-

4.8K 374 30
                                    


p/s : kalau nak lebih feeling bukak la lagu kat atas tu 🙈💕

2 Bulan kemudian....

                Aku masuk ke dalam wad dimana Arumi ditempatkan.   Masih di ICU berikutan dia baru selesai menjalani pembedahan sebanyak dua kali dan menerima jahitan yang sangat banyak.

              Arumi yang masih lemah memandangku lalu tersenyum. Aku membalas senyumannya lalu tangannya kugenggam lembut.

"Hai...",sapa Arumi dengan suara yang serak.

"Hai.. kau okey hari ni???",tanyaku risau.  Dia mengangguk perlahan.  Aku tertunduk.  Mohonlah dia betul2 rasa okey.

"Kau teman aku malam ni???",tanya Arumi secara tiba2. Aku menganggukkan kepala.

"Alang2 tengah cuti...biarlah aku yang teman kau..",jawabku lembut.  Dia tersenyum lebar.

"Aku penatlah...Kepala rasa pening2. Bahagian luka bedah tu pulak berdenyut2..",dia mengadu kepadaku. 

"Kau tidurlah.. jangan banyak berfikir... InsyaAllah tak lama lagi okey la tu...",aku cuba menenangkannya.  Dia mengangguk lemah lalu memejamkan matanya, mencuba untuk tidur.

              
            Air mataku bertakung di tubir mata.  Arumi yang dulunya kecoh dan suka bergelak ketawa, kini selalu bermuram dan bersedih.  Arumi yang dulunya chubby kini tak ubah macam mayat hidup.  Arumi yang dulunya aku selalu jumpa di sekolah, kini hanya hospital tempat kami berjumpa.  Allahu Akbar.... Hati lelaki aku benar2 teruji...

                Dia langsung tidak dapat menerima sebarang makanan mahupun minuman. Hatta air masak sekalipun.. dia tak mampu nak telan sehingga doktor terpaksa suntik jarum untuk menyalurkan nutrisi ke dalam badannya. 

               Aku tenung wajahnya yang pucat tidak bermaya.  Dulu wajah inilah yang selalu buat aku rasa menyampah bila berjumpa.  Namun, kini wajah inilah yang paling aku rindu untuk melihatnya setiap hari di sekolah...

                  Arumi,kalaulah aku diberi pilihan, aku lebih rela berada di tempat kau berbanding terus membiarkan kau dalam keadaan begini.  Sungguh,hati aku terseksa Arumi. Kau dah tak mampu nak ketawa dan bergurau senda dengan aku seperti biasa.  Kau selalu letih dan pengsan.  Nafaskau memerlukan alat bantuan. 

              setitis air mata jatuh jua.  Argh,aku kena kuat!  Demi Allah, aku kena kuat!  Air mata kuseka laju agar Arumi tidak nampak.

               Azan berkumandang menandakan waktu Maghrib sudah masuk. Aku segera ke tandas dan mengambil wuduk.

           Sejadah kuhampar mengikut arah kiblat dan aku mengangkat takbir, menunaikan kewajipanku sebagai seorang hamba Allah.

                  Sampai sahaja disujud terakhir,aku berdoa seperti kebiasaannya. Dan antaranya ialah... Aku nak Arumi sembuh seperti sediakala.

           Usai solat Maghrib,aku berzikir dan berselawat ke atas baginda Rasullah S.A.W dengan penuh rasa cinta dan kusyuk. Setelah selesai bermunajat, aku menadah tangan, berdoa kepada Yang Esa sebanyak yang boleh. Tiba sahaja saat aku mendoakan Arumi,air mataku menitis laju mengenangkan keadaannya yang semakin lemah dari hari ke hari.

***************

Arumi Syauqina....

           Aku tersedar apabila bahagian perutku terasa pedih yang amat dahsyat. Aku bangun perlahan2 dari pembaringanku dan melihat Mulhim sudah tidur di atas kerusi disisiku. 

"Mulhim...Mulhim...",panggilku sambil menahan sakit yang semakin menyengat. Dia terpisat2 bangun dan melihatku.

"Arumi...? kenapa ni???",tanya dia pelik apabila mendapati aku seperti kesakitan.

"Perut aku sakit sangat2.Lillahi Ta'ala, aku tak tipu...perut aku sakit sangat2...",balasku dengan air mata yang mulai menitis. Mulhim mulai cemas.

"Aku panggil nurse. Kau sabar ye...",katanya lalu dia mencapai telefon yang berada berdekatan di katil. Dia menelefon nurse yang berada di kaunter hospital dan memintanya datang ke mari.

"Kau bertahan,Arumi...Rileks.. tarik nafas...nurse akan datang sekejap sahaja lagi...kau akan okey...",Mulhim cuba menenangkan aku sejurus selepas panggilan ditamatkan.

            Tidak lama kemudian, seorang nurse datang dan memeriksa keadaanku. 

"Maaf,encik. Tapi,isteri encik baru sahaja menjalani pembedahan kan??  mungkin ubat biusnya telah hilang dan sebab itulah rasa sakit dia menyengat. Sewajarnya,saya syorkan dia berbaring dan kurang bergerak untuk beberapa hari.",ujar nurse tersebut kepada Mulhim. Mulhim menganggukkan kepala.

"Baiklah,terima kasih membantu.",ucap Mulhim lega.

"Sama2. jika ada apa2 boleh call terus ke kaunter kami ye.",balas nurse itu lalu dia beredar dari situ.

"Arumi,kau dengar tu?  ubat bius dah hilang so kau akan rasa sakit. Dah2,sekarang kau baring.. kau tidur.. Jangan risau, aku ada kat sini je...",kata Mulhim.  Aku menganggukkan kepala lalu perlahan2 baring kembali.

            Aku cuba memejamkan mata namun tidak berjaya.

"Kau tak boleh tidur ke??",tanya Mulhim ditepi. Aku menggelengkan kepala. Dia tersenyum lalu bangun dan duduk di atas katilku. Tanganku digapainya lembut dan  diletakkan dipipinya.

"Apa kata... aku nyanyikan kau sebuah lagu...?",cadang Mulhim sambil tersenyum. Aku mengerutkan dahiku.

"Lagu apa?... ",tanyaku pelik. Soalanku dibiarkan tidak berjawab. Hanya senyuman yang masih mekar dibibirnya.

"Sebelum kau terlena...
Dengarkan iramaku...
Sebagai peneman rindu...
Mengharungi malammu... "

               Dia mula menyanyi.  Aku tersenyum. One of my favourite voices. I love it.

"Hilangkan resah hatimu...
Hilangkan duka jiwamu...
Yakin kuada disisi...
Temani mimpi2mu..."

        Aku mula terleka mendengar suara merdu Mulhim.  wajahnya kutenung lembut.  Ketenangan aku..... Mulhim tergelak kecil lalu menyambung,

"Tuhan...
Kumeminta kepadamu...
Lindungi permaisuriku...
Kusangat menyayanginya..
Selamat malam cinta..."

             Maka,berakhirlah lagu yang bertajuk 'Selamat Malam Cinta' nyanyian Encik Mimpi tetapi dicover oleh Encik Pengawas Nerd Aku. Auchh! (Acah2 malu 🙈💕)

"So how??  okay suara aku??",tanya Mulhim bersahaja.

"Mestilah..suami aku kan..",balasku bangga. Dia tergelak namun gelakannya perlahan2 bertukar tangisan.

            Aku memandangnya pelik. Perlahan2 aku memegang bahunya.

"Kenapa kau nangis ni?...",tanyaku ingin tahu.  Mulhim hanya menggelengkan kepalanya.

"Cakaplah... jangan la geleng je..",balas aku tidak berpuas hati. Mulhim menatapku lama. Air mata bergenang dikelopak matanya.

"Berjanjilah dengan aku.. kau akan bertahan selagi mampu.. Aku mohon,Arumi.. Aku mohon sangat2...jangan tinggalkan aku.. Aku mohon..",laju dia meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Air matanya jatuh setitis demi setitis.

            Aku terkesima.  For the first time sepanjang aku kenal dia, inilah kali pertama dia menangis kerana aku. Hatiku bagaikan tersentuh. Lalu,aku turut menangis.

"InsyaAllah... Aku tak boleh janji sebab aku takut kalau aku mungkiri janji tu... Tapi,kalau ditakdirkan ajal aku sampai awal... kau jangan bersedih eh... Aku sayang kau.. Aku taknak masa depan kau hancur hanya semata2 kehilangan aku..",ucapku lancar. Namun air mata terus menerus bercucuran.

             Mulhim seakan kehilangan kata2. Perlahan2 tubuhku dipeluknya erat.

"Tolonglah jangan tinggalkan aku, Arumi.....",bisiknya merayu. semakin laju air mataku berlinangan.

         Mulhim,bukan aku yang minta jadi begini.....



Dia Pengawas Nerd Aku!!! ✔Where stories live. Discover now