Waktu itu selepas maghrib, Choa bersama kakaknya yang memandu kereta dalam perjalanan pulang. Setibanya dipersimpangan, kereta mereka tiba tiba membuat ragam. Apalah daya sebagai wanita untuk membaikinya. Choa terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu.
Kakaknya terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok. Mereka terus berjalan perlahan lahan sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan mereka terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak ada sebuah teksi pun kelihatan.
Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan mereka sedangkan Choa tidak pun menahannya. Tanpa berlengah mereka terus menaikinya.
Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang mereka bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah Choa melihat jam ditangan, barulah dia sedar hampir satu jam mereka berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari kawasan tersebut ke rumahnya hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.
Choa segera mencuit kakaknya dan bertanyaa keganjilan yang mereka rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak dikenali langsung. Choa sempat bertanya, "Ahjussi nak bawa kitorang pergi mana ni?" Ahjussi tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar seperti hendak menangis rasanya.
Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke kawasan perumahan kami. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betul betul dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu terjun sahaja dari teksi dan Choa terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.
Waktu Choa menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya dia apabila menyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.
Sayangnya, Choa tidak dapat melihat langsung pemandu teksi itu. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian Choa dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak Choa menyuruhnya turun dari teksi waktu itu dengan segera.
Choa, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutup pintunya kembali. Alangkah terperanjatnya mereka kerana hanya beberapa tapak sahaja melangkah apabila mereka menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.
Menurut penerangan kakak Choa, sewaktu turun dari teksi tadi, dia terperanjat apabila menyedari sebenarnya mereka bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu Choa melihat jam tangan hampir pukul 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan mereka mangambil masa tiga jam.
YOU ARE READING
Creepypasta
HorrorIni hanyalah cerita seram yang menggunakan nama artis korea. Happy reading^^ Thank you @yoonha0504 for this beautiful cover^^ Start : 03/02/17 #12 in horror on 030717 @Iceuhyun story 2017