♡2♡

172 31 4
                                    

Jimin bagun dari tidurnya. rambutnya yang kusut dibetulkan.

Langkah diatur ke dapur untuk mengambil minuman kerana tekak terasa dahaga.

Peti sejuk dibuka dan sebotol air kosong sejuk di keluarkan dar peti sejuk.

Setelah menutup peti sejuk,dia terlihat satu sticky note.itu pasti dari hyungnya.harini abangnya itu sudah mula bekerja.

Sticky note diambil dan dibaca.

Untuk adikku chim,
Harini kau ditugaskan untuk membeli barang dapur..
-ayam segar
-ikan
-dan barang² basah yang lain
-yang lain tu kau fikir sendiri
-bye aku nak pergi kerja😂.

dari,jihoon hyungmu yang terkacak dialam ini.

"Eleh..kacak lah sangat..muka macam taik ayam lagi adalah..". jimin meletakkan air sejuk kembali ke dalam peti sejuk.

Jimin bergerak ke bilik semula untuk bersiap-siap ke pasar.

Jimin mengenakan seluar hitam dan sweater biru,kemudian digalas begnya dibelakang.orang pergi pasar pakai macam ni ke?.

•••
Setelah selesai membeli,jimin membimbit barang-barang yang dipesan hyungnya.

Jimin mengambil keputusan untuk menunggu bas.

Sedang jimin menunggu bas,ada seorang gadis menangkap perhatiannya.

Gadis itu sedang membeli makanan di gerai tepi jalan berdekatan perhentian bas itu.

Gadis itu berpakaian lelaki, dengan cap dikepala yang diterbalikkan ke belakang dan kasut converse.

Gadis itu menyeluk poketnya untuk membayar makanan yang dibelinya kepada ahjumma yang menjual makanan itu.

Tiba-tiba seutas gelang tangan jatuh dari poket gadis itu,jimin mengira gadis itu ingin mengambilnya tetapi malah dia pergi begitu saja.

"Eh,dia tak perasan ke barang dia jatuh?".soal jimin didalam hati.

Jimin menjinjing barang yang dia beli dari pasar tadi ke gerai tersebut.

"Ahjumma,boleh tolong tengokkan barang saya kejap?". soal jimin.

"Yalah..letaklah kat tepi tu..". kata makcik kedai itu dengan senyuman.

Jimin mengambil gelang yang jatuh di situ dan mengikuti langkah gadis tadi yang sudah jauh.

Jimin melajukan langkah sedikit kerana gadis itu agak jauh. semakin lama semakin dekat.

Baru saja jimin nak menegur, gadis itu sudah berpaling.

"Kau buat apa ikut aku ni?..nak culik aku?..dasar lelaki tak guna.. punculik!!".gadis itu berkata dengan kasar saperti marah.

"Eh,tak..".jimin melayangkan tangan di hadapan gadis itu untuk membela dirinya.

"Apa?..nak rogol aku?..hey,lelaki semua samalah..".gadis itu berkata sinis.

Jimin memegang tangan gadis itu seperti ingin menjelaskan sesuatu pada gadis itu.namun tindakkan jimin salah.gadis itu malah merentap kuat tangannya dan memberi tumbukkan padu pada muka jimin.

Jimin tergerak ke belakang sedikit akibat pukulan itu.kuat.
jimin memegang mukanya. sememangnya sakit.

Jimin memandang gadis itu pelik.

"Kau jangan cuba nak buat bukan-bukan kat aku..aku bukan sebarangan perempuan..". gadis itu berlalu pergi begitu saja.

"Gila..sakit kut dia tumbuk aku.. perempuan ke lelaki dia tu?.. aku bukan ada niat nak apa-apakan dia pun..".jimin merengus geram dan pergi ke kedai ahjumma tadi kemudian pulang ke rumah.

Bersambung ⏩

[c] Heartbeat ; jimin°Where stories live. Discover now