Aku ada seorang anak saudara yang sangat rapat denganku. Suatu hari, aku pergi ke rumah kakak saudaraku untuk melawat mereka. Aku berjumpa dengan anak saudaraku, Jeno. Tapi, yang peliknya hari ni dia selalu mengelak daripadaku.
“Kenapa dengan Jeno ni?” aku bertanya kepada Jeno. Jeno menggeleng dan dari tadi dia asyik mengelak dari melihatku.
Aku kecewa kerana tiba-tiba sahaja dia berperangai sebegitu. Aku memberitahu kakak saudaraku dan suaminya. Mereka memujuk Jeno untuk bercakap denganku tapi Jeno tak nak.
Sekali lagi aku kecewa. Sekali lagi ibu bapanya memujuk. Kemudian, Jeno memberitahu perkara sebenar. Aku melihat muka kakak saudaraku dan suaminya kelihatan terkejut.
Aku bertanya apa yang telah terjadi dan mereka menjawab.
“Jeno kata dia mengelak daripada kamu sebab dia nampak benda yang mengikuti kamu di belakang. Jeno kata benda tu pandang dia tajam untuk peringatan supaya jangan beritahu kamu”
Aku terkaku di situ.
YOU ARE READING
Creepypasta
HorrorIni hanyalah cerita seram yang menggunakan nama artis korea. Happy reading^^ Thank you @yoonha0504 for this beautiful cover^^ Start : 03/02/17 #12 in horror on 030717 @Iceuhyun story 2017