Arief Mulhim...Kringggg!
Waktu rehat telah bermula. Laju aku keluar dari kelas dan ingin menuju ke arah gengku yang sudah menunggu di tempat yang dijanjikan.
Tiba2,mataku menangkap satu susuk tubuh pelajar perempuan yang memakai uniform sekolah dan berjilbab labuh keluar dari kelas sebelah. Dan dia seakan2 dapat merasakan bahawa aku memandangnya. Perlahan2,dia melihat ke arahku dan kami tertembung mata buat seketika sambil tersenyum.
"Mulhim!",jerit Kusyairi dari bawah. Aku seakan baru tersedar dari mimpi indah.
"Yes, coming!",jeritku lalu ingin melangkah turun ke aras paling bawah. Aku memandang si dia sekilas sebelum menuruni anak tangga. Dia sedang berborak2 riang bersama gengnya. Aku tersenyum. Syukurlah dia tidak trauma dengan apa yang terjadi.
Mengimbau kembali apa yang telah berlaku membuatkan aku seakan2 tidak percaya bahawa aku telah melalui saat getir itu. Sampai sahaja di hospital, Arumi perlu menjalani pembedahan kecemasan berikutan sebatang besi yang menembusi perutnya itu telah mengakibatkan luka besar dan kehilangan darah yang banyak.
Seminggu aku tunggu Arumi sedar. Dan dalam keresahan menunggu saat itu,aku menerima satu berita duka daripada doktor yang merawatnya. Berkemungkinan besar Arumi tidak boleh mengandung di masa akan datang berikutan luka di rahimnya yang agak serious.
Sejujurnya, berita tu cukup2 memberi tamparan hebat bukan sahaja buat aku tapi juga ahli keluarga kami terutama sekali mak, ayah, ibu dan ayah. But, it's okay. Aku akan terima kekurangan dia.
Kerana bagi aku Arumi dah banyak berkorban demi aku semasa aku tidak memandangnya dulu. Dan sekarang giliran aku pula, berkorban apa sahaja dan terima segala kelemahan dia. Kami sekeluarga dah berpakat untuk tidak mahu memberitahu Arumi hal yang sebenar sebab bimbang jika hal ini akan mengganggu emosi dia dalam diam. Biarlah dia tumpukan perhatian kepada SPM terlebih dahulu.
Aku menuju ke kantin sambil berborak2 dengan member2 aku. Majoriti topik perbualan kami hari ini ialah tentang perasaan hari pertama persekolahan bagi sesi 2018 dan juga perasaan untuk menempuhi kelas2 tambahan yang bakal diadakan tidak lama lagi... Well, SPM this year guys!!!
Kami tertembung dengan sekumpulan pelajar perempuan menengah bawah yang baru selesai rehat di simpang untuk masuk ke kantin dan.... aku perasan ada seorang ni pandang aku malu2. Eh? kenapa pulak dengan budak ni??? Pelik je cara dia pandang aku. Ah, abaikan.
"Psst. Weh, apesal weird je cara budak tu pandang kau?",tanya Kusyairi di sebelah. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Hati2,bro. jangan2 budak tu dah admirekan kau. Macam aku ni hah. First day dah dapat surat layang tau!",nasihat Kusyairi lalu membuat muka menyampahnya. Aku pula memandangnya dengan muka tak percaya plus nak tergelak.
"Kau serious, bro??? Bapak argh! maju dah kawan aku. dah ada fans ye sekarang!",sengaja aku mengusiknya. Dia terus menerus dengan muka menyampahnya.
"Stop2 la wei. fans apa ke bendanya??? Kalau kau baca surat tu confirm rasa mual tahap gaban. dahlah ayat tunggang langgang. ajak aku pergi pejabat agama pulak tu! kononnya nak ajak kahwin la tu. Astarghfirullah Hal Adzim... mengucap panjang aku baca kau tahu tak?!",bebel Kusyairi geram. Aku dah ketawa terbahak2. Bukan aku je. Semua geng kami!
"Eh,setakat cerita apa guna, bro??? bak la kami baca sikit!",komen Imran dengan tawa yang masih tersisa. Aku dan yang lain menyokong kata2nya. Kusyairi menggelengkan kepalanya melihat telatah kami.
YOU ARE READING
Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔
Teen Fiction#10 IN TEEN FICTION (25/01/2018) Perempuan memang pantang jumpa lelaki handsome dan hot ni. Mulalah mereka jerit meroyan jatuh pengsan dan seumpamanya. Tapi aku berbeza. Aku ditakdirkan jatuh cinta... Dengan orang yang manusia gelarkan 'nerd' dan 'b...