-

7.5K 429 12
                                    


"Baiklah pelajar sekalian,hari ini saya nak awak semua lukiskan perkara yang berkaitan dengan alam sekitar. Terpulang sama ada awak nak lukis bunga atau daun atau sepokok terus..",kata cikgu Rossa,guru mata pelajaran PSV kami sambil mengedarkan kertas lukisan.

      Sementara aku dah mengetap bibir memikirkan apa perlu dibuat. Bab seni memang aku minat. Tapi,selalunya lukisan aku layak masuk tong sampah je. Betul,aku tak tipu!!!

"Okey la pelajar sekalian. Anda dibenarkan keluar dari kelas untuk dapatkan sumber inspirasi berkaitan lukisan ini. Good luck.",kata cikgu Rossa lagi setelah selesai mengedarkan kertas. Semua disitu mulai bergerak menuju destinasi masing2.

"Arumi,jom kita pergi tengok bunga2. Manalah tau dapat inspirasi.",ajak si table mate, Ieda mesra. Aku mengangguk lalu keluar bersamanya dan menuruni anak tangga menuju aras paling bawah.

      Kami berjalan2 sambil mencari 'sumber inspirasi' masing2.

"Eh,Arumi. Pokok bunga kertas kat tepi dewan besar tu nampak menariklah!",ujar Ieda teruja. Aku hanya mengikuti saja langkahnya. Bukannya tak berminat. Tapi inspirasi aku tak berapa nak ada. Beberapa kuntum bunga dipetik oleh Ieda dengan mata yang bersinar. Soheh pecinta tegar bunga dia ni!

"Arumi,kau taknak petik satu ke??",tanya Ieda apabila melihat aku hanya memandang. Aku tersenyum nipis lalu memetik dua kuntum bunga kertas berwarna ungu. Kami beredar dan mencari pondok yang masih kosong untuk diduduki. Malangnya,semuanya dah dipenuhi para makhluk kelas kami.

"Alaaaa,apesal penuh belaka??  Tak best argh camni!",Ieda dah mula nak mengamuk.

"It's okay babe. Kita naik kelas je la.",aku cuba memujuk. Ieda bersetuju lalu kami menaiki tangga menuju ke kelas kami yang berada di aras tengah.

     Sampai sahaja di dalam kelas,kami mengambil tempat masing2 dan mula melukis. Bunga yang kupetik tadi kuletak dihadapanku. Kononnya nak jadikan inspirasi.

1 minit....

2 minit....

5 minit....

      Ya ampunnnnnn!!!!  Mana inspirasi ni???!!! Salah alamat ke camne??? Aku melihat ke arah Ieda. She's not there. Aikkkk... Bukan dia ada kat situ ke tadi...

      Arghhh!!!  Abaikan!  Aku memandang kertas lukisanku yang putih suci lagi murni itu. Ya Allah.... Hadirkanlah sumber inspirasi buatku Ya Allah.... Lemah semangat betul aku kalau jadi begini....

"Psst!!!"

      Satu suara bisikan memanggil dari arah pintu belakang kelas. Aku laju menoleh dan melihat Ieda disitu.

"Arumi...datang sini cepat!...",panggilnya dengan nada yang masih berbisik.

     Aku melangkah ke arahnya dengan wajah terpinga2. Apekes pulak minah ni??? Dah macam spy lagaknya. Perlahan2 dia menarik lenganku merapati koridor.

"Cuba tengok kat bawah,siapa yang tengah melukis...",arah Ieda sambil senyum meleretnya. Aiiihhhh,semacam ada something wrong disitu!  Tapi,takpelah. Aku tengok jugak. Aku memandang ke bawah dan melihat gerangan yang dimaksdkan Ieda.

      Seorang jejaka yang sedang melukis bunga janda kaya di pondok antara blok dengan penuh kusyuk. Lebih tepat lagi jejaka itu ialah budak nerd a.k.a penyelamat secara tak rasmi hari itu a.k.a Arief Mulhim anak Abdullah.... Acecehhhhh,ingat nama penuh tuuu!!!!  Hey,relax la. All girls doing a same thing when they're in love with someone. Betul tak??? 

      Entah macam mana,sedar tak sedar je dia dah mendongak ke atas melihat aku dan Ieda.

"Ehhhhh,Ieda!!! Tengok pokok tu!  Besar kan daun dia!  Ishhh,elok sangat kalau jadikan inspirasi tuhhh!!",aku acah2 menunjuk ke arah pokok disekitar tempat itu. Ieda membuat muka blurnya.

     Alahaiiiii!!! Tolong jangan blur sangat boleh tak???!!  Pantas kucubit belakangnya.

"Ah, ye la! Tapi Arumi. Kita dah ada bunga kertas kan?  Cukup la tu ye. Jangan membazir...",kata Ieda setelah memahami signal aku tadi. Aku membuat muka lalu blah masuk kelas.

      Gila kau nak terus duduk situ!!! Jantung ni bagai nak berhenti duduk berdup dap dup dap laju tahap dewa sedari terpandang si dia tadi!!!  Chewahhh!!!!  Buat ayat romantik la pulak!  Aduyaiii!

     Aku kembali menghadap kerja psv milikku. Aihhh.... Aku merenung bunga dihadapanku.  Dengan lafaz Bismillah.... Aku mula melakar.

     Bermula dengan lakaran nipis.  Kemudian,ditebalkan sedikit dan seterusnya tiga ton warna. Siap!

       Aku memandang kertasku tidak percaya. Fuhhhh!!! First time menjadi! Walau tak seberapa tapi ni first time aku berjaya buat tanpa banyak pembetulan tau!

      Syukur Allah dah temukan aku dengan inspirasi yang dicari2...eh jap......

Aku memandang ke luar kelas...

Diakah.....?

Hurm.....

Aku tersenyum sendiri...


————————————————

Assalamualaikum....

        First of all,author mintak maaf banyak2 coz lately memang busy memanjang. And now Alhamdulillah dah cuti so that author ada masa nak update. For this chapter,author mintak maaf sebab pendek je story dia. InsyaAllah, will be update more soon. Doakan author boleh update banyak2 ye. Yang masih menyokong,author ucapkan terima kasih yang tak terhingga.💕

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Selamat menjalankan Ibadah puasa.

Sekian.

Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now