44 | One To All

249 18 2
                                    

Chen ialah seorang pelajar yang sangat suka men-troll orang. Apabila Chen dan rakan-rakannya pergi ke kafe bersama 4 orang

Pelayan itu akan bertanya “tempat duduk untuk 4 orang?”

Chen ketawa dan berkata “untuk 4 orang? Kami datang berlima , cuba tengok betul-betul kami berlima!” kata Chen.

Chen selalu buat macam tu sehingga rakannya mula beranggapan yang Chen betul-betul dapat melihat makhluk halus akan tetapi itu tidak betul.

Chen hanya mengenakan rakannya sahaja. Rakan-rakannya mulai kesal dengan sikap Chen. Suatu hari, Chen makan di kafe berseorangan. Apabila dia duduk, pelayan meletakkan segelas air di depannya dan depannya yang kosong.

“Pelik..” gumam Chen. Chen berfikir yang pelayan tadi hanya tersalah letak, mungkin ada seseorang duduk di meja ni sebelum dia datang dan orang itu akan datang lepas ni.

“Aku akan tukar meja kalau orang tu datang” kata Chen lalu memesan sepotong kek.

Saat itu, semua pelanggan di dalam kafe mula keluar satu persatu. Apabila pelayan itu datang, terkejut Chen dibuatnya apabila pelayan itu membawa dua piring sepotong kek dan diletakkan satu untuknya dan satu lagi depannya.

“Kenape kau bawa dua kek? Aku hanya berseorangan” kata Chen. Pelayan itu terkejut dan menyatakan bahawa Chen masuk bersama seseorang dan orang itu memesan menu yang sama seperti Chen.

Chen hanya diam. Akan tetapi, kejadian di kafe itu baru permulaan. Kemanapun Chen pergi, dia dilihat seperti berjalan bersama seseorang bahkan, teksi yang sudah padat akan memberikan juga ruang kepada seseorang di sebelah Chen. Cukup untuk seorang lagi

“Aku diikuti..” Chen ketakutan. Chen berkurung di dalam rumah dan berat badannya menurun dan lama kelamaan Chen berubah. Akan tetapi, setelah beberapa lama Chen berkurung di dalam rumahnya, Chen berfikir yang dia tidak lagi diikuti oleh makhluk itu lagi.

Maka Chen bercadang keluar dari rumah dan menuju kafe yang lain untuk makan. Chen berasa lega apabila suasana di dalam kafe itu tenang tetapi ramai pelanggan. Chen duduk di sebuah meja yang sedikit besar kerana itulah satu-satunya.

Chen memesan segelas air lalu si pelayan meletakkan segelas air itu di depan Chen. Kemudian pelayan itu meletakkan segelas lagi di hadapan Chen dan disamping Chen

Dan lagi

Dan lagi

Dan lagi

Dan lagi

CreepypastaWhere stories live. Discover now