mu...Mulhim???

"Ashaduanlailaahaillallah..
Ashaduanlailaahaillallah.."

"Eh,Arumi...tu bukan budak nerd tu ke..?",tanya Syuha dengan nada berbisik. Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum.

"Ashaduanlamuhammadar
rasulullah..
Ashaduanlamuhammadar
rasulullah.."

          
         Aku melihat ke luar dewan. Cuaca yang tadinya panas terik bertukar mendung. Angin bertiup lembut. Seolah2 seluruh alam ini turut mendengarnya... dan suasana itu...sungguh menenangkan.. Aku terus mendengar......

"Hayya'alasshalaah..
Hayya'alasshalaah..
Hayya'alalfallaah..
Hayya'alalfallaah..
Allahuakbar Allahuakbar..
Allahuakbar Allahuakbar..
Laailaahaillallah.."

Tap.

              Dalam tidak sedar,air mataku menitis setitis. Aku tak menangis. Aku rasa...satu perasaan yang....tenang dan bangga mungkin...

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now