Arumi Syauqina...
Sudah tiga hari kejadian itu berlalu. Alhamdulillah,hasil perbincangan jawatan Mulhim tidak dilucutkan dan segala tuduhan dan dakwaan terhadap kami berdua ditarik kembali. (Fuhh, macam naik turun mahkamah la pulak 😂)
Matilda???? Hahahaha, junior biadap tu???? Dia telah dikeluarkan surat arahan pindah sekolah and it's mean tak lama lagi dia dah tak ada! Yahooo!!!
Pasal perkahwinan kami pulak. Erm erm... seperti yang dijangka, satu sekolah kecoh bila dapat tahu berita ni. Maka berpusu2 la pengacara tak berbayar mewawancara kami berdua bertanyakan tentang kesohehan berita itu. Antara soalan lazim yang kami dapat ialah : -
"Serious ke kau dah kahwin???"
"Kahwin bila??? secara terbuka ke tertutup??"
"Kenapa tak beritahu dari awal??? "
"kenapa nak rahsiakan???"
"kahwin atas sebab apa???"
Berbuih2 mulut kami jawab soalan2 yang sama. Eh,bukan setakat rakan2 seperjuangan je tau. Cikgu2 pun sama naik!
Ada yang mengucapkan tahniah dan semoga bahagia ke anak cucu cicit. Ada yang tiap2 hari soalan sama je dia tanya. Al maklumlah, kalau kau la dengar kawan kau kahwin umur 15 tahun. logik tak bagi kau??? of course tak berapa nak logik! Oh, tak lupa juga ye komen2 haters dan attention seekers.
"Eh,dia kahwin sebab kena tangkap basah la tu!"
"Menggatal gila kahwin awal2. desperate ke hape!"
"Kononnya kahwin sebab adik mati. Tak masuk akal langsung!"
Bla bla bla. Ikut suka hati kau semua la. Yang penting,aku bahagia!!! Okey,back to story.
Sedang aku kusyuk menelaah subjek Ekonomi a.k.a subjek wajib bagi aku selaku pelajar kelas Ekonomi,Syuha dan rakan2ku yang lain datang menyertai aku di pondok tempat aku study. Kami membuat study group berkenaan subjek PSI (Pendidikan Syariah Islam dan PQS (Pendidikan Quran dan Sunnah).
Kadangkala,kami bergurau senda sambil bertepuk tampar sesama sendiri. Kawasan sekolah yang sunyi sepi agak hingar bingar dengan suara kami bergelak ketawa.
Al kisahnya sepatutnya aku ada kelas Ekonomi dan mereka ada kelas Perniagaan. Tapi, cikgu lepaskan pelajar2 balik awal so kami decided nak buat study group selepas kawasan sekolah ni lengang.
Maka, tup tap tup tap menjadi juga la perancangan mengejut kami semua. Buku yang dibawa adalah Ekonomi dan Perniagaan but yang distudynya ialah PSI dan PQS. Well,kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.
"Eh,aku,Mia dan Auda nak balik asrama kejap ye. Nak ambil barang.",pinta Meen merangkumi dua orang lagi kawan kami. Aku, Bella dan Syuha hanya menganggukkan kepala masing2 tanda membenarkan dia pergi.
Maka, pergilah Meen bersama dua orang 'bodyguard'nya meninggalkan lagi tiga ketul manusia disini. Disini tu dimana???
Okey,let's imagine. Pondok ni berhadapan surau dan bersebelahan dewan besar sekolah. Dan di hadapan pondok ini ada kolam terbiar.(Pandai2 la imaginekan ye😌)
"Eh,kitorang nak solat Zohor ni. Kau nak ikut tak???",tanya Bella kepadaku. Aku menggelengkan kepalaku.
"Aku dah solat tadi. Alang2 tunggu kau semua datang, aku masuk surau solat Zohor. Kalau kau nak pergi, pergilah dengan Syuha. Aku nak study..",balasku panjang lebar.
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Fiksi Remaja#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...