-

5.7K 346 14
                                    

KRINGGGG!!!

         Loceng berbunyi menandakan sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Semua cepat2 mengemas barang masing2. Yelah,semua orang tak sabar nak balik. Nak2 hari ini siapa yang bergelar 'penghuni hostel' akan pulang ke kampung halaman masing2. Kalau yang budak luar tu mesti dah bayangkan si ibu dah masak lauk apa kat rumah.

          Aku menanti penuh resah. Okey,seriously aku tak pernah lakukan kerja gila sebegini. Ni akan jadi first and last time dalam hidup aku,aku janji.

"Arumi..",panggil rakan sekelasku,Masya di belakang. Aku berpaling memandangnya.

"dah sedia???",tanyanya. Aku mengangguk perlahan. Tangan kanannya menyentuh sebelah bahuku.

"rilekslah. This is much better for you. Daripada kau pendam makin tak terluah kat dalam hati tu,one day kau jugak yang terseksa. Baik lepaskan and pretend macam tak ada apa2...",nasihatnya apabila melihat aku serba salah untuk melakukannya. Aku mengangguk.

"kau pergi dulu...",pintaku lalu pergi ke belakang kelas. Dari situ,aku melihat seisi kelas. On time. Semua pelajar dah balik. Yang tinggal hanya makhluk perempuan 4 ketul di belakang kelas,makhluk lelaki tiga ketul dekat whiteboard depan kelas. And salah seorang makhluk lelaki tu ialah Mulhim. Seperti yang dijanjikan,Masya menjalankan tugasnya.

"Mulhim..mari sini kejap...", panggil Masya. Dia tersenyum seraya mendekati. Masya memandang aku.

"your turn...",bisiknya. Aku mara ke hadapan menggantikan tempat Masya. Sampai di tengah kelas langkahku terhenti. Lelaki nerd tu.... Hanya selang tiga meja di hadapan aku....

          Dia memandang aku dan Masya silih berganti dengan terpinga2. Aku bernafas dalam debaran. Ya Allah,kalau benda aku buat ni akan mengubah dia one day, aku akan bertanggungjawab...

          Ada kata hati yang menidakkan perbuatan aku saat itu. Tapi,aku buat2 tak layan. Hanya ada dua pilihan sahaja sekarang ini. Pendam dan terus pendam but one day you'll regret it. Atau luahkan supaya kau rasa lega but be ready for pelbagai kemungkinan.

"Mulhim....",aku memanggilnya. Dia terus memberi perhatian kepadaku.

"Aku suka kau.....",ucapku perlahan... Dia krik2 seketika lalu berpaling pergi bersama muka tiada perasaannya.

"tapi!...aku taknak ganggu kau....",aku menyambung ayatku dengan kalut bila melihat dia berpaling begitu sahaja. Dia hanya mengangguk tiga kali,tanpa memandang aku dan terus pergi...

Aku berpaling menghadap kawan2ku.

"Dah..jom balik...",ujarku kepada mereka lalu melangkah balik ke asrama.

         Sepanjang perjalanan hanya sepi tanpa sebarang suara dari kami. Angin yang bertiup lembut menerbangkan daun2 kering dan langit yang mendung. Hurm....nak hujan ke???

              Lelaki tu tak jawab apa2...but,at least aku rasa lega... Now,step terakhir. Bersedia untuk sebarang kemungkinan....

Di asrama...

        Masuk sahaja bilik,aku mengambil beg bajuku untuk dibawa turun ke pondok menunggu.

"Hai Arumi..baru balik???",tanya Bella yang sedang mengemas pakaiannya. Aku tersenyum.

"Ha'ah...",balasku ringkas.

Suasana jeda seketika.

"Bella...aku nak ceritakan something kat kau ni...",entah kenapa tapi aku rasa terbuka hati nak ceritakan kepada Bella pasal ni.

"ceritalah..kenapa..?",tanya Bella ingin tahu. Aku menarik nafas berulang kali...

"tadi...aku ada luahkan perasaan aku...kat seorang lelaki ni...",aku memulakan muqaddimahku.

Terbuntang mata hamba Allah yang seorang itu mendengar Kata2ku.

"hang biar serious,Arumi! Berani gila kau!!",komen Bella,terkejut.

"aku seriouslah ni.... Aku kata kat dia aku suka dia tapi taknak ganggu dia...tu je..."

"habistu dia kata apa?..",tanya Bella dengan muka yang masih terkejut.

"dia tak balas apa2...dia angguk kepala tiga kali dan terus blah..",balasku selamba.

"macam tu je??? Hish,memang tak ada perasaan la dia tu! By the way,siapa nama dia? Mane la tau kot2 aku kenal.",Bella tidak habis2 dengan soalannya.

"Nama dia Mulhim.dia sekelas dengan aku..",aku menjawab soalannya dengan muka excited.

"err...tak kenal...",ujar Bella dengan teragak2. Serta merta senyumanku mati. Dah agak dah! Siapa akan kenal budak nerd lagi blur macam dia tu?!

**********

         Selepas hari 'meluahkan perasaan' tu,aku perasan budak nerd tu...macam nak elak daripada tertembung dengan aku. Okey,start rasa nak menyesal. If aku tak luahkan hari tu,maybe.....Arghhhhh,Arumi! Stop it! Don't regret it! Berani buat,berani tanggung!

        And aku ni macam separuh gila rasanya. Setiap kali waktu solat aku akan kemas tempat duduk dia bagai. Bukan waktu solat je! Waktu rehat,waktu balik dan waktu2 yang sama waktu dengannya pun aku kemas jugak. Betapa aku nak tunjuknya dekat dia ciri2 'bakal isteri mithali' tu ada(tangan ke bahu,mata ke atas). Even dia tak pernah tahu pun siapa yang mengemasnya.

          Yang dia tahu,sampai2 je tempat duduk dia,kalau ada pen yang bukan hak milik dia dalam barisan pen yang telah kususun rapi di atas mejanya,dia ambil dan campak saja kat mana2 dia suka. Like a boss gituuuu! Hampeh. Buat penat aku kemas,sesedap hati dia je nak buat macam tu!

          But,aku perasan aku makin suka dia. Dia pendiam. Dalam kelas memang haram jadah nak dengar suara dia bercakap. Orang lain duk buat gossip group dia mana ada nak join. Dia duduk diam je kat tempat dia buat kerja dia. Orang lelaki lain sibuk mengayat anak dara orang,dia rilek duk tidur 24 jam kat tempat duduk dia. Even though,masa cikgu tengah mengajar. Pendek kata,hidup dia simple. Dia tak ganggu dan tak jaga tepi kain orang. Orang pun tak tahu dia wujud ke tak dalam dunia ni sebab memang tak pernah dengar suara dia.

          Aku wish one day aku akan dengar suara dia azan ke,nasyid ke,or mungkin suara dia berucap di atas pentas??? Hahah,rasa macam mustahil la pulak. Dia kan budak nerd!


Bersambung next chapter...

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now