4 | Bunuh Diri

593 55 9
                                    

Jisoo sedang sibuk menonton cerita One Piece di dalam laptopnya. Dia datang paling awal ke biliknya. Roommatenya masih tidak sampai lagi.

Tok tok

Pintu bilik diketuk dan dibuka. Rose salah seorang daripada roommate yang rapat dengan Jisoo.

"Tengok one piece ke?" Soal Rose. Jisoo hanya mengangguk. Matanya masih melihat laptop.

Almari dibuka. Rose menyangkut hangar pada besi pengangkut baju. Makanan seperti keropok, maggi, coklat dan macam - macam lagi dibiarkan di dalam beg bagasi polonya. Laptopnya diletakkan di atas meja belajar. Jisoo bangun dari kerusi.

"Dah habis ke kau tengok cerita One Piece tu?" soal Rose sambil membuka plastik keropok dan terus makan.

"Ada lagi 30 episod. Dahlah aku nak pergi kantin" balas Jisoo sambil turun ke bawah. Mata Jisoo masih tertumpu kepada vending machine yang berada di kantin itu. Jisoo memasukkan duit ke dalam vending machine itu dan memilih air tin milo.

Gedebuk!

Jisoo menuju ke biliknya sambil meneguk air tin milonya. Sejuk. Tidak seperti dia membeli air milo di dalam peti sejuk. Kasut ditanggalkan. Pintu ditolak. Rose sedang baring di atas katil.

Mata Jisoo terpaku kepada novel seram bertajuk 'Katil Double Decker'. Jisoo terus pergi ke arah katilnya. Skrin laptop diturunkan. Jisoo baring di atas katil. Air tin milo diletakkan di atas meja.

"Kau tahu tak? Bilik ni sebenarnya ada cerita" tiba - tiba Rose bercakap. Jisoo terus memandang Rose. Jam menunjukkan enam petang.

"Cerita? Cerita apa?" soal Jisoo

"Dulu dekat bilik ni pernah ada orang gantung diri sendiri" kata Rose. Nadanya serius.

"Kalau di bunuh diri pun kenapa?" soal Rose. "orang kata tiap - tiap malam mereka nampak ada orang gantung diri kat dalam bilik ni" balas Rose dengan nada yang diperlahankan sedikit.

Walaupun mereka bercerita di waktu petang, tapi ia membuatkan bulu roma Jisoo meremang.

***

Jisoo terjaga tengah tengah malam. Bajunya basah. Dia terkejut kerana darah membasahi bajunya. Jisoo mendongakkan kepalanya ke atas dan melihat ada orang membunuh diri dengan menggantung dirinya sendiri.

CreepypastaWhere stories live. Discover now