Hyeri mengemas barang-barang nya setelah jam menunjukkan pukul 9 malam.tetapi batang hidung jungmi pun dia tak nampak.
Kelihatan pekerja-pekerja lain sedang melakukan tugas.cafe ini akan di tutup tepat jam 11 malam.hyeri mengambil shift petang kerana pagi dia ke sekolah dan malam adalah waktu dia berehat dan membuat kerja rumah.
Ting!
Bunyi loceng di pintu cafe.ia akan berbunyi apabila pintu ditolak.
Kelihatan jungmi sedang bergerak kearah hyeri.
"Sorry lambat sikit..".kata jungmi.
"Asal kau ambil cuti sekejap hah tadi?..ada apa masalah ke?". soal hyeri.
"Tak da apa..cuma aku kena buat assignment sikit..esok dah nak kena hantar..so tu lah lambat sikit..".jawab jungmi.jungmi adalah pelajar kolej yang bekerja di cafe itu untuk mencari duit untuk yuran kolejnya.
Walaupun jungmi ada keluarga tetapi keluarganya lebih menyuruh untuk dia mencari duit sendiri.
"Yalah..aku balik dulu..".hyeri menggalas beg sandangnya dan keluar dari cafe itu.
Baru saja berjalan 15 minit,bunyi guruh kedengaran.sepertinya hujan nak turun.hyeri berharap dia sampai cepat ke rumah.
"Alamak..nak hujan..aku kena cepat..".kata hyeri dengan kakinya melangkah laju.
Tidak lama selepas itu hujan pun turun membasahi bumi.hyeri yang basah lencun itu menggigil kesejukan dan berteduh di perhentian bas.
"Lupa pula aku nak bawa sweater tadi..sejuknya..".hyeri membetulkan cap dikepala.
Sedang hyeri menunggu hujan berhenti,dia terlihat seorang lelaki menunggu disitu juga tetapi agak jauh darinya.
"Siapa ya?".hati hyeri menyoal.
Hyeri menjeguk sedikit dan dia ternampak wajah lelaki itu.
"Alamak..park jimin..".hyeri berkata didalam hati.
Hyeri membuka cap dikepala dan memusingkan cap itu ke hadapan.cap itu di tarik sedikit bagi menutup wajahnya.
"Apa si chim tu buat kat sini?..rumah dia kat area sini ke?..mampus kalau dia nampak aku..dah lah dia tengah panas hati pasal buku latihan matematik tu..".hati hyeri berkata lagi.
Hyeri memegang cap dikepala bagi menutup wajahnya.dia berjalan meredah hujan lebat itu.
Kakinya melangkah melintasi jalan dengan mukanya ditundukkan.tiba-tiba..
Piinnn!!!
Hyeri terkejut akan sebuah lori yang datang menghampiri.dia kaku disitu.tak tahu nak buat apa.
Ianya semakin hampir dan hyeri memejam matanya.tiba-tiba terasa tangannya di tarik dan badannya di peluk kemas.
Hyeri membuka mata.matanya memandang dada lelaki itu. jimin?.
Hyeri seakan terkejut dengan apa yang berlaku.apa yang terjadi tadi mengakibatkan dia teringatkan kisah lama.
Tiba-tiba airmata hyeri jatuh.
"Awak tak apa-apa?".soal jimin.
Hyeri masih lagi kaku dan menangis.
"Awak?".jimin memegang dagu hyeri dan mendongakkan wajahnya.jelas kelihatan wajah hyeri yang sudah basah dengan airmata.
"Kau?".jimin berkata keras. seperti masih marah.dia menjarakkan kedudukan mereka.
"Kau rupanya..".jimin ke belakang dan meninggalkan hyeri disitu.
Hyeri yang masih lagi ada sisa tangisan itu melintas dengan berhati-hati dan pulang ke rumah.
Bersambung ⏩
------------------------------------------------------
sorry,wattpad buat masalah tadi..😭..ok..author over..
YOU ARE READING
[c] Heartbeat ; jimin°
Fanfiction❀ㅡsetiap kali bertemu pasti saja jantung ini berdegup laju. ❀❀❀ "Hey,kau nak buat apa kat aku ni?..kau nak culik ke hah?". - hyeri. "Apa kes pompuan ni?..gila ke apa?". - jimin. + adakah pertemuan ini akan membuahkan rasa cinta? + adakah jimin dapat...